السلام على من اتبع الهدى
Bismillah: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan perkara-perkara yang Kami (Allah) turunkan dari keterangan dan petunjuk selepas Kami berikan kepadanya keterangan untuk manusia dalam al-kitab (al-Qur'an) mereka itu dilaknat manusia dan dilaknat oleh pelaknat-pelaknat. Al-Baqarah ayat 159.
Sahabat dan saudara-saudaraku yang disayangi sekalian. Mari kita kira, berapa banyak keterangan yang s...abit dari al-Qur'an dan Hadis Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, yang tidak kita terangkan kepada manusia hari ini, hanya kerana kita tidak mahu manusia menghina kita sebab kita sendiri tidak membuatnya.
Antaranya ialah:
1. kewajipan untuk solat fardhu berjemaah di masjid bagi lelaki.
2. kewajipan mengikut sunnah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, kerana Nabi Muhammad saw menyatakan, siapa yang enggan mengikut sunnahku, maka bukanlah ia dari golonganku.
3. Kewajipan membaca dan mengkhatam al-Qur'an setiap bulan dan membaca sunnah-sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam secara berterusan.
4. Sunnah-Sunnah Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam adalah penerang dan pentafsir al-Qur'an yang utama, jika kita jarang sekali membacanya atau tidak membacanya sama sekali, Bahkan jika sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam banyak tidak kita ikuti, maka bolehkah kita senaraikan diri kita termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah?













No comments:
Post a Comment