Bismillah: As-Salamu 'Alaikum Wa Rahmatullah. Segala puji hanya milik
Allah swt, Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad saw. Wa
ba'd.Sahabat dan saudara-saudaraku yang disayangi, Marilah
bersungguh-sungguh menghayati ayat-ayat ini, dengan memohon perlindungan
pada Allah swt daripada kebatilan, kesesatan, jauh dari Allah swt dan
masih syak dan ragu dalam keimanan kita kepada Allah swt. Dan tolong
doakan juga untuk sahabat serta kaum kerabat kalian serta seluruh umat
Islam. Semoga kita semua diselamatkan oleh Allah swt jua dari segala
bahaya, kebathilan dan kesesatan dan juga ragu-ragu terhadap Allah swt.
Amin
.......Surah Saba ayat 48 hingga 54:......
48. قُلْ إِنَّ رَبِّي يَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
Katakanlah
lagi: Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi
pilihanNya) dengan perkara yang benar; Dia sentiasa Mengetahui akan
segala perkara yang ghaib.
49. قُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ
Katakanlah
lagi: Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan),
dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia,
usahkan hendak mengulanginya di akhirat.
50.
قُلْ إِنْ ضَلَلْتُ فَإِنَّمَا أَضِلُّ عَلَىٰ نَفْسِي ۖ وَإِنِ
اهْتَدَيْتُ فَبِمَا يُوحِي إِلَيَّ رَبِّي ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ
Katakanlah lagi:
Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri
dan jika aku beroleh hidayat petunjuk maka yang demikian disebabkan
apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Dia Maha
Mendengar, lagi Maha Dekat.
51. وَلَوْ
تَرَىٰ إِذْ فَزِعُوا فَلَا فَوْتَ وَأُخِذُوا مِنْ مَكَانٍ قَرِيبٍ
Dan (sungguh ngeri) jika engkau
melihat (keadaan orang-orang yang bersalah itu) ketika mereka gelisah
takut (menyaksikan azabnya) serta mereka tidak mendapat jalan
mengelaknya dan mereka pun diambil dari tempat mereka berada (untuk
dibawa ke tempat azab).
52. وَقَالُوا
آمَنَّا بِهِ وَأَنَّىٰ لَهُمُ التَّنَاوُشُ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ
Dan (pada ketika itu) mereka
berkata: Kami sekarang beriman kepada kebenaran yang di bawa oleh Nabi
Muhammad (s.a.w); (apa jalannya) dan bagaimana caranya mereka dapat
mencapai iman dari tempat yang jauh?
53.
وَقَدْ كَفَرُوا بِهِ مِنْ قَبْلُ ۖ وَيَقْذِفُونَ بِالْغَيْبِ مِنْ
مَكَانٍ بَعِيدٍ
Pada hal
mereka telah mengingkarinya sebelum itu dan mereka pula selalu
melemparkan tuduhan-tuduhan buta terhadap kebenaran itu dari tempat
yang jauh? (sudah tentu salah).
54.
وَحِيلَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ مَا يَشْتَهُونَ كَمَا فُعِلَ بِأَشْيَاعِهِمْ
مِنْ قَبْلُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا فِي شَكٍّ مُرِيبٍ
Dan disekatlah di antara mereka dengan (iman)
yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang
yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu; sesungguhnya
mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan.
Was-Salam. Semoga bermanfaat dan semoga amalan kita semua diterima Allah swt jua. Amin.













2 comments:
Bro. aku sedang dalam proses buat blog tapi belum mahir sangat. Ada beberapa artikel aku yang ingin letakkan ayat Al-Quran. Ayat Al-Quran diatas cantiklah, ia bukannya picture. Dari mane bro copy ayat diatas? Sebab aku nak letakkan font Al-Quran sendiri bukannya pic..
Bismillah: Banyak dalam internet. Insya Allah. :)
Post a Comment