Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Saturday, December 3, 2011

Ayat yang sungguh Ajaib ( Kenapa ia tidak dibalas oleh Allah apabila ia berbuat maksiat? )

Bismillah: Ayat ini disebut dalam Surah Hud, Juzuk 12, pada hizib 23 suku' pertama. Surah ke 11. Ayat Nombor 8.

Apa yang menakjubkan saya ialah, Ada orang yang telah berkata seperti ayat di bawah ini pada tahun 2008. Bukankah sama apa yang dikatakannya dengan ayat nombor 8 tadi.

Katanya: Kenapa ia tidak dibalas oleh Allah apabila ia berbuat maksiat?

Mungkin Tahun 2012 akan menjadi jawapan bagi persoalan ini, Bersama kita tunggu pada pertengahan Jaunari 2012 ini.

Perkara ini juga menunjukkan bahawa segala sesuatu itu telah ditaqdirkan oleh Allah swt. Oleh itu orang mukmin yang faham hendaklah bersabar terhadap segala sesuatu yang menimpanya. Kerana setiap sesuatu itu telah termaktub di ajali lagi.


8. وَلَئِنْ أَخَّرْنَا عَنْهُمُ الْعَذَابَ إِلَىٰ أُمَّةٍ مَعْدُودَةٍ لَيَقُولُنَّ مَا يَحْبِسُهُ ۗ أَلَا يَوْمَ يَأْتِيهِمْ لَيْسَ مَصْرُوفًا عَنْهُمْ وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Dan demi sesungguhnya! Jika kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata (secara mengejek): Apakah yang menghalangnya? Ketahuilah! Pada hari datangnya azab itu kepada mereka, tidak akan dapat ditolak daripada menimpa mereka dan tentulah mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.

وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ .9

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ نَعْمَاءَ بَعْدَ ضَرَّاءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ السَّيِّئَاتُ عَنِّي ۚ إِنَّهُ لَفَرِحٌ فَخُورٌ . 10

Dan demi sesungguhnya! Kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah dia menderita kesusahan, tentulah dia akan berkata: Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku. Sesungguhnya dia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).


11. إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.



Penyusunan Surah Hud dari awal ayat juga cukup menghairankan. Kerana 5 ayat dari awal Surah ini terkandung dalam juzuk 11, manakala selebihnya terkandung dalam juzuk 12. Keganjilan ini menunjukkan, mungkin ada sesuatu yang besar yang akan terjadi pada pertengahan bulan Disember 2011 ini seperti yang disebutkan dalam ayat 3.

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).


Oleh itu marilah kita beristighfar banyak-banyak dan bertaubat nasuha kepada Allah swt. Semoga Allah swt memaafkan segala kesalahan kita dan menerima segala amalan yang kita buat. Maka dengan istighfar itu, Allah swt akan menghidari kita dari terkena azab itu. Aaamiiin.

Allahu A'lam bissawab.

6 comments:

  1. Entahlah apa yang bakal muncul bulan nie. Tapi Utusan Malaysia semalam kata 10hb ni bakal gerhana bulan.

    ReplyDelete
  2. Bismillah: Memang benar bulan akan gerhana pada 10hb ini. Lihat ini buktinya.

    http://en.wikipedia.org/wiki/December_2011_lunar_eclipse

    Namun ia juga tiada kaitan. Kerana Allah swt dan Rasulnya melarang kita mengaitkan kedua-duanya.

    Gerhana terjadi kerana taqdir Allah swt terhadap cakrawala. Bencana alam terjadi juga atas taqdir Allah swt, namun gerhana sama sekali tidak menyebabkan bencana bahkan juga bukan berita pada bencana.

    Apa yang saya tulis adalah dipetik dari ayat al-Qur'an. Yang mana saya yakin bahawa setiap taqdir Allah swt telah ditulis dalam lauh mahfuz, manakala al-Qur'an adalah ringkasan dari kitab Lauh Mahfuz itu.

    ReplyDelete
  3. Tak silap saya pasal surah2 memang ditunjuk-ajar oleh nabi tapi Juz hanya ciptaan ulama. Rasanya dalam musnad Uthman takde Juz kan? Ia bukanlah perkara bidaah yang diharamkan tapi untuk memudahkan pembacaan Al-Quran. Jadi rasanya untuk kajian rahsia Al-quran, mungkin juz tak diambil kira. Betulkan aku jika tersilap.

    ReplyDelete
  4. Bismillah: Oleh kerana kita tidak ada sumber amat yang kuat dan detail sehingga mengenai sejarah penyusunan juzuk al-Qur'an ini, maka kita tidak dapat mengatakannya bahawa ia dicipta sendiri oleh Para sahabat. Kerana semasa Zaman Nabi Muhamad saw sendiri sudah ada sebuah al-Qur'an yang komplet yang ditulis dan susun oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw setelah mendapat petunjuk dari Nabi Muhammad saw yang di ajarkan langsung oleh Saidina Jibril a.s.

    Sebelum penyusunan semula oleh Saidina Usman ia disimpin oleh Isteri Nabi yang Mulia, Ummul Mukminin, saidatuna 'Hafsah' Radhiallahuanha.

    Penyusunan al-Qur'an yang dibuat oleh Saidina Usman r.a. dan ditulis dan diawasi oleh sahabat-sahabat yang pakar al-Qur'an pada zaman itu adalah mengikut al-Qur'an yang dipegang oleh Saidatuna Hafsah ini.

    Oleh itu pembahagian-pembagian juzuk ini, besar kemungkinan bermula dari awal lagi. Kerana mana mungkin para sahabat berani membahagi-bahagikan al-Qur'an seperti itu.

    Bukankah sedikit sahaja pencorakkan yang dibuat di dalam al-Qur'an akan mengobah makna dan isi kandungannya. Bayangkanlah jika suatu cerita diputus di tengahnya kerana pembahagian juzuk, seperti surah Yusuf dan surah al-Kahfi. Adakah para sahabat berani memutus cerita itu? Saya berpendapat mereka tidak berani. Oleh itu pembahagian juzuk itu juga besar kemungkinan dibuat oleh Nabi Muhammad saw melalui ajaran Malaikat Jibril a.s.

    Kerana selain dari pembahagian juzuk yang ditulis, ayat-ayat yang disusun juga tidak disusun mengikut tarikh turunnya. Kenapa perkara ini berlaku? Siapa yang berani menyusun perkara ini Kalau bukan Allah swt sendiri?

    ReplyDelete
  5. Bismillah: Kemalangan demi kemalangan yang berlaku dipertengahan bulan Disember ini, semakin mengesahkan pada kita pada hari kiamat yang pastinya benar dan juga pada kemalangan-kemalangan yang akan terjadi mengikut urutan di dalam surah Hud. Yang berkemungkinnan besar akan berlaku disepanjang tahun 2012 nanti. Allahu 'A'lam bissawab. Sesungguhnya saya yakin Allah swt tidak menyatakan dan menyusun kalimatnya dengan sia-sia.

    ReplyDelete
  6. Dalam mastika terbaru (Disember), ada diberitakan tentang kajian Ali Adams terhadap surah Ar-Rahman. mengandungi ramalan berkenaan sesuatu bakal berlaku pada tahun 2012. Apa pendapat muhammad? Maaf jika dah ada posting pasal ini sebab sy tak sempat baca semua artikel blog ini. Tapi blog ini memang menarik dan selalu update.

    ReplyDelete

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat