Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Friday, February 10, 2012

Rahsia Dan Kekuatan Selawat Ibrahimiah (Bahagian Ke 3)

Bismillah:

اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم و على آل إبراهيم , اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم و على آل إبراهيم فى العالمين إنك حميد مجيد .

“Ya Allah, berilah rahmat-Mu kepada Muhammad dan kepada... keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah mernhmati lbrahim dan keluarga lbrahim. Dan berkatilah Muhamma...d dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga lbrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Pemurah bagi seluruh alam.

Nama Nabi Ibrahim a.s. adalah ( Gelaran ) di namakan oleh kaumnya sejak Nabi Ibrahim remaja , Surah al-Anbiya ayat 60

( قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ )

سورة الأنبياء (60)

Kami dengar seorang pemuda yang disebut Ibrahim menyebut-yebut mereka (Tuhan-tuhan itu)


Iaitu setelah mereka sedar Nabi Ibrahim telah berlepas dan menjauhi dan membenci bahkan melaknat tuhan-tuhan mereka.


Nabi ibrahim telah Ibra melepaskan diri dari berhala mereka dalam semua kata dan perbuatan. Suka berbincang dengan kaumnya untuk mengajak kaumnya menjauhi Tuhan-Tuhan mereka itu, maka dinamakanlah baginda dengan gelaran “orang yang berlepas dari tuhan tuhan”. Atau dalam bahasa Ibrani “Ibrahim”.


Ada juga yang mengatakan ertinya ialah Ab Rahim , iaitu ayah orang-orang yang penyayang. Atau Ayah Nabi-Nabi.


Ada juga ulama yang menyatakan ertinya ialah orang yang kuat berfikir dan tajam pandangannya.

Manakala Nama Nabi Muhammad saw pula sebagaimana yang kita semua telah tahu, bermakna “Orang Yang Terpuji”.


Apabila kita menyebutkan kedua-dua nama yang mulia ini di dalam Selawat kita, maka marilah kita menghayati juga makna nama-nama kedua-dua Insan dan makhluk yang paling terpilih ini, agar kita merasakan nikmat menyebutkannya di dalam selawat. Agar keberkahan darinya semakin bertambah. Mudah-mudahan kita juga akan bersemangat untuk menjadi orang yang terpuji sebagaimana Nabi Muhamad saw yang menjadi ikutan kita, dan agar kita bersemangat untuk melepaskan penyembahan kita selain dari Allah swt.


Kita juga berharap dan berdoa di samping berusaha bersungguh-sungguh untuk menghambakan diri kepada Allah swt semata-mata, kita juga perlu berdoa dan berusaha untuk melepaskan diri kita dari segala bentuk perbuatan buruk, baik yang zahir mahupun zahir dan batin. Berdoa dan berusaha untuk melepaskan diri kita dari segala kata-kata yang buruk dan syirik dan perbuatan-perbuatan syirik. Kita juga perlu berdoa dan berusaha melepaskan dari segala sifat-sifat buruk dan juga memfokuskan niat keikhlasan kita hanya untuk Allah swt semata-mata.


Bahkan dengan pengertian kedua dan ketiga iaitu seorang ayah yang pengasih dan juga orang yang banyak merenung dan kuat berfikir, maka dengan menghayati erti kalimat ini dari sudut pengertian kedua dan ketiga ini, apabila keduanya disertakan bersama, maka mudah-mudahan juga dengan berkat nama tersebut, dengan mudah dan usaha yang sedikit sahaja, kita akan menjadi seorang yang pengasih dan orang yang banyak bertafakkur berfikir dan merenung segala ciptaan Allah swt ini. Agar kita sentiasa memuji Allah swt dan berfikir bagaimana menaikkan umat Islam dan umat manusia daripada tawanan Syaitan. Allahu ‘A’lam bis Sawab.


Semoga bermanfaat dan mudah-mudahan kita semua dimasukkan kedalam golongan Hamba dan Ummat yang taat. Aaamiiin.

0 comments:

Post a Comment

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat