Bismillah: Assalamu 'Ala Man ittaba' al-Huda
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Ayat 55 Surah An-Nur.
Dalam ayat di atas Allah swt berjanji akan menjadikan umat Islam yang BERAMAL SALLEH DAN BERIMAN menjadi KHALIFAH di muka bumi. Maknanya Umat Islam akan menguasai bumi tanpa perlu takut kepada sesiapa lagi. Namun jika kita kufur, (Wa iya dzu billah) maka mereka adalah orang yang fasik.
Janji Allah ini telah Allah swt nyatakan semasa Zaman Nabi Muhammad saw lagi. Persoalannya, Adakah ia sudah pernah terjadi atau belum lagi terjadi hingga hari ini? Jika belum terjadi kenapa lama benar sehingga lebih 1400 tahun umat Islam menunggu. Bukankah itu namanya janji yang sia-sia saja jika penungguan itu berlaku sehingga 1400 tahun?
Bukankah Nabi Muhammad saw dan Sahabat-sahabat baginda serta pengikut-pengikut mereka telah benar-benar bertaqwa dan beramal saleh. Jadi kenapa Allah belum menunaikan janjiNya lagi dengan amal saleh mereka itu?
Adakah ia sudah terjadi adakah ia akan berulang lagi atau tidak? Jika belum terjadi adakah akan terjadi lama lagi atau tidak lagi lama?
Jika ia sudah terjadi, bilakah ia terjadi?
Pada pendapat saya yang masih belajar ini, Sebenarnya janji Allah swt itu sudah terjadi di Zaman Rasulullah saw sendiri, pada Zaman Sahabat dan Tabi'iin, Zaman Khalifah Umayyah, Khalifah Bani Abbasiah, sehinggalah pada Zaman Khalifah Bani Usmaniah.
Bukankah pada Zaman Khalifah Bani Abbasiah, Umat Islam telah menguasai kerajaan yang luas sehingga mengalahkan kerajaan-kerajaan yang pernah ada dari semenjak dunia ini wujud ? Begitu juga di zaman Khalifah Usmaniah. Kerajaan Islam semakin berkembang ke Eropah. Bukankah kekuatan ini suatu kekuatan yang tinggi?
Lihatlah keluasan Empayar Bani Ummayyah ini:

Itulah bukti bahawa Janji Allah swt itu telah pernah terjadi. Namun adakah dengan terjadinya perkara itu sebelum ini, adakah ia tidak akan terjadi lagi, dan kita hanya menunggu saat-saat turunnya Nabi Isa a.s. sahaja dan kiamat sahaja, atau ianya akan berulang sekali lagi?.
Fakta Sejarah
Jika kita lihat sejarah yang berlaku, dan kita bandingkan dengan ramalan Nabi Muhammad saw yang mengatakan Imam Mahdi dan Juga Nabi Isa akan turun ke Bumi. Selain itu sebelum itu As-Sufyani akan memerintah bumi selama beberapa tahun. Kita dapati perkataan as-Sufyani itu lebih menyerupai Bani Umayyah. Kerana Nama as-Sufyani tentulah disinonimkan dengan Nama Ayah Mu'awiyah bin Abi Sufyan, pengasas Khulafa Bani Umayyah. Kalau tidak begitu, maka di manakah lagi akan dicari as-Sufyani itu? Apakah pula dalil yang boleh digandingkan dengan kaum-kaum yang wujud sekarang?
Oleh kerana Ramalan dan cerita nama As-Sufyani lebih dekat dengan Imam Mahdi, maka tentulah Khalifah Bani Abbasiah yang mempunyai Bendera Hitam itu patut dikatakan Khalifah-Khalifah Imam Mahdi. Manakala Khalifah Bani Usmaniah yang mana rakyat dan juga pemerintahnya sendiri adalah berasal dari Umat Nasrani di Eropah pula adalah simbolik kepada Nabi Isa yang telah turun memerintah bumi.
Dajjal pula adalah terdiri dari pendusta-pendusta ugama yang telah memecah belahkan ugama Islam kepada banyak puak. Bahkan kita telah melihat serangan-serangan Musuh Islam bermula dari Zaman Genghis Khan yang menyerang Khulafa Bani Abbasiah pada Tahun 1258 Masihi.
Lalu Setelah mereka semua sudah tiada, kenapakah kita lihat ramalan mengenai Dajjal pula semakin hebat berlaku? Inilah masalah sebenarnya yang menunjukkan pula bahawa ramalan itu belum lagi terjadi.
Kita telah melihat bagaimana telinga kenderaan dajjal benar-benar wujud. Kita telah melihat bahawa Umat manusia benar-benar bertuhankan benda dan bertuhankan TV.
Jadinya kita pada hari ini semakin yakin bahawa dajjal yang dimaksudkan oleh Hadis Nabi Muhammad saw itu adalah dajjal yang ada sekarang. Bukan Dajjal yang dulu. Bahkan mungkin pada zaman yang akan datang pula dajjal yang boleh melakukan sihir menghidupkan orang yang telah mati akan benar-benar wujud pula. Allahu 'A'lam.
Ketika ini, Dajjal yang ada sudah boleh membuat animasi Hologram yang boleh mengujudkan rupa sebenar sesuatu tetapi tidak berjasad. Dan boleh pula membuat robot seperti manusia yang benar. Adakah sedikit masa lagi mereka akan sudah bisa mengujudkannya. Sedangkan hujan mereka hasilkan dengan pembenihan hujan dan hasil-hasil bumi dari perutnya sudah boleh dengan mudah mereka keluarkan dari minyak logam dan segala bahan yang ada telah habis diambil mereka.
Apakah bahan lagi yang boleh di ambil oleh dajjal yang lain dari dalam perut bumi pula? Jika tidak ada lagi ? Maka dajjal itu ialah dajjal yang ada sekarang.
Kita juga telah melihat bahawa huruf jawi Kaf Fa Ra itu tertulis di kedua Ain (bentuk bumi ) Amerika. Dan salah satu dari benuanya berbentuk anggur yang tergantung. Klik sini Maka saya tidak tahu jika sekiranya ada dajjal yang lain selain dari mereka. Selain dari menghidupkan orang yang telah mati, semua perkara telah berkumpul pada mereka.
Namun kenapakah ramalan ini baru terjadi sekarang. Adakah dengan terjadinya ramalan ini, dunia akan betul-betul kiamat tidak lama lagi. Dan adakah dengan wujudnya ramalan ini, Islam akan bersatu semula dan akan menjadi seperti yang dijanjikan ayat di atas dan juga janji Rasulullah saw. Bahawa Imam Mahdi akan muncul dan Nabi Isa a.s akan membunuh Dajjal yang ada sekarang?.
Kalau kita bergantung kepada hadis yang mengatakan bahawa kiamat tidak akan terjadi jika masih ada orang yang menyebutkan Nama Allah swt, dan Allah akan mengundurkan masa 50 tahun. Maka kita yakin kiamat akan terjadi lama lagi. Kerana kita yakin bahawa masih banyak lagi Mukmin yang menyebut Nama Allah swt. Mudah-mudahan juga sebutan kita itu adalah sebutan yang diterima oleh Allah swt. Amin. Oleh marilah kita banyak-banyak menyebut namaNya itu dengan sepenuh hati kita agar amalan kita itu diterima oleh Allah swt jua. Aaamiiin.
Adakah pula ketibaan dajjal yang telah muncul sebelum ini akan menjadi pengajaran kepada umat Islam di zaman ini bagaimana cara menentang dajjal itu.? Maka diberikan oleh Allah swt pengajaran demi peengajaran sejarah agar Umat Islam dan Imam Mahdi yang dijanjikan boleh belajar bagaimana cara menentang dajjal itu.
Adakah nombor-nombor yang ditandakan di dalam al-Qur'an itu pula melambangkan masa-masa bila penguasaan Islam pada dunia akan berlaku?
Dari pengalaman dan renungan yang telah saya buat sejak 6 tahun kebelakangan ini, nombor-nombor di dalam al-Qur'an itu memang nombor-nombor yang ajaib. Kerana Allah swt tidak akan menciptakan pembahagian demi pembahagian ayat, melainkan dengan tujuan-tujuan yang istimewa juga. Saya telah melihat banyak keajaiban itu yang terbit dari nombor-nombor itu. Sila klik
Jadi jika dilihat, ayat ini bernombor 55. Nombor surah pula 24. Juzuk 18 hizib 36.
Jika kita gandingkan tahun yang kecil dengan tahun masihi iaitu 2024 Masihi dan 2018 manakala yang besar pula dengan tahun Hijriah iaitu 1436 dan 1455. Maka tentulah Tahun 1436 ini lebih hampir.
Namun adakah janji Allah ini akan berlaku pada tahun tersebut, atau kita akan mendapat bahagian-bahagian tersebut peringkat demi peringkat mengikut nombor-nombor itu. Saya berpendapat, kedua-duanya adalah sangat bagus. Dan ianya terpulang kepada usaha Umat Islam nanti dan terpulang kepada Taqdir yang Allah swt khususkan untuk Umat Islam.
Namun ada satu lagi ramalan Rasulullah saw yang mengatakan bahawa Umat Islam akan mati serentak oleh suatu angin. Selepas itu tiada lagi ada umat Islam yang tinggal. Dan terjadilah kiamat. Mungkinkan Umat Islam akan dibunuh tidak lama lagi. Maka berhati-hatilah kita semua sebelum angin itu tiba secara mengejut. Mudah-mudahan kita termasuk di dalam golongan mukminin. Oleh itu jangan sampai berbuat maksiat. Beristighfarlah banyak-banyak. Agar Allah swt memasukkan kita di dalam golongan umat yang beriman. Aaamiiin.
Kerana tanda-tanda kiamat itu semua tidak dapat kita lihat dan rasakan sebagaaimana tanda-tanda yang telah terjadi sebelum ini, tanda-tanda yang saya sebutkan di atas itu tidak kita rasakan, malah tidak ramai yang mengetahuinya, walaupun ia sama seperti yang diramalkan. oleh Nabi Muhammad saw. Maka marilah kita bersedialah sebelum tanda-tanda kiamat itu tidak lagi terjadi. Malah yang akan terjadi ialah bila kiamat itu terjadi sendirinya tanpa kita sedari tanda-tandanya.
Semoga post kali ini bermanfaat dan lebih dekat pada kebenaran dan diterima oleh Allah swt dan dimaafkan atas segala kesalahan di dalamnya dan kesalahan yang lain jua. Aaamiiin.

0 comments:
Post a Comment