Bismillah: Untuk senang belajar, kita kena rendahkan hati. Untuk senang dapat Ilmu yang melekat terus di dalam jiwa, kita kena amalkan Ilmu itu. Untuk senang mengamalkan, kita kena cinta pada Ilahi. Untuk sentiasa Istiqamah, kita kena selalu ingat mati.
Bismillah: Belajarlah untuk di amalkan, bukan untuk dibincangkan sahaja. Semoga dengan amalan itu, ianya bukan sahaja akan menjadi Nur bagi diri kita, tetapi ia juga akan menerangi keluarga dan orang lain. Mulakanlah pengajaran untuk ahli keluarga dan seterusnya sahabat-sahabat.
Bismillah: Setiap sesuatu itu ada hikmahnya, terpulang pada kita sendiri untuk mengambil manfaat darinya. Kerana setiap sesuatu itu adalah berlaku dengan izin Allah swt jua. Dan Allah swt tidak akan membiarkan sesuatu berlaku sia-sia tanpa ada sebarang hikmah yang tersembunyi disebaliknya.
Bismillah: Bacalah al-Qur'an beserta tafsirnya sekali. Ulangi pembacaan setelah memahami tafsirnya. Dan ujudkanlah dirimu di dalam setiap ayat yang di baca, maka akan nampak setiap cerita yang ada seolah-olah ianya berada di depan mata.
Bismillah: Sunnah Rasulullah saw itu bermakna, amalan-amalan Rasulullah saw dalam perjalanan hidup baginda yang sentiasa dilaksanakan oleh baginda. Seperti solat Fardhu berjemaah. Baginda tidak pernah meninggalkannya walaupun sewaktu musafir dan sakit. Melainkan ketika baginda saw nazak.
Bismillah: Utamakanlah Sunnah yang diperintahkan oleh baginda saw. dari Sunnah yang tidak diperintahkan. Seperti Poligami. Rasulullah memang berpoligami, tetapi baginda tidak mewajibkan berpoligami, banyak sahabat baginda saw yang tidak berpoligami. Nabi saw tidak marah. Namun Nabi saw memerintahkan untuk solat fardhu berjemaah bagi yang tidak sakit dan tidak musafir. Dan marah pada orang yang meninggalkannya.
Bismillah: Orang yang mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad saw dengan niat riya' dihina di dalam Khutbah Jum'at. Namun tanda seseorang itu tidak riya ialah ia tetap melakukannya. Walaupun dikata orang. Tanda orang riya pula, ia hanya sekali sekala melakukan sunnah Nabi Muhammad saw. Bahkan sebenarnya adalah lebih hina jika tidak mengamalkan sunnah Nabi sama sekali.
Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4
Bismillah: Dari Status Sahabat. Kesilapan seorang doktor mungkin mengakibatkan kematian kepada pesakitnya, tapi kesilapan seorang guru mungkin mengakibatkan kerosakan kepada generasinya. Bismillah: Ajaran guru:
Doakanlah taubat dan kemaafan bagi dirimu dan juga mukmin yang kamu dengki. Insya Allah akan menyelesaikan masalah antara kamu dengan orang itu
Bismillah: Barang siapa beramal dengan Ilmu akan bertambah ilmunya. Namun hendaklah juga ada syarat ia hendaklah sentiasa merendah diri pada Ilmu seperti saidina Ali k.w.
Kerana siapa yang sudah merasa puas dan tinggi dengan Ilmu yang ada, a...kan sukar menambah Ilmunya. Barang siapa merasa puas dan mulia dengan amal yang ada maka akan... sukar menambah amalnya.
Bismillah. Dalam kitab Islam dan muzik terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Brunei menyatakan bahawa Muzik itu hanya satu jenis sahaja yang dibolehkan, itupun hanya mengikut masa-masa yang tertentu sahaja. Saya hairan kenapa Rangkaian Nor Islam masih lagi ada Muzik?
Bismillah: Wahai makhluk pilihan Allah untuk menguasai dunia, ingatlah bahawa segala yang kau ada sekarang, jasad, masa, harta dan ilmu hanyalah pinjaman dan ujian. Semuanya akan dipersoalkan nanti di akhirat, adakah kita telah mentadbirnya dengan sebaiknya atau tidak?
Bismillah: Wahai orang-orang yang sedang dilamun cinta, atau pernah bercinta, ketahuilah bahawa berkhidmat untuk kekasih itu lebih bahagia daripada diberikan khidmat. Ketahuilah jua, Allah swt adalah kekasih kamu yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa kamu akan menangis di akhirat kerana merasa masih lagi kurang khidmat kamu kepada kekasih sebenar kamu itu.
Bismillah. Marilah kita menyahut seruan Allah dalam surah al-Maidah ayat 54: "Iaitu agar kita sentiasa merasa rendah hati kepada setiap orang mukmin dan merasa lebih mulia dari orang-orang kafir dan jangan sebaliknya"
Bismillah: Kata hukama: Ilmu yang paling bermanfaat dan paling baik ialah Ilmu yang melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt.
Bismillah.
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka se...sungguhnya Allah mengetahuinya.
Bismillah: The hand symbol that mean "I love you" to the rockers actual mean is "make love" Wa iya dzubillah min dzalik.
Bismillah:
Erti perkataan korban dalam bahasa Arab ialah hampir. Maka siapa yang sukar untuk meningkatkan korbannya, maka sukarlah ia untuk semakin dekat kepada Allah. Pintu rahmat Allah pula akan terbuka semakin lebar jika mendekatiNya. Tidakkah kita teringin untuk meningkatkan korban kita agar kita semakin mendekatiNya?
Bismillah: Sahib kitab Hikam berkata:
Tiada terhenti apapun sebarang kemahuan jika kamu mengkehendakinya bersama Tuhanmu. Dan tiada mudah sebarang kemahuan jika kamu mengkehendakinya dengan nafsumu.