Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Tuesday, February 7, 2012

Adakah anda tahu rahsia dan kekuatan Selawat Ibrahimiah?

Bismillah:

اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم و على آل إبراهيم , اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم و على آل إبراهيم فى العالمين إنك حميد مجيد .

“Ya Allah, berilah rahmat-Mu kepada Muhammad dan kepada... keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah mernhmati lbrahim dan keluarga lbrahim. Dan berkatilah Muhamma...d dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga lbrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Pemurah bagi seluruh alam.

Shalawat ini adalah bentuk shalawat untuk Nabi saw yang paling sempurna/ baik yang datang dari Nabi saw atau yang datang dari para ulama. Oleh karenanya para ulama mengistimewakan bentuk shalawat ini karena adanya kesepakatan atas kesahehan riwayat yang menurunkan hadis ini, sebagaimana para imam hadis: Imam Malik dalam kitab Muwaththa’, Bukhari dan Muslim dalam dua kitab Shahehnya, Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’i telah meriwayatkannya.

Al-Hafidz al-’Iraqi dan al-Hafidz as-Sakhawi menyatakan bahwa hadis ini telah disepakati kesahihannya. Demikianlah Syaikh menyebutkan dalam kitab syarh Dalail al-Khairat dan dalam kitabnya yang lain. Lafadz shalawat ini diriwayatkan dalam beberapa jalur dan lafadz ini adalah salah satu di antaranya, yaitu yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan beberapa imam hadis yang lain, sebagaimana yang dijelaskan dalam kltab Syarhu al-Dala’il oleh al-Fasi.

Syaikh Ahmad ash-Shawi berkata: “Imam Bukhari telah meriwayatkan dalarn beberapa kitabnya bahwa Nabi saw- bersabda: Barangsiapa membaca shalawat ini, maka aku akan memberikan kesaksian padanya di hari kiamat dan aku akan menolongnya (memberikan syafa’atku kepadanya). Ini adalah hadis yang hasan. Para perawinya adalah perawi-perawi yang shahih. Ada sebagian ulama yang menyatakan bahwa membaca shalawat ini sebanyak seribu kali pasti akan bermimpi Nabi saw.,,

Selain itu ia juga satu-satunya selawat yang dinyatakan oleh Baginda saw. Dan satu-satunya selawat yang disebutkan di dalam solat. Di dalam Tahyat Akhir. Tetapi kenapa semua itu?

Antara rahsia dan kekuatan selawat ini ialah kerana ia mempunyai 3 keberkatan.

1. Keberkatan Nama Allah swt yang disebutkan di permulaan Selawat, iaitu Allahumma.

2. Keberkatan Nabi Muhammad saw. Yang disebutkan di dalam Selawat.

3. Keberkatan Nabi Ibrahim a.s.

Kenapa Nabi Muhammad saw telah menambah nama Nabi Ibrahim di dalam himpunan ayat selawat untuk baginda sendiri?

Sebabnya ialah agar umat baginda juga akan mendapatkan keberkatan Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana baginda sendiri menyatakan bahawa baginda diutus kerana makbulnya Doa Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s. adalah Nabi yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah swt sebelum Nabi Muhammad saw di utus. Pada masa itu keberkatan Nabi Ibrahim melebihi keberkatan makhluk-makhluk yang lain sebelum Nabi Muhammad saw di utus.

Oleh itu walaupun Nabi Muhammad saw adalah mahkluk yang paling mulia di sisi Allah swt, Nabi Muhammad saw adalah Nabi yang tawadhuk dan merendah diri, jadi untuk mendapatkan keberkatan itu, baginda mendapatkannya dari makhluk yang kedua paling berkat.

Bayangkan jika dua insan yang kita cintai dipuji oleh seseorang, bukankah kita semakin bahgia kerana pujian itu.

Lalu bayangkanlah keberkatan yang akan diterima jika dua makhluk yang paling dikasihi oleh Allah swt disebutkan di dalam satu ucapan, bukankah Allah swt amat-amat gembira dengan ucapan itu.


1 comments:

  1. Allahuakbar...hebatnya selawat ini..syukran..perkongsian yg amat berguna..

    ReplyDelete

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat