Masjid yang tidak cukup jemaah 3 orang pada sesuatu waktu akan mengundang bala seperti ini.
by Muhammad Ahmad on Saturday, May 14, 2011
Bismillah. Al-Hamdulillah. Was-Salatu Was-Salamu 'Ala Rasulillah Wa 'Ala Aaalih.
Was-Salamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh.
Mudah-mudahan
nota saya kali ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat sekalian amin.
Ianya mengenai dalil-dalil kewajipan solat fardhu berjemaah di masjid,
di dalam al-Qur'an bagi lelaki. Semoga hati kita semua khusyuk dan
tawadhuk membacanya, kerana ianya adalah dari al-Qur'an sendiri. Jika
tuan2 telah membacanya, maka saya serahkan pada tuan-tuan untuk
berfikir sendiri.
1. Rukuklah bersama orang-orang yang Ruku'
1) وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
( سورة البقرة 43)
Dan
dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah
kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Ayat
di atas, jelas menunjukkan perintah Allah memerintahkan umat Yahudi
untuk solat berjemaah bersama umat Islam. Dalam Ilmu Usul Fiqh, suatu
perintah asalnya ialah wajib, melainkan jika ada dalil yang membawanya
kepada sunat atau harus sahaja barulah hukumnya berubah. Dalam ayat ini
tiada dalil yang membawa kepada makna sunat dan harus itu. Kerana ayat
ini ditujukan kepada orang Yahudi. Ertinya mereka wajib memeluk ugama
Islam dan solat bersama orang Islam.
Persoalan yang
penting di sini ialah. Jika orang Yahudi di wajibkan untuk solat
berjemaah, maka adakah umat Islam tidak diwajibkan solat berjemaah?
2. Hendaklah solat di buat di masjid
قُلْ
أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ ۖ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ
مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۚ كَمَا بَدَأَكُمْ
تَعُودُونَ
( سورة الأعراف 29)
Katakanlah:
Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh
supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul
pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang di setiap masjid dan
bermunajatlah padanya dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya
semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada
mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
31. ۞ يَا
بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا
وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Wahai
anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap
kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah
serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak
suka akan orang-orang yang melampaui batas.
( الأعراف 31)
Keterangan ayat
Pada
mulanya makna ayat 29 di atas tidak menyebutkan di setiap masjid, makna
di setiap masjid itu saya tambah untuk menyatakan bahawa ayat itu
mungkin diubah maksudnya bagi mengurangkan tekanan kewajipan untuk
solat di masjid. Padahal jelas ayat itu menyuruh solat di masjid.
Makna ayat itu telah diertikan dengan makna ini:
Katakanlah:
Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh
supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul
pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan
mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana)
sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula)
kamu akan kembali (kepadaNya).
Solat yang disebut
sebenarnya hanyalah solat fardhu berjemaah di masjid sahaja bukannya
solat sunat yang dibuat di rumah. Kerana apabila seorang solat
berjemaah di masjid, maka mungkin niatnya adalah untuk riya dan
sebagainya. Jadi kita diperintahkan untuk solat di masjid dan ikhlas
dalam solat kita. Namun bagi solat sunat di rumah, maka
keikhlasansudah tentu. Jadi ayat itu bukanlah di maksudkan solat di
rumah. Bahkan di masjid semata-mata.
Maksud ayat menyuruh
ke masjid itu jelas dan ditafsirkan lagi oleh ayat 31 berikut iaitu
ayat yang menyuruh untuk berhias apabila hendak ke masjid. Sekali lagi
jelas bagi kita ayat itu telah di ubah maksudnya dengan tempat ibadat
sahaja. Maksud ayat saya kekalkan seperti yang didapat dari tafsir,
kerana untuk menggalakkan menghiasi diri di setiap solat sunat.
Hukum
berhias dalam ayat ini adalah wajib kerana tidak ada qarinah yang
membawanya pada hukum lain. Kerana orang yang tidak berhias,
lebih-lebih lagi berbau busuk akan menganggu orang lain solat. Manakala
ketika solat sendiri adalah sunat sahaja. Manakala bagi perempuan pula
jika mereka berhias dengan hiasan yang boleh membawa tarikan untuk
lelaki melihatnya, maka hukumnya adalah haram. Jadi solat fardhu
berjemaah di masjid bagi perempuan adalah tidak lah wajib.
Dalam
hadis Rasulullah saw juga ada menyatakan, sesiapa yang memakan pokok
ini (bawang), maka ia tidak boleh menghampiri Masjid kami ini (untuk
masuk dan solat berjemaah) Au kama Qal saw.
(3) Tidak Hiraukan Laungan Azan
يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ
( سورة القلم 42)
(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan
kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka
mereka tidak dapat melakukannya;
خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ
( سورة القلم 43)
Sambil
pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan
sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud
(tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
Keterangan Ayat
Di
akhirat nanti, untuk menguji seseorang itu solat sempurna atau tidak
atau mereka telah solat berjemaah atau tidak, maka mereka akan disuruh
bersujud kepada Allah swt. Namun sesetengah umat Islam yang pernah
solat atau yang penuh solatnya ada juga yang tidak dapat sujud. Perkara
ini ialah kerana apabila azan berkumandang, mereka tidak mengerjakan
solat di sana. Sedangkan mereka tidak ada keuzuran yang berat dan
menghalang mereka untuk solat berjemaah, seperti sakit atau bermusafir.
Ada
pula yang merasa bijak sedikit mengatakan bahawa Nabi saw membenarkan
bahkan menyuruh untuk menghabiskan hidangan terlebih dulu sebelum solat
berjemaah. Namun sebenarnya, perkara itu tidak boleh dibuat setiap hari
untuk menjadi alasan tidak solat kemasjid. Bahkan hendaklah diaturkan
jadual sebaik-baiknya agar penghidangan makanan itu tidak bertembung
dengan waktu solat.
Bahkan jika betul kita mahu
solat berjemaah, kita boleh menghabiskan hidangan dan solat berjemaah
sesudahnya bersama jemaah lain di masjid. Jadi kita tiada alasan untuk
tidak ke masjid.
(4) Hanya yang mentakmirkan masjid itulah saja yang mungkin mendapat Hidayat
إِنَّمَا
يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ
فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
( التوبة 18)
Hanyasanya
yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah,
(dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka
menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Keterangan Ayat
Wahai
saudaraku yang beriman, jika ayat di atas menyatakan hanya yang
mentakmirkan masjid sahaja yang mungkin mendapat hidayah, maka jika
mereka pun dikatakan mungkin dapat hidayah itu, maka bagaimanakah lagi
dengan orang lain yang tidak ke masjid? Maka adakah kita mahu tidak
mendapat hidayah itu? Wa iyadzu billah min dzalik.
Semoga
bermanfaat. yang baik dari Allah swt jua. yang kurang baik adalah dari
saya sendiri. Semoga dengannya, kita akan lebih dekat kepada kebenaran.
Amin.













3 comments:
Syukran. Share sebahagian daripada ayat supaya dpt dmanfaatkan bersama. Jzk
Bismillah: Silakan Izyan Al-Munawwarah. Al-Hamdulillah.
baruku sedar begitu indah rupanya solat thank krn aku temui blog ini.....
Post a Comment