Tahniah jika anda membaca dan memahami rencana ini.
Jika Dajjal itu Amerika, maka Apakah kenderaannya?
Adakah ia Kapal Terbang? Atau Sejenis Binatang?
Di dalam hadis yang di riwayatkan oleh Imam hakim di dalam mustadraknya menyebutkan .
" Kenderaan dajjal ialah seekor binatang antara jarak kedua telinganya adalah 40 hasta "
Adakah ia Kapal Terbang atau sesuatu yang lain.
Kalau kapal terbang kenapa dalam hadis itu ia tidak dikatakan sayap, tetapi kenapa dikatakan ia mempunyai telinga. Adakah Nabi Muhammad bermaksud bahawa telinga itu suatu perkara yang lain lagi?
Kalau nabi Muhammad saw bermaksud bahawa telinga itu sayap, maka tidakkah Nabi Muhammad saw tahu perbezaan antara sayap dan telinga?
Malaikat yang terbang dan dinyatakan di dalam al-Qur'an Surah Fatir ayat 1 menggunakan sayap.
Burung-burung yang berterbangan menggunakan sayap disebutkan dalam surah al-An'am ayat 38.
Serengga juga terbang dengan menggunakan sayap. Tidak pernah ada binatang atau malaikat yang terbang menggunakan telinga.
Oleh itu, bagaimanakah kenderaan Dajjal itu boleh terbang dengan telinganya pula. Atau mungkin telinga itu bermaksud telinga yang lain.
Atau adakah kita terpengaruh dengan cerita kartun si Dumbo ini?

Saya berpendapat Telinga yang di maksudkan di dalam Hadis itu ialah telinga yang lain yang menunjukkan juga kebenaran Nabi Muhammad saw dan bertapa benarnya Baginda itu dan bertapa ajaibnya taqdir Allah swt ke atas alam ini.
Telinga itu adalah telinga Satellite :

Panjangnya lebih kurang 30 hingga 40 hasta.
Ia sememangnya dibuat bagai sebuah telinga untuk mendengar dan mengesan pancaran signal yang diarahkan kepadanya.
Kenderaan ini adalah simbolik yang lebih tinggi daripada mana-manapun kenderaan yang wujud dimuka bumi ini, kerana ia cukup berupaya untuk membawa apa-apapun gambaran atau suara.
Kenderaan ini amat canggih sehingga boleh menghantar berita atau pengaruh dajjal seseluruh dunia dalam satu saat sahaja.
Nabi s.a.w. bersabda: “Bumi akan digulung untuknya”.

Kenderaan Dajjal ini amat canggih dan boleh mempengaruhi manusia 24 sehari tanpa henti. Selepas menaiki kenderaan ini, pengaruh yang dibawa akan dipancar ke TV, atau Telipon atau Computer di rumah-rumah.
Manusia sekarang sudah bertuhankan Dajjal dengan adanya kenderaannya ini.
Tanpa Dajjal, sebahagian manusia tidak akan sanggup lagi hidup. Kalau tidak percaya tanyalah orang-orang yang sudah dikuasai Dajjal, adakah mereka sanggup hidup tanpa TV, Teliphone dan Computer?
Sila Klik perbincangan dan persoalan mengenai Dajjal.
Segala yang baik adalah dari Allah swt jua dan yang kurang dan silap adalah dari penulis sendiri.
Wasalam, semoga bermanfaat.

















salam..ustaz nak copy info ni ya salam
ReplyDeleteWa alaikum salam:
ReplyDeleteBoleh, silakan copy walaupun tanpa izin.
Salam... ana pn nk copy skali yerk...
ReplyDeletesyukran...
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKalau dajjal dah muncul,
sebenarnya tentera islam yg sbnr juga sedang dipersiapkan..
kalau syurga itu mahal,
tentera islam yg bakal dpesiapkan juga
hanya yg Allah pilih..
Tidak dibawah sistem2 dunia yg sedia ada,
tetapi lahir dari sistem yg luar biasa..
bukan mudah nak dapat, bile dapat segala hijab akan terbongkar..:-)
slmt bjuang ye..moge jumpe juga kbnrn itu..:-)
http://nawfaltimur.blogspot.com
salam ustaz..mnarik info ni
ReplyDeleteulasan menarik dari saudara muhammad :)
ReplyDeleteteruskan dengan maklumat yg menarik ini... blog yg sebarkan cerita pasal dajjal dah byk kena blok..hrap blog ini terus hidup..
ReplyDeleteWa alaikumussalam.
ReplyDeleteAl-Hamdulillah, Terima kasih Anonymous, Mohd Firdaus Sa'ad, Dyla Qistina dan para.
Semoga doa para dan harapan kamu semua terkabul jua. amin.
Semoga amalaan kita diterima oleh Allah swt. dan semoga Allah swt memberi rahmat dan maghfirah untuk kita semua. Selamat sejahtera untuk Nusantara. Amin.
thks ya. singgah baca.
ReplyDeleteYa Allah.. jauhkan kami dari segala perkara buruk.. Amin.. =) takut jugakkan..
ReplyDeletesememangnya saya jahil dalam bab2 agama... kamo0o berpendapat telinga itu ialah satelit?
ReplyDeletememang saya musykil dengan pendapat ini. Kefahaman saya mungkin xsama level dengan kefahaman kamo0o.
hmm dulu penah dgr ceramah pasal ni, tp btul ke tidak, wallahualam :)
ReplyDeletemasyaallah...
ReplyDeleteSalam, Maafkan saya ustaz. Saya tidak bersependapat dgn ustaz bhw telinga yg dimaksudkan itu adalah Satelit. Namun saya hormati pendapat itu. Jelasnya ia hanya 'pendapat' ustaz shj bukannya dari sumber2 yang boleh menyakini saya. Terima kasih.
ReplyDeleteAl-Ham-Du
Tuan Anonymous
ReplyDeleteSalam. Terima kasih kerana mengirimkan pendapat.
Saya akan terima pendapat tuan kalau kamu berikan bukti bahawa telinga kenderaan dajjal itu bukan telinga satellite.
Selagi tuan belum memberikan bukti yang kukuh, maka saya akan masih berpendapat seperti itu. Dan sesiapapun yang membaca pendapat ini mungkin banyak yang akan berpendapat seperti ini.
Namun jika tuan anonymous tidak setuju tanpa alasan yang munasabah, saya berpendapat tuan perlu solat hajat dan beristikharah. dan teruskan membaca blog ini. Terima kasih.
Buat tamu-tamu yang lain. terima kasih kerana komen anda. teruskan membaca blog ini. mudah-mudahan bermanfaat. dan mudah-mudahan Allah swt memaafkan segala kesalahan kita. amin.
pemikiran yg agk tinggi..tak tercapai dek akal..
ReplyDeleteJMR dan anonymous.
ReplyDeleteSalam.
Saya berpendapat, bahawa berfikir mengenai telinga kenderaan Dajjal bukanlah suatu yang tidak dapat dicapai oleh akal. Ia juga bukan pemikiran yang tinggi.
Dalam Hadis ada menyatakan bahawa telinga kenderaan Dajjal itu sepanjang 40 hasta.
Apabila hadis menyatakan telinga sahaja, maka kita boleh mencari maklumat tersebut diseluruh dunia dengan mencari telinga yang panjangnya sehingga 40 hasta.
Selain itu, apabila pengenalan melalui telinga disebutkan, bererti ciri-ciri utama dari benda atau binatang itu ialah telinga.
Kemudian, kenderaan Dajjal juga dikatakan boleh terbang, namun tidak mesti telinganya atau sayapnya yang membawa ia terbang.
Bahkan kenderaan yang paling laju didunia ini sekarang seperti roket tidak menggunakan sayap.
Jika kita tanya bagaimana bentuk seekor arnab, kita akan kata arnab itu binatang yang telinganya panjang, besar badannya lebih kurang macam kucing.
Namun ketika mengenalkan kenderaan Dajjal, fakta yang disebutkan kenderaan dajjal ini ialah ia ada telinga sepanjang 30 hasta, boleh terbang seperti hujan,atau seperti awan, bumi ini dilipat atau digulung dengan adanya kenderaan itu.
Besar badan kenderaan dajjal ini tidak disebutkan.
Bila kita lihat burung, kita akan melihat burung-burung tidak mempunyai daun telinga.
Kapal terbang juga sebenarnya tidak ada telinga. kerana telinga letaknya dikepala.
Kapal terbang dulu yang sayapnya terletak dibahagian kepala amat perlahan dan tidak sesuai dengan kenderaan dajjal.
Bila telinga digunakan sebagai sayap, maka fungsi mendengar akan terjejas. Cuba buka cermin kereta semasa memandu. sebab itu agaknya Allah swt tidak memberikan kuping telinga kepada burung-burung.
Allahu 'A'lam bissawab.
Sila tambah komen anda, perbincangan mengenai telinga kenderaan dajjal ini semakin hangat dan semakin meningkatkan keyakinan penulis pada pendapat penulis.
Al-Hamdulillah.
Allahuakbar...!!!
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteinfo yg menarik..
assalamualaikum..
ReplyDeletemenarik info ni ye..
semoga kita semua mengambil pengajaran..
Asalamualaikum,
ReplyDeletePada pandangan saya tentang bagaimana bentuk kenderaan dajal itu tidak penting,sebab itu perkara tersebut tidak dinyatakan dengan terperinci dlm hadis.Tapi apa yang lebih penting untuk di kaji bagi saya ialah apa kesan kepada kerja-kerja jahat dajal itu dan apakah kerja-kerja jahat si laknat tu sudah bermula sekarang.
Kenal pasti agen-agen mereka jangan sampai kita turut menyumbangkan dana dengan membeli produk-produk mereka tanpa sedar.
Ada juga teori yang mengatakan perkataan dajjal itu bukan merujuk kepada manusia secara individu tetapi simbolik kepada satu sistem yang di bawa oleh yahudi melalui Amarika dan Britain yang mana hampir 80% negara dlm dunia tunduk di bawah sistem mereka dan meninggalkan sistem Islam.
Bahkan mereka juga mengumpulkan dana dan memasukkan jarum mereka secara halus dalam banyak syarikat-syarikat besar dan ada yang berpendapat salah satu syarikat kepunyaan anggota freemason ialah ASTRO.
Lihat saja program2 mereka lebih banyak merosakkan dari membina.Ikon-ikon atau tokoh2 remaja yang dulunya boleh di jadikan icon ikutan sengaja di berikan dengan kemewahan untuk merosakkan syaksiah mereka.
Sebagai contoh Mawi bekas juara akedemi fantasia ada yang mengatakan kemenangan mawi sengaja di rancang .dan kesannya tengoklah perbezaan Mawi sebelum menang AF dengan Mawi sekarang.Dan tengok juga Ustz Akhil hay,ASTRO sengaja memberikan kemewahan kepada dia melalui bayaran kepada program-program dia bersama ASTRO.
Lihatlah Ustaz Akhil sekarang dengan dulu.bandingkan dari segi akhlaknya adakah semakin bertambah baik atau bagaimana?
Saya bukan nak memburukkan sesiapa sekadar peringatan ,dan itupun sekadar teori,boleh jadi betul boleh jadi tidak.
Wallahu'alam.tapi kita kena hati-hati.Ingat perangcangan Dajjal amat pintar dan jarum Dajjal amat halus.Perangkap Dajjal di mana-mana.
Saya nak kongsi sebuah e-book yang baru habis saya baca,walaupun adabeberapa teori yang saya tak bersetuju dlm tu tetapi banyak perkara yang boleh buat kita berfikir dalam e-book tu.
Anda boleh download e-book tu kat sini.
http://www.mediafire.com/?ygyyy0ammmi
Saya baru habis baca sebuah e-book berkenaan perkara yang sama
Al-hamdulillah.
ReplyDeleteTerima kasih ijoks. Uhibbuka fillah. Semoga Allah membalas jasa kamu. amin.
Ulasan yang mennarik dan membuka minda..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteUlama-ulama ketika ini banyak yang buta kerana menganggap suatu ilmu itu tidak penting.
Umat islam ketika ini pula banyak yang sesat kerana meninggalkan dasar Ilmu, iaitu al-Qur'an, Sunnah dan Ilmu bahasa Arab. Mereka lebih suka mempelajari Ilmu-ilmu furuk tanpa merujuk terlebih dulu pada semua dasar-dasar Ilmu itu.
Padahal semua ilmu penting untuk dipelajari dan difahami, tanpa Dasar Ilmu, manusia akan sesat. Tanpa Ilmu Furu', manusia akan buta.
Mana lebih teruk. Yang lebih teruk ialah Sesat selama-lamanya.
Tanpa memahami semua Ilmu, maka dajjal atau iblis akan masuk dari arah yang tidak kita sedari itu.
Ijoks sila lihat :
Perbincangan dan persoalan mengenai Dajjal. kenapa kenderaan dajjal ini disebut oleh Hadis.
Pada saya semua yang disebut oleh Hadis adalah penting.
di :
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/2009/03/perbincangan-dan-persoalan-mengenai.html
terima kasih ustaz kerana berkongsi info (:
ReplyDeletesekarang ini kite telah dikuasai oleh kenderaan dajjal ?? haihhh T___T
Sebuah ulasan yang sangat baik...!! Namun demikian kita sebagai manusia ada baiknya bersikap positif dan memaksimalkan ihtiar...bahwa Satellite itu bisa digunakan sebagai kendaraan untuk menuju kebaikan. Bisakan Dakwah melalui TV, bisakah Amr Ma'ruf Nahi Munkar melalui Computer, bisakah mengajak orang ke Mesjid melalui telepon, dst.. manusia yang berupaya yang akan beruntung....Trims and Peace.
ReplyDeleteada benar nya jika difikir2 kan
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteNak tahu latar belakang pengajian enta boleh tak?
sebab Ia melibatkan hadis nabi..
Kalu boleh, ana nak tahu rujukan enta..
syukran atas perkongsian..
Untuk islam berdiri atas hujjah.
ReplyDeleteSalam.
Latar belakang pengajian sebenarnya tidak penting, yang penting ialah hujjahnya betul atau tidak. Bukankah begitu?
Sebenarnya saya lepasan al-Azhar tahun 1993.
Hadis mengenai telinga dajjal boleh didapati dari kitab al-Mustadrak karangan Imam al-Hakim.
- أخرج الحاكم عن جابر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: « يخرج الدجال في خفة من الدين وادبار من العلم … فذكر الحديث » وفيه قوله : « وله حمار يركبه عرض ما بين أذنيه أربعون ذراعا » » المستدرك مع التلخيص » ( 4/530 )
Untuk menyenangkan rujukan sila klik :
http://www.scribd.com/doc/2254971/-
atau:
http://www.al-fnaan.com/vb/showthread.php?t=16337
atau:
http://www.hdrmut.net/vb/t144216.html
Salam,Jika pada teori penulis, dajjal adalah siaran Mediamasa Televisyen,radio dan Internet.bagaimana pula dengan Hadisd ini.
ReplyDeleteSabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ada negeri yang tidak dimasuki dajjal kecuali bandar Makkah dan Madinah". Dalam riwayat lain pula menyebut bahawa dajjal akan memasuki kesemua kampung dalam masa 40 hari kecuali Makkah dan Madinah.
Adakah Mekah dan Madinah tidak dimasuki siaran multimedia.Pastinya Makah dan Madinah juga di masuki siaran Multimedia kan.
Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan Dajjal adalah seorang manusia genies tapi berjiwa syaitan.
salam alaik ya ustaz
ReplyDeleteana sependapat dengan ijoks2009
Assalamu Ala man Ittaba'a' al-Huda
ReplyDeleteJawapan kepada Ijoks
Ikhtilaf dalam perkara ini sama seperti iktilaf dalam menentukan bila malam lailatul qadar dan bila saat mustajab doa pada hari jum'at.
Dalam hadis ada menyatakan carilah malam lailatul qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Ada pula hadis yang menyatakan cari pada malam-malam hari bulan ganjil di 10 terakhir bulan Ramadhan.
Kemudian ada pula riwayat-riwayat dari para sahabat yang menyatakan tarikh tertentu, bermula dari 21, 23, 25, 27 dan 29.
Jadi mana satukah pendapat yang betul?
jika kita tidak beribadat pada malam-malam tersebut, maka kita juga yang rugi. Namun jika kita beribadat, walaupun tarikhnya salah, maka pahalanya adalah jauh lebih baik dari malam-malam yang bukan malam ramadhan.
Begitu juga dengan doa pada hari Jum'at. jika kita salah dalam menentukan saat tepat yang mustajab itu, tetapi doa pada hari jum'at itu memang lebih mustajab dari hari-hari lain.
Kaitannya dengan perkara ini ialah, jika kita hanya menunggu manusia atau makhluk yang bermata satu sahaja untuk kita tentang habis-habisan, maka kita sudah kalah dan terpesong kerana kita telah dibuai dan diracuni dengan fikiran oleh tentera-tenteranya.
Saya tidak mengatakan bahawa pendapat ijoks silap atau kurang tepat, tapi saya berpendapat bahawa untuk mempastikan kita selamat dari dajjal atau tentera-tenteranya, maka kita hendaklah mengetahui semua jenis tenteranya dan peralatannya itu.
di dalam rencana Perbincangan Mengenai Dajjal:
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/2009/03/perbincangan-dan-persoalan-mengenai.html
Saya bahkan menyatakan bahawa, MUNGKIN dajjal itu ialah Iblis itu sendiri. Kerana Iblis mempunyai mata satu.
Selain itu saya juga menambah, jika TV bukan dajjal maka ianya ialah peralatan syaitan yang sentiasa dibawa oleh dajjal ke mana-mana untuk menyesatkan manusia.
Bersambung kerana panjang
Sambungan;
ReplyDeleteMengenai Dajjal tidak masuk Makkah dan Madinah, memang betul kerana terdapat hadis yang mengatakan perkara itu.
Sejak dari zaman Rasulullah saw lagi, telah ditetapkan bahawa orang-orang yang tidak dapat masuk Makkah dan Madinah ialah orang-orang mushrikin.
Manakala di dalam al-Qur'an surah at Taubah ayat 28 juga mengatakan seperti itu.
Maka sebahagian pengkaji berpendapat bahawa dajjal itu ialah semua orang-orang mushrikin. kerana jika ia hanya seorang, maka tentulah ia tidak akan berjaya menguasai dunia.
Namun terdapat juga hadis yang lebih khusus menyatakan dari Tamim ad-Dari sabahat Rasulullah bahawa dajjal itu ketika zaman Rasulullah saw dikurung disebuah gua.
Dajjal bukan TV atau media massa, adalah betul. Bahkan lebih tepat jika dikatakan TV peralatannya. Kerana dajjal tentulah genius. Namun nafsunya tidak dapat ditundukkannya walaupun berbagai pelajaran dan bala bencana telah ditimpakan terhadapnya.
Pendapat tersebut telah penulis buat belasan tahun dulu, sebelum penulis pandai menulis di dalam internet lagi.
Namun pendapat tersebut tidak saya buang bahkan masih menggunakannya sebagai rujukan, kerana penulis berpendapat TV juga merupakan Dajjal kecil yang perlu diingat bahkan dibenci juga sebagaimana kita membenci dajjal.
Buktinya, jika siaran-siaran Tv masih anda saksikan dirumah, maka sukarlah untuk membaca al-Qur'an dan bersolat fardhu berjemaah setiap waktu di masjid. Walaupun siaran yang disaksikan itu berupa drama dakwah.
Perkara ini ialah kerana, didalam drama dakwah, muka wanita, aurat dan muzik masih lagi nampak didedahkan. Sedangkan Muzik itu ialah alat syaitan. Muka Wanita juga adalah senjata Syaitan yang terkuat. Kerana wanita memang diciptakan sebagai ujian kepada manusia.
Mengenai Blog ini yang banyak menujukkan gambar wajah wanita dalam follower, saya meminta maaf, ini kerana terpaksa, kalau tidak bagaimana orang ramai akan mengikuti dan melanggani blog ini. Namun insya Allah saya tidak akan menatap lama-lama wajah mereka. dan mudah-mudahan perkara ini akan berterusan sampai bila-bila dan mudah-mudahan pembaca juga akan mengikut jejak saya ini. amin.
Bersambung kerana terlalu panjang:-
Siaran-siaran TV diMakkah dan Madinah adalah siaran yang sering diganggu oleh Israel. Kerana Israel terlalu hampir, mereka sering memasukkan rancangan2 yang tidak baik ke dalam ruang udara Makkah dan Madinah.
Perkara ini sudah disedari oleh pihak berkuasa Arab Saudi, pada zaman Malik Fahad dulu mereka mengontrolnya dengan mencuci siaran-siaran itu dari udara. (Scramble) mana-mana hotel yang masih mendapati siaran yang sama pula akan diharamkan menyimpan TV dalam bilik hotel mereka.
Namun di zaman Raja Abdullah ini saya rasa perubahan berlaku dengan drastik, siaran TV mula dimasukkan dan peralatan parabola semakin tumbuh macam cendawan di makkah dan Madinah. ini tandanya dunia telah di ambang kiamat.
Beberapa bulan yang lalu, jeddah mahu mengadakan festival film antarabangsa. Saat2 akhir, festival itu telah dibatalkan al-Hamdulillah.
Jika kita menginap di hotel Makkah dan madinah, siaran TVnya al-Hamdulillah. masih Dikawal oleh kerajaan, namun Di jeddah tidak.
Ketika ini di Jeddah Raja Abdullah telah membangun universiti sains terbesar didunia. Wanita dan lelaki dicampur. Namun pada musim haji 1430 lepas, jeddah telah mengalami banjir besar. Saya yakin banjir ini adalah amaran Allah kepada Saudi dan kepada Dajjal. kerana apabila diselidiki dalam al-Qur'an tarikhnya sama dengan tarikh Tsunami.
Sila Klik:
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/2009/11/gempa-bumi-atau-tsunami-atau-bala.html
Bahkan Penulis pernah menyatakan dalam blog ini bahawa akan berlaku bencana pada tarikh tersebut, namun penulis tidak tahu di mana.
Hikmahnya Dajjal telah berjaya menawan pemikiran raja Saudi ketika ini dan Allah swt telah menolong Makkah dan Madinah. bahkan penduduk disekitarnya.
Semoga bermanfaat.
Wassalam
بسم الله الرحمن الحيم
ReplyDeleteAssalamu Alaikum
marilah kita sama-sama menjauhkan diri dari Dajjal, tentera2 dan juga peralatannya dengan sebaik2 nya. Mudah-mudahan dengan cara itu kita akan selamat dunia akhirat.
Sambungan:
ReplyDeleteAshabul kahfi dipuji Allah dan diabadikan kisah mereka dalam al-Qur'an kerana mereka menghindari dunia yang sudah bergelimang dengan dosa.
Dunia ketika ini kata kawan saya bukan sahaja bergelimang dengan dosa, tetapi, kita sudah jauh tenggelam kedasarnya.
Oksigen hanya dengan al-Qur'an dan sentiasa solat berjemaah di masjid-masjid. Tanpa oksigen ini, maka segala dakyah dajjal akan kita persetujui dan ikut bersamanya menyerang orang mukmin. Wa iya dzu billahi min dzalik.
ass.
ReplyDeletewaallah hu alam, siapa yg tau kpn dajjal datang dan bentuk'nya kaya apa. memang sudah di beri tahu oleh nabi kita. tetapi kita tetap tegguhkan iman kita agar tidak tertipu oleh dajjal. mksih info'nya. sangat menarik dan bermanfaat.
wassalam.
SALAM..
ReplyDeleteMUNGKIN JAWAPANNYA ADA DISINI..
999
MUNGKIN INI RAHSIA NYAWA RAKSAKSA DAJAL YANG SEDANG MENGUASAI DUNIA KEPALSUAN..MUNGKIN KITA TAK PERASAN BAHAWA KITA SEMUA TELAH MENJADI PENYAMBUNG HAYAT SI DAJAL..??
ALLAHUALAM..
blog yang bagus..akan di link kan ke blog kami
ReplyDeletekalau keretapi blh x? Sebab ni kndraan...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya rasa soalan Muhammad Saifullah bukan soalan sembarangan.
Soalannya nampak rengkas, namun jika difikirkan, kepala saya berputar ligat dan jauh merenung dibuatnya.
Kerana Muhammad Saifullah bin Omar juga mempunyai dua blog yang hebat iaitu di:
http://theswordofallah.blogspot.com/
dan
Al-Qur'an di :
http://the-swordofallah.blogspot.com/
Untuk menjawab soalan Muhammad Saifullah ini Insya Allah saya akan menjawabnya dengan menyatakan bahawa kenderaan yang dimaksudkan tersebut sebenarnya pada asalnya disebut oleh nabi saw pada hadisnya dengan Keldai sahaja.
Sila Baca semua rencana saya ini.
Saya menyatakannya kenderaan kerana saya berpendapat keldai itu adalah simbolik kepada sesuatu yang bodoh seperti keldai. Kalau di Nusantara seperti Kerbau atau lembu. Ia di panggil bodoh kerana sukar dikawal.
Satelite memang tidak ada otak, ia dikawal dari jarak jauh oleh manusia di bumi. Kadang-kadang oleh kerana ia terlalu jauh, kawalan terhadap benda itu tidak dapat dibuat. Hingga akhirnya ia terhempas kebumi. Oleh itu kiasannya dengan keldai adalah suatu yang tepat.
Berlainan dengan kuda dan unta, Kuda dan unta adalah binatang yang bijak, selain itu mereka amat patuh pada tuan mereka.
Penamaan kenderaan juga bukanlah bererti dajjal itu perlu naik di atasnya. Bahkan jika sekiranya dajjal itu manusia biasa yang genius, ia hanya memerlukan keldainya itu untuk menghantar barangnya kesetiap tempat di seluruh muka bumi.
Sama seperti jika kita mempunyai merpati, atau kuda dan menghantar surat atau barang kita kesuatu tempat yang kita maksudkan.
Dan ini merupakan simbolik yang kedua.
Kenapakah simbolik ini ujud?.
Mungkin kerana jika diterangkan orang dulu-dulu tidak akan faham. Ataupun jika dinyatakan dengan jelas, ianya akan membuka minda Syaitan untuk mencipta peralatan tersebut sebelum waktu yang ditakdirkan Allah swt.
Samada Kenderaan Dajjal itu boleh jadi Keretapi, maka jika kita berpandukan Hadis Tamim Ad-Dari, bahawa Dajjal itu manusia, maka boleh jadi ia akan menumpang kereta api juga selain kapal terbang dan kereta.
Kepada Abang Tuah,
ReplyDeleteSalam kembali, terima kasih kerana memberikan saranan.
Sebenarnya saya sebelum ini telah berusaha menyelidiki kod 999 itu. Namun semasa saya menyelidikinya itu saya mendapati diri saya amat mudah melakukan dosa.
Oleh itu, benarlah kata-kata Nabi Muhammad saw, agar Dajjal itu dijauhi saja.
Selain itu jika dajjal itu adalah Amerika, maka bagaimanakah cara kita melawannya. Dengan Hujjah sahaja barangkali kita akan menang, namun Mahkamah manakah yang akan mendengar hujjahdan melaksanakan hujjah kita itu jika hujjah kita betul, sedangkan Mahkamah antarabangsa ketika ini pun dikuasai oleh Amerika.
Sebab itulah saya pernah menyarankan agar
Dunia Islam mempunyai Mahkamah Islam Antarabangsa dan penguatkuasaannya sendiri,
Kerana dengan adanya Mahkamah Islam Antarabangsa ini, Hujjah2 dari umat Islam akan dapat didengar dan dilaksanakan.
Mudah-mudahan Allah swt akan menolong kita dalam perkara ini. Amin.
Kepada pengulas-pengulas lain saya ucapkan tahniah dan terima kasih yang setinggi-tingginya kerana telah memberikan ulasan.
Mudah-mudahan Allah swt membalas jasa dan mengampunkan dosa kita semua. Amin.
Penulis ini menyimpulkan Penemuan Penulis ini dengan satu huraian kesimpulan yang menarik.
1. Hadis-Hadis Rasulullah saw berkenaan dengan Dajjal bukanlah bermaksud peribadi Dajjal itu semata-mata.
2. Bahkan Hadis-hadis tersebut bermaksud juga untuk menunjukkan tempat, tenteranya, peralatannya, waktunya dan caranya membuat penipuan.
3. Hadis mengenai Kenderaan ini lebih bermaksud kepada Peralatan dan cara Dajjal itu menyebarkan penipuan mereka.
4. Manakala Hadis mengenai mata dan tulisan kafir di antara mata lebih menunjukkan tempat dajjal itu memerintah.
5. Hadis Tamim Ad-Dari lebih menunjukkan Peribadi Dajjal itu sendiri dan bila ia akan keluar menunjukkan mukanya.
6. Manakala Hadis mengenai Dajjal keluar di selatan di utara dan ditimur lebih menunjukkan waktu ia keluar dan manakah tempat yang akan dijejakinya terlebih dulu.
Ketika ini, Arab Saudi telah berperang dengan Militan Yaman. Mungkin dalam beberapa waktu lagi dengan Syria, dan kemudian Iran. (Allahu 'A'lam)
7. Hadis mengenai Dajjal Keluar Di Khurasan pula saya rasa lebih kepada jenis-jenis pengikut-pengikutnya yang terkuat dan paling dekat dengan Islam. (Puak Syi'ah, kerana Syiah kuat di Yaman, Syria dan juga Iran) Allahu 'A'lam. (Perkara 6 dan 7 ini penulis belum dapat pastikan lagi, mudah-mudahan pendapat ini kurang tepat)
Wallahu 'a'lam bissawab. Sekali lagi penulis menyatakan Terima kasih kerana ziarah, ulasan dan pandangan anda.
o...saya biasa sahaja...cuma ada terbaca dalam satu buku...penulis tu umpamakan sebagai keretapi...
ReplyDeleteWallahu A'lam.
salam ziarah..maklumat yg menarik..dan memungkinkan ianya benar dengan hadith rasulullah..Namun untuk mengatakan amerika itu sendiri dajjal agak kurang tepat rasanya.Kita lihat kuasa yang ada disebalik tabir amerika adalah Freemasonanry,dan ini lebih tepat dengan lambang mata satunya yg menampakkan kuasa sihir sebagaimana hadith rasulullah bahwa dajjal itu juga seorang manusia.Cuma kehadiran nya akan disokong kuat oleh bala tenteranya yg telah siap dan lengkap untuknya. Semoga Allah menyelamatkan kita dan memasukkan kita dalam golongan yg disebut sbg " toifatun dhohirina ala alhaq". Teruskan menulis!!
ReplyDeleteAssalamu Ala Man Ittaba'a' al-Huda
ReplyDeleteSesiapa yang ingin mempersoalkan samada Amerika itu dajjal atau tidak, maka dengan halus dan hormat saya persilakan anda ke Blog http://Surah-al-kahfi.blogspot.com/ :)
Semoga di sana nanti anda akan nampak dengan jelas bukti-bukti samada Amerika itu dajjal atau tidak. Jika anda tidak nampak juga, maka sila solat Istikharah dan baca 10 ayat pertama surah al-Kahfi, dan komen semula di sini ye.
Salam uztaz,
ReplyDeleteThanks for sharing the info.:)
salam...
ReplyDeleteterlalu banyak pendapat mengenai dajjal dan ilmu manusia itu sangat terbatas...
hanyalah Allah SWT yang Maha mengetahui mengenai ilmu2 ghaib ini...
sbgai umat manusia kita haruslah yakin dengan kemunculan dajjal dan berikhtiar supaya dihindari dari fitnah dajjal
banyakkan berdoa supaya kita kelak dihindari dari fitnah dajjal yang dapat menyesatkan umat Muhammad SAW di ahirat kelak..wallahualam..
jauhilah kami dari ftnah dajjal Ya Allah ...amin..amin..amin..Ya Rabbal'alamin...
dlm hadis ada mngatakn pngikut dajjal itu yahudi. paling rapat dgn amerika sapa yek?
ReplyDeleteSalam sejahtera,
ReplyDeletePengikut Dajjal ialah Yahudi dan "Wanita". Mungkin ada clue di situ. Apa pandangan tuan.
Ada hadis menyatakan dengan jelas bahawa Yakjuj dan Makjuj itu adalah manusia, jumlahnya ialah 999 dari 1000 anak adam. Hanya satu dari seribu orang sahaja yang beriman pada akhir zaman. Hanya dapat di hapuskan atas kehendak Allah jua. Pandangan saya, inilah pengikut setia Dajjal laknatullah. Mungkin tuan ada pandangan yang berbeza.
Apa pendapat tuan pula terhadap babarapa hadis (kiasan saya kira) mengenai lebarnya telinga Dajjal? Bentuk mata Dajjal? dan sebagainya. Harap dapat dikongsikan bersama.
Bismillah: Mahad Firdaus Wa Alaikumus-Salam. Al-Hamdulillah dan Terima kasih. Kalau kita lihat bahawa pengikut dajjal itu Yahudi dan Wanita Cluenya sekarang ini ialah kita perlu banyak berujlah dari Yahudi dan dari Wanita. Kalau tidak maka kita akan menjadi pengikut dajjal akhirnya. Wa iya dzu billah min dzalik. Untuk berujlah dari Yahudi dan Wanita, maka perbanyakkan langkah ke masjid. Semakin banyak waktu di masjid, maka Isteri tidak akan ada alasan untuk marah. Kalau ia marah, maka cari yang lain. Ini nasihat Ikhlas. Tapi kalau dia jeles, bawalah isteri ke masjid sama.
ReplyDeleteSaya pernah mendengar hadis bahawa 999 dari 1000 manusia masuk neraka 1 sahaja masuk syurga. Yang lain itu semua keturunan Yakjuz dan Makjuz. Jika di dharab bahawa 1/1000 ini dengan jiwa manusia setiap zaman, maka zaman ini dari 6 billion manusia hanya 6 juta sahaja masuk syurga. Mudah-Mudahan kita di masukkan dalam golongan yang 6 juta itu. Kerana jika kita kira penduduk Islam dunia sekarang ini sudah melebihi 1 billion jiwa. Ia sungguh menakutkan. Namun saya tidak tahu samada hadis ini sahih atau tidak. Bahkan ada juga hadis yang lebih sahih bahawa hanya satu sahaja golongan dari 73 golongan umat Islam yang masuk Syurga. Hadis ini menyokong hadis yang tadi itu.
Untuk mata Dajjal pula sila lihat di dalam laman ini:
http://surah-al-kahfi.blogspot.com/
Cari gambar Amerika yang ada tertulis perkataan ك ف ر
Semoga bermanfaat.
Bagi pendapat saya tentang Dajjal, kita sebagai Umat Islam akhir zaman perlu bersedia secara mental dengan amal ibadat dan iman yang kukuh kepada keEsaan Allah, berbanding dengan mencari bagaimana rupa, di mana dan bila Dajjal akan timbul walaupun banyak hadis tentang akan timbulnya Dajjal secara Fizikal atau Fitnah Dajjal. Bagi pendapat saya yang jahil ini, kita sepatutnya bukan menunggu atau ‘menyambut’ Dajjal itu, ataupon dengan bahasa kasarnya ‘buat apa nak kesahkan’ bila dan di mana Dajjal? Kita seharusnya perbetulkan pegangan kita, kita kena perbetulkan akidah kita, Iman dan Taqwa kita. Kita sepatutnya berpegang kepada ajaran Islam sebagai bukan sahaja Addin tetapi Islam adalah kehidupan kita secara total. Dalilnya tak ada gunanya kita takut semua tu kalau kita dah bersedia dengan Perisai diri yang sebetulnya utuh – Iman dan ketakwaan kita untuk melawan fitnah Dajjal atau fitnah tentang Dajjal..maaf jika ada kekurangan di dalam pendapat ini..
ReplyDeletesalam..ustaz nak copy info ni ya salam
ReplyDeleteBismillah: Silakan Hakimdanial123
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteassalamu'alaikum ustaz.
ReplyDeleteana juga dok selalu pikir bahawa benda2 ni alatan diperguna oleh tentera dajjal laknat tu. sampai kita pun kdg2 rosak. wallahu'alam
Wa 'Alaikumus Salam semua yang telah memberikan salam. Al-Hamdulillah.
ReplyDeleteada benarnya kata penulis.. trimakasih kerana membuka minda manusia untuk berfikir..
ReplyDeleteYa,
ReplyDeleteDengan data yang dikutip dari satelit, dengan menggunakan program Arcmap. bumi ini boleh ditindih atau dimanipulasikan.
Hanya yang tahu ilmu GIS tahu guna program ini
Bismillah: Itulah yang saya risaukan. Namun mudah-mudahan saya atau ada mana-mana orang nanti akan dapat menghasilkan infomasi dengan cara lain seperti melalui buku, majalah dan sebagainya untuk disiarkan kepada orang ramai. Amin.
ReplyDelete