Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Saturday, April 9, 2011

Apakah Yang Nyata Itu Pilihanmu..??

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام على من اتبع الهدى


Saya berikan anda satu situasi. Anda sedang berjalan-jalan di sebuah kawasan yang dipenuhi orang ramai. Ada banyak kedai di kiri dan kanan anda. Tiba-tiba anda mendengar salah seorang daripada tukang kedai di situ bersuara dengan lantang.

“Mari! Mari! Saya ada tawaran untuk anda semua. Tawaran yang sangat menguntungkan. Siapa yang berminat, mari ke sini. Datang hampir kepada saya.”

Pekedai tersebut bersuara sambil di hadapannya terdapat dua buah kotak yang ditutup dengan sehelai kain hitam. Keadaan kedainya yang sedikit using membuatkan tiada siapa pun berminat untuk mendekati. Pekedai tersebut melaung lagi memanggil orang agar datang kepadanya. Namun masih tiada balasan. Akhirnya, pekedai itu bersuara, kali ini lebih spesifik.

“Kamu, yang berbaju biru itu! Mari ke sini, terima tawaran saya.”

Kali ini pekedai itu menggunakan strategi baru dan ia lebih spesifik. Memanggil orang dengan memberikan ciri-ciri. Ditakdirkan ALLAH, hanya anda seorang sahaja yang memakai baju biru pada ketika itu, pada saat itu. Jadi, anda tiada pilihan, melainkan untuk menghampiri pekedai itu. Anda pun melangkah setapak demi setapak. Dan anda kini berada betul-betul di hadapan pekedai itu. Dan, di hadapan anda terdapat dua buah kotak yang agak besar yang ditutup dengan kain berwarna hitam. Anda diberi arahan oleh pekedai itu supaya memilih salah satu daripada dua kotak tersebut. Sambil mulutnya terus berceloteh,

“Hari ini saya ada tawaran istimewa. Dalam kedua-dua kotak ini mengandungi sesuatu yang semua kita mahukan. Ia adalah perkara yang sama, namun nilainya adalah berbeza. Kamu perlu memilih salah satu daripada dua kotak ini.”
Anda yang masih terkejut kerana tiba-tiba dipanggil terpinga di situ. Pada waktu yang sama, orang ramai telah mula mengerumuni kerana tertarik dengan apa yang sedang berlaku. Pekedai itu hanya diam memandang anda dengan senyum. Menunggu anda bersuara. Akhirnya anda bertanya,

“Apa yang awak tawarkan?”

“Wang tunai yang lumayan untuk awak.” Pekedai tersebut memberitahu sedikit dari rahsianya.

“Bagaimana saya dapat pastikan? Kedua-duanya bertutup dengan kain hitam. Tak nampak.” Anda bersuara kerana merasakan sangat sukar membuat pilihan dengan kehadiran kain hitam yang menutupi kotak itu.

“Jangan risau. Saya tidak begitu kejam. Di sini ada dua kotak. Okla, kita namakan yang ini kotak A dan ini kotak B. Dan saya akan bukakan penutup kotak A agar kamu dapat melihat wang tunai yang ada di dalamnya. Kemudian anda bolehlah kamu memilih kotak mana yang kamu mahu.”

“Dalam kotak A ada berapa ringgit? Banyak ke?” Anda sudah mula teruja mendengar apa yang ditawarkan. Lebih-lebih lagi bila anda sendiri dapat melihat wang yang ditawarkan.

“Dalam kotak A ada wang tunai Rm500.” Kata pekedai sambil membuka kain hitam yang menutupi. Dan nyata, pekedai itu tidak menipu. Timbunan wang Rm50 dalam kotak itu membuktikannya.

“Wah! Biar betul! Kalau begitu saya pilih kotak inilah.” Anda yang sudah terpukau dengan kilauan wang itu terus membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Orang ramai turut bersorak tanda bersetuju. Yelah, siapa yang senang-senang mahu memberi Rm500 kepada kita?

“Nanti dulu. Saya belum habis lagi. Saya ada tawaran yang lebih baik jika kamu berani mengambil risiko. Di dalam kotak B ini ada wang tunai yang lebih lumayan. Jauh lebih lumayan daripada kotak A. Saya boleh berikan kepada kamu tetapi dengan syarat, kamu tidak boleh mengambil Rm500 yang ada dalam kotak A itu. Kamu perlu melepaskannya. Bagaimana?”

“Urm, berapa nilai yang di dalamnya?”

“Dalamnya ada wang tunai Rm1 juta!”

Pekedai itu menjawab tenang. Orang ramai yang dengar amat terkejut. Anda yang ditawarkan apatah lagi? Pastinya lebih terkejut bukan? Tetapi kerana anda tidak mempercayainya, anda meminta supaya pekedai itu mengalihkan kain hitam yang menutupi kotak B. Namun jawapan pekedai itu amat mengecewakan.

“Tak boleh. Saya tak boleh membukanya. Cuma saya dapat jamin kepada awak yang nilai di dalamnya benar-benar Rm 1 juta. Saya tidak bohong. Percayalah.” Pekedai itu menjawab dengan yakin.

“Mana boleh begitu. Kalau saya memilih kotak B sedangkan dalamnya tiada apa-apa, rugilah saya. Padahal saya boleh mendapat Rm500 yang nyata di hadapan mata. Alihkanlah kain hitam itu.”

Anda mahukan wang lebih itu. Tetapi selagi tidak melihat dengan mata sendiri, anda tidak akan percaya. Orang ramai jugak sudah mula bising. Kerana keengganan pekedai itu membuktikan percakapannya.

“Alihkanlah. Kalau yang Rm500 tu kamu boleh buka. Kenapa yang ini tidak?” Anda sudah mula menggunakan teknik provokasi.

“Tidak boleh. Saya tidak boleh buat begitu. Cuma saya boleh janjikan yang di dalam ini memang ada Rm 1 juta.” Pekedai itu meyakinkan lagi.

“Tipu! Kalau betul mesti dia buka kain tu. Baik ambil yang Rm500 jer. Entah-entah dalam kotak B tu kosong je. Rugi nanti. Tak payah fikir-fikir lagi.” Orang ramai tiba-tiba bersuara lantang.

Anda sudah buntu. Mahu mengambil yang mana satu. Kotak A atau Kotak B. Jika anda memilih kotak A dan melepaskan kotak B, semestinya anda sudah untung Rm500 ringgit kerana anda telah melihat duit tersebut dengan mata sendiri. Tapi jika di dalam kotak B itu benar-benar ada Rm 1 juta, bermakna dia telah rugi Rm999500! Satu jumlah yang banyak tu! Sangat banyak! Tapi, jika hendak memilih kotak B, mesti melepaskan Rm500 yang ada dalam kotak A. Sedangkan anda sendiri tidak nampak apa yang ada dalam kotak B. Kalaulah dalam kotak itu tiada apa-apa, bermakna anda tidak akan mendapat apa-apa. Dan kalau difikirkan secara logik akal, siapa yang sudi memberi Rm 1 juta begitu sahaja?

Kalau Rm500 tu, ‘make sense’ juga. Sedang anda berfikir, kata-kata pekedai itu kembali berputar di ingatan.

“Tak boleh. Saya tak boleh membukanya. Cuma saya dapat jamin kepada awak yang nilai di dalamnya benar-benar Rm 1 juta. Saya tidak bohong. Percayalah.”

“Tidak boleh. Saya tidak boleh buat begitu. Cuma saya boleh janjikan yang di dalam ini memang ada Rm 1 juta.”

Kenyataan pekedai itu seperti meyakinkan. Tapi, siapakah yang sudi memberi Rm 1 juta? Tidak logik kan?

Jadi, jika anda berada dalam situasi itu apakah tindakan anda? Mahu memilih kotak A atau kotak B?..

Bersambung pula : ....

0 comments:

Post a Comment

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat