Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Saturday, April 10, 2010

Raja Dan Tiga Menteri Kabinetnya : Renungan Bersama

السلام على من اتبع الهدى


Suatu hari seorang raja telah memanggil tiga menterinya mengadap dan meminta mereka sesuatu yang aneh. Dia meminta ketiga-tiga menterinya itu agar masing-masing mengambil sebuah karung guni setiap seorang dan pergi ke taman istana dan mengisi karung tersebut untuk raja dari semua hal yang baik-baik, iaitu dari buah-buahan dan tanaman juga diminta. Dan diperintahkan juga untuk tidak mencari bantuan dari sesiapa pun dalam tugas ini dan tidak boleh menolong satu sama lain.

Menteri-menteri itu terasa aneh dengan permintaan raja itu dan setiap mereka mengambil setiap satu karung guni dan pergi ke kebun.

Adapun Menteri pertama, dia berpendapat perlu memberikan Raja semua buah-buahan yang terbaik dan memenuhi karung guni hasil tanaman terbaik dari buah-buahan tersebut.

Menteri kedua pula merasa yakin bahawa raja tidak mahu buah itu untuk dirinya dan bahawa ia tidak akan menyemak buah itu, maka ia pun mengisi karung guni dengan mengumpul buah dan mengabaikan pemeriksaan dan tidak memilih mana-mana buah yang baik untuk diisikan didalam karung guni sebagaimana yang telah disepakati.


Menteri ketiga tidak percaya bahawa Raja tertarik dengan isi karung guni itu lalu ia mengisinya dengan rumput dan daun.

Keesokan harinya, raja memerintahkan untuk dibawa kepadanya ketiga-tiga menterinya itu bersama tiga karung guni yang mereka isikan. Saat para menteri bertemu dengan Raja, Raja telah memerintahkan tenteranya untuk menangkap tiga menterinya itu dan memenjarakan mereka secara berasingan, masing-masing dikurung dengan karung guni mereka selama tiga bulan di penjara ditempat yang jauh dari orang dan tidak dapat dihubungi oleh sesiapapun dan tidak diberikan makan dan minum.

Menteri Pertama mendapat nikmat makan buah dari yang baik yang dikumpulnya hingga berakhir waktu tiga bulan.

Menteri kedua, tinggal dalam kesempitan semasa hidup tiga bulan di dalam penjara itu, kurang tenaga, kerana hanya bergantung kepada sebahagian sahaja buah yang baik yang dikumpulkannya.

Menteri ketiga pula, mati kebuluran berlaku sebelum bulan pertama.

(Saudara, menteri-menteri itu ialah ibarat manusia yang hidup di muka bumi, raja itu ialah ibarat Allah swt, tentera itu ialah ibarat malaikat, dan penjara itu ialah ibarat kubur kita nanti di alam barzakh)

Jadi tanyakan pada diri anda dari jenis apa pun anda. Anda sekarang di taman dunia, anda memiliki kebebasan dari raja untuk mengumpulkan pekerjaan baik atau pekerjaan yang buruk, tapi besok ketika diperintahkan Raja, agar kamu dipenjarakan, iaitu kamu mati, lalu dikuburkan. Di penjara yang gelap, sempit dan sendiri keseorangan, apakah yang anda yakini boleh menguntungkan anda selain dari hal-hal yang anda kumpulkan semasa hidup anda di dunia, dengan amalan kebajikan yang baik.

Saudara / saudari, kita berdiri sekarang dengan diri kita sendiri dan kita memutuskan apa yang akan kita lakukan besok di penjara kita.

Wassalam.

الملك ووزراؤه الثلاثه

في يوم من الايام استدعى الملك وزرائه الثلاثه وطلب منهم أمرا غريبا طلب من كل وزير أن يأخذ كيس ويذهب إلى بستان القصر وأن يملئ هذا الكيس للملك من مختلف طيبات الثمار والزروع كما طلب منهم أن لا يستعينوا بأحد في هذه المهمة و أن لا يسندوها إلى أحد أخر أستغرب الوزراء من طلب الملك و أخذ كل واحد منهم كيسة وأنطلق إلى البستان.

فأما الوزير الأول فقد حرص على أن يرضي الملك فجمع من كل الثمرات من أفضل وأجود المحصول وكان يتخير الطيب والجيد من الثمار حتى ملئ الكيس.

أما الوزير الثاني فقد كان مقتنع بأن الملك لا يريد الثمار ولا يحتاجها لنفسة وأنة لن يتفحص الثمار فقام بجمع الثمار بكسل و أهمال فلم يتحرى الطيب من الفاسد حتى ملئ الكيس بالثمار كيف ما اتفق.

أما الوزير الثالث فلم يعتقد أن الملك يسوف يهتم بمحتوى الكيس اصلا فملئ الكيس با الحشائش والأعشاب وأوراق الأشجار.

وفي اليوم التالي أمر الملك أن يؤتى بالوزراء الثلاثة مع الأكياس التي جمعوها فلما أجتمع الوزراء بالملك أمر الملك الجنود بأن يأخذوا الوزراء الثلاثة ويسجنوهم على حدة كل واحد منهم مع الكيس الذي معة لمدة ثلاثة أشهر في سجن بعيد لا يصل أليهم فية أحد كان, وأن يمنع عنهم الأكل والشراب فاما الوزير الأول فضل يأكل من طيبات الثمار التي جمعها حتى أنقضت الأشهر الثلاثة
وأما الوزير الثاني فقد عاش الشهور الثلاثة في ضيق وقلة حيلة معتمدا على ماصلح فقط من الثمار التي جمعها أما الوزير الثالث فقد مات جوع قبل أن ينقضي الشهر الأول.

وهكذا أسأل نفسك من أي نوع أنت فأنت الأن في بستان الدنيا لك حرية
أن تجمع من الأعمال الطيبة أو الأعمال الخبيثة ولكن غدا عندما يأمر ملك الملوك أن تسجن في قبرك في ذلك السجن الضيق المظلم لوحدك , ماذا تعتقد سوف ينفعك غير طيبات الأعمال التي جمعتها في حياتك الدنيا

أخي /أختي لنقف الآن مع انفسنا ونقرر ماذا سنفعل غداً في سجننا.


والسلام.

Thursday, April 8, 2010

Masya Allah, Di Saudi Pun Turun Salji Juga!

Snow blankets city in SW Saudi Arabia: PressTV

Wed, 07 Apr 2010 17:49:27 GMT


Parts of the city of Tanomah in southwestern Saudi Arabia have been blanketed in thick snow while other parts of the oil-rich kingdom baked under the scorching sun.

According to Saudi Gazette newspaper, a thick blanket of snow fell Tuesday on Tanomah located north of Abha in the Asir province.

Meanwhile, the suburban areas of Namas, Souda, Shaaf, Turaib, Oqbat Dalae, Khaibar Al-Janoub, Madda, Tihama Balasmar and Balahmar received heavy rainfalls accompanied by hailstorms.

Tanomah is known for its milder climate compared to the rest of Saudi Arabia.

Abha, situated 2,200 meters above sea level, is in a mountainous region close to the border with Yemen.

Temperatures in Abha at this time of the year range between 12 degrees Celsius and 23 degrees, but have fallen as low as 4.5 degrees.



Monday, April 5, 2010

Gambar Terbaru Madinah Al-Munawwarah


السلام على من اتبع الهدى


Sesiapa yang merindui Nabi Muhammad saw dan Madinah al-Munawwarah,
maka inilah gambar terbarunya.

Semoga gambar-gambar ini akan mengubati kerinduan anda pada Rasulullah saw

Tutup payung


Buka payung


Antara Maghrib Dan Isya Di Masjid Nabawi

video

Marilah berselawat kepada Rasulullah saw.

Sabda Rasulullah saw:

Orang yang paling rapat denganku di akhirat nanti ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. Aw kama qal.


Sabda Rasulullah saw lagi:

Adakah kamu tahu siapa orang yang bakhil itu?

Orang yang bakhil ialah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namaku disebut.
Aw kama qal.

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم

وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم فى العالمين إنك حميد مجيد


والسلام



Sunday, April 4, 2010

Hampir Semua Pelajar-Pelajar Sessi Petang Tidak Solat Zuhur


Assalamu Ala man ittaba’a al-huda

Di Negara Brunei Darussalam, hampir semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Menglait sessi petang tidak solat Zuhur.

Perkara ini berlaku kerana, pelajar-pelajar tersebut terpaksa datang sekolah bermula jam 12 tengahari dan pulang kerumah jam 5.30 petang.

Perkara ini menurut maklumat yang penulis terima, hanya berlaku di sekolah tersebut sahaja, kerana berkemungkinan hanya sekolah tersebut sahaja yang masih lagi belajar sessi petang di seluruh negara.

Selain itu, menurut pemberi maklumat tersebut, keadaan ini menyebabkan banyak gangguan histeria terhadap pelajar-pelajar di sana berlaku. Kejadian histeria ini berlaku sehingga hampir setiap minggu di sana.

Bahkan keputusan peperiksaan sekolah tersebut juga semakin lama semakin menurun.

Ketika Menteri pendidikan melawat sekolah tersebut baru-baru ini, permintaan untuk membina sebuah surau yang dapat memuatkan semua 500 jemaah telah disuarakan. Mudah-mudahan hasrat bagi mendapatkan perkara yang mulia ini akan dimakbulkan oleh Allah swt jua secepatnya. Amin.

Dan semoga ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang belajar di sana sessi petang akan maklum mengenai perkara ini. Pun jua semoga pihak kerajaan yang berhubung kait dengan perkara ini akan dapat membuat sebarang inisiatif yang berkesan dalam menangani permasalahan sedemikian.

Semoga Negara Brunei kita akan sentiasa di lindungi Allah swt dari sebarang bala bencana. Amin.

Sabda Nabi Muhammad saw kira-kira bermaksud:

Bila dalam sebuah kampong itu tidak ada 3 orang pun yang bersolat berjemaah, maka halal bagi kampong tersebut azab Allah.

Wa iyadzu billahi min dzalik.

Wassalam .

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat