Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Tuesday, January 10, 2012

RAHSIA WAKTU SOLAT

Allah SWT berfirman:

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Surah Hud 114 )

Imam Mujahid berkata, bahawa kesemua waktu solat yang disebut dalam ayat ini telah sempurna, Dua bahagian siang ialah, 1 bahgian untuk subuh, 1 bahagian lagi untuk Zuhur dan Asar. Dan waktu yang berhampiran malam ialah, Magrib dan Isya'.

Imam Muqatil pula Berkata, Subuh dan Zuhur satu bahagian, Asar dan Magrib satu Bahgian, Isya ialah bahagian yang menghampiri Malam.


190. إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

191. الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

(Ali-Imran 190-191)


Setiap PERALIHAN waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan TENAGA alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan WARNA alam.

SUBUH-

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi SISTEM metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan PENAWAR/REZEKI dan komunikasi.

Mereka yang kerap TERTINGGAL waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh , tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZUHUR-

Warna alam seterusnya berubah ke warna HIJAU (isyraq & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi PERUT dan HATI yang berkaitan dengan sistem pengHADAMAN.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan KECERIAAN. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau TERLEWAT Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

ASAR-

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem REPRODUKTIF.

Rahsia warna oren ialah KREATIVITI. Orang yang KERAP tertinggal Asar akan HILANG daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini TERPISAH.

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu ASAR ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB-

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap diNASIHATkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi JIN dan IBLIS (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam PERJALANAN juga seelok-eloknya BERHENTI dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh meNGELIRUkan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi OTOT, SARAF dan TULANG.

ISYA-

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa KEGELAPAN.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia KETENTERAMAN dan KEDAMAIAN di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap KETINGGALAN Isyaknya akan selalu berada dalam KEGELISAHAN. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keREHATAN.

Selepas TENGAH malam, alam mula bersinar kembali dengan warna PUTIH ( ), MERAH JAMBU dan seterusnya UNGU di mana ianya bersamaan dengan frekuensi KELENJAR pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya BANGKIT kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Demikianlah secra ringkasnya hubungan waktu-waktu solat dengan perubahan warna alam.

Sungguh besar rahsia solat itu sendiri, walau kelihatan ringkas namun yg tersirat amat hebat & mengkagumkan.

Allaahuakbar! Bersyukurlah atas segala nikmat & anugerah-Nya buat kita hamba yg lemah & dhaif.

Bersegeralah dalam bersolat, banyak hikmah & berkat dr ibadah solat yg diwajibkan.

Wallaahua’lam.

Copy Paste dan sedikit penambahan dari Wall

Hamba Yg Dhaif

Semoga bermanfaat dan Diterima segala amalan kita semua dan di maafkan segala kesalahan kita. Aaamiiin.



20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat

Blog Menarik

Blog dan Web Islam Indonesia

Blog and Web, black and white

Mari Belajar Bahasa Arab

Belajar Bahasa Arab Online

Brunei News latest RSS headlines - Big News Network.com

Amat Kerdilnya Manusia, Tapi tidak ramai yang memuji Penciptanya

Miracle Of Kaabah