Bismillah: Maafkan saya bila mencelah mengenai dengan Nama Allah.
Menurut ulama Tafsir, Dalam bahasa Arab, perkataan Allah itu diertikan untuk mengatakan "Tuhan Itu". Ia berasal dari perkataan Ilah. Ertinya tuhan. Bila dimasukkan al-Ilah ia bermaksud Tuhan itu. Menurut ulama, perkataan al-Ilah ini, lama kelamaan menjadi Allah.
Walaubagaimanapun, bila keita renung maksud hadis yang mengatakan ...bahawa Allah swt telah menulis al-Qur'an dan semua taqdir makhluknya sejak dari ajali lagi, maka tahulah kita bahawa Nama Allah swt itu juga sebenarnya adalah Asal nama bagi Perkataan Tuhan dalam bahasa Arab.
Dengan adanya pendapat seperti ini, maka kitab-kitab injil di mesir, diSyria dan Labenon, menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Nama Allah. Namun perkara ini dibiarkan saja oleh ulama-ulama di Timur tengah. Sedangkan Nama Allah yang berada di dalam Bible itu, tentu tidak sunyi dari menggunakan istilah Tuhan itu tiga dalam satu dan satu itu tiga. Bahkan tentu tidak sunyi dari mengatakan Nabi Isa itu adalah Tuhan. Jadi mereka merujuk perkara yang lain selain Allah untuk dinamakan sebagai Allah di dalam kitab mereka.
Saya berpendapat, jika kita ada kuasa untuk mengajarkan mereka dengan lembut dan sopan, mengenai mengapa kita umat Islam amat yakin terhadap kebenaran ugama Islam kepada mereka, dan mengapa kita tidak boleh menganut ugama lain, ianya adalah lebih baik, dari kita berbincang mengenai hal-hal sampingan yang mendatangkan kontroversi yang tidak mudah pudar seperti ini.













3 comments:
Salam atas kamu..
Allahu nama agung. Dia Tuhan Pencipta Segala. Kata guru, perkataan Allahu dipecahkan kepada Al + lahu. Al= Segala, Lahu = Baginya. Maka jadila ia ALLAHU = Segala BagiNya. Maknanya semua dan segala perkara, benda dan semuanya Bagi Nya Yang Maha Mulia. Semoga Allah memaafkan aku jika aku tersilap mengatakan sesuatu tentang Nya yang Maha Mulia.
لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ ثَالِثُ ثَلاَثَةٍ
"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah salah satu dari tiga (tuhan)"
Kamu sangat yakin asal kitab injil di negara-negara timur tengah itu memang menggunakan nama Allah? Yang aku tahu, nama Allah dimasukkan ke dalam bible mereka setelah penjajahan kuasa imperialis barat, perancis, itali, british dan lain-lain. Ulama yang ada menentang tetapi tidak dapat berbuat apa-apa dan akhirnya setelah tempoh masa penjajahan yang lama, ulama-ulama yang datang kemudian sunyi sepi dari sebarang komen dan pandangan sehingga pada zaman ini. Sekiranya apa yang aku kata ini salah, tolong perbetulkan aku.
Tidak kisah la orang kafir mahu menyebut nama Allah, tapi bila mereka berkata Allah satu dari yang tiga, maka semoga laknatan Allah terhadap mereka.
Orang-orang yang menyokong nama Allah dipermainkan oleh kaafirun, hanya Allah sahaja Sebaik-Baik Penilai dan Hanya Dia Yang Menghukum.
Bismillah: Saya tak tahu cerita mengenai ada penjajah yang mengisi Bible dengan Nama Allah.
Al_hamdulillah juga diertikan oleh pentafsir al-Qur'an dengan pengertian segala pujian hanya untuk Allah. Boleh jadi juga, semoga ianya betul. Allah 'A'lam.
Fahami kembali maksud tulisan saya. Setelah fahaman mengenai perkataan Allah swt difahami berasal dari al-Ilah, maka Arab yang bukan beragama Islam menggunakan perkataan Allah sebagai istilah bagi perkataan Tuhan yang ditulis dalam kitab mereka.
Jadi Orang Islam sendiri yang membuka jalan bagi Arab bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah itu untuk diistilahkan dengan maksud tuhan.
Dengan Nama Allah, Segala Yang Pemurah, Segala Yang Penyayang...
ada sebahagian arifbillah yang enggan nama Allah disebut sebagai Allah. Yang sebenar perlu disebut ialah seperti yang disebut dalam Al Quran tanpa menghilangkan sebarang baris sebutan, (kita tiada hak langsung nak hilangkan walau satu baris dalam Al Quran) semada Allahu, Allahi atau Allaha. dan setiap satunya mempunyai makna yang berlainan, tidak sama, dan mendalam.. Maha Suci Allah Yang Maha Bijaksana, Yang Memilih dan Yang Mengatur Kalam Nya dengan Sempurna. dalam nama Nya sahaja sudah terkandung segala...
aku petik kata seorang guru kepada salah seorang guru aku,
"When France effectively ruled Lebanon after World War One, the French Jesuits took on the task of eliminating Islam and indoctrinating the ‘natives’ to Catholicism.
They instructed their missionary organisation of the Vatican to publish, nota bene, Catholic literature IN ARABIC to replace the noun ‘god’ with the Name of Allah. This was the foundation of Lebanese missionary activity in Lebanon which called many ignorant and innocent Lebanese onto a path which today has led to quotidian bloodshed. In Arabic there is a word, a noun, for god. They deliberately did not use it..."
Bukan setakat mengisi Bible dengan nama Allah tetapi nama Allah digunakan sewenang-wenangnya untuk gerakan missionary mereka semua. Middle East Done! Indonesia in progress, Malaysia next?
Aku ulangi, aku tiada masalah jika orang kafir atau siapa saja mahu menyebut Allah, kerana Allah bukan milik sapa-sapa pun tapi Dia lah Yang Memiliki kita semua. Tapi aku sangat benci pada mereka yang menyebut nama Nya Yang Maha Mulia untuk mempermain-mainkan Nya. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Bukan aku mahu mengutuk sesiapa tapi aku persoalkan kenapa kebanyakan dan majoriti para ulama terkemudian dan kontemporari di masa ini dan berpuluh tahun sebelum ini diam menyepi, membisu seribu bahasa apabila Akidah dan Ibadah ummat Islam diperkosa seteruk-teruknya.
Jantung kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah telah lama dirobek-robek oleh as saud dan wahhabi yang ditaja oleh British pada peringkat penubuhannya sehinggalah kini dipertahankan oleh mereka. Bakal muncul pula sufyani yang zalim.
Sistem riba aka banking dijadikan halal dengan bertopeng perbankan Islam dan disebarkan secara besar-besaran oleh gerakan Islam yang paling besar dan berpengaruh di dunia. Hasilnya, aku makan riba, kamu makan riba, ibu bapa kita makan riba, ulama makan riba dan semua makan riba, bezanya cuma sedikit atau besar sahaja. Jika 100 tahun yang lampau, majoriti ulama menentang institusi perbankan, datang pula yang kemudian ini mereka menghalalkan melalui helah pula. Pasti si mata satu dan pengikutnya sedang tersenyum riang melihat rancangan mereka telah berjaya dan hampir sampai kepada kemuncak.
Tak cukup dengan itu, Nama Allah juga mahu diusik di bumi terakhir ini. MasyaAllah.. Allah sahajalah Sebaik-Baik Penjaga. Jika tiada Rahmat dan Kasih Sayang Nya pasti binasalah kita semua tanpa kecuali...
Post a Comment