Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Tuesday, March 2, 2010

Rahsia ayat 27 hingga ayat 38 surah al-Waqiah



Gambar Hiasan: Bangunan Masjlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam



السلام على من اتبع الهدى

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، وبه نسستعين على أمور الدنيا والدين

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم

وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم فى العالمين إنك حميد مجيد


Tahniah Jika Tuan Membaca rencana ini sehingga Selesai


~ 27 ~
وَأَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ
The Companions of the Right Hand,- what will be the Companions of the Right Hand?

~ 28 ~
فِى سِدْرٍ مَّخْضُودٍ
(They will be) among Lote-trees without thorns,

~ 29 ~
وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ
Among Talh trees with flowers (or fruits) piled one above another,-

~ 30 ~
وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ
In shade long-extended,

~ 31 ~
وَمَآءٍ مَّسْكُوبٍ
By water flowing constantly,

~ 32 ~
وَفَٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ
And fruit in abundance.

~ 33 ~
لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ
Whose season is not limited, nor (supply) forbidden,

~ 34 ~
وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ
And on Thrones (of Dignity), raised high.

~ 35 ~
إِنَّآ أَنشَأْنَٰهُنَّ إِنشَآءً
We have created (their Companions) of special creation.

~ 36 ~
فَجَعَلْنَٰهُنَّ أَبْكَارًا
And made them virgin - pure (and undefiled), -

~ 37 ~
عُرُبًا أَتْرَابًا
Beloved (by nature), equal in age,-

~ 38 ~
لِّأَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ
For the Companions of the Right Hand.


Al-Hamdulillah, dalam rencana lalu, penulis telah menyatakan cadangan penulis tentang bagaimana hendak menyelesaikan Isu Royalty Minyak Kelantan. Klik Cadangan Penyelesaian Royalty Minyak Kelantan

Sebenarnya penulis bukanlah menyebelahi mana-mana pihak di antara BN dan juga PAS, tetapi penulis menyebelahi Islam yang tulin dan menyebelahi Melayu, kerana penulis berbangsa Melayu dan berugama Islam.

1. Klik Politik Malaysia Disebut Dalam al-Qur'an

2 Klik Kerajaan Perpaduan

Adakah penulis rasis? Mungkin ya mungkin tidak. Kerana bukankah Islampun tidak menghalang rasis dan juga rasa kekeluargaan?

Lihatlah, al-Qur’an juga menyebut Puak Quraish, salahkah al-Qur’an rasis dalam hal ini?

Nabi Muhammad saw juga memerintahkan agar selawat untuknya ditambah dengan selawat kepada keluarga baginda. Salahkah Nabi Muhammad mementingkan rasa kekeluargaan?

Maka salahkah kita menyayangi bangsa kita sendiri?

Bahkan jika kita berikan kepala pemerintahan kepada bangsa lain, walaupun mereka berugama Islam, adakah mereka nanti akan membela bangsa Melayu atau lebih mengutamakan bangsa mereka?

Bahkan adakah mereka akan membela Ugama Islam sepertimana ulama-ulama Melayu membela ugama Islam sebelum ini? Adakah mereka akan membela raja-raja Melayu? Adakah mereka akan membela anak-anak atau kanak-kanak kecil Melayu yang lemah itu? Adakah mereka akan menjaga tata susila Melayu yang sopan dan penuh pantun seloka itu? Adakah mereka akan menjaga khazanah-khazanah Melayu yang begitu banyak itu? Bahkan adakah mereka nanti akan menjaga Bahasa Melayu supaya Bahasa Melayu itu tidak hilang di dunia?

Jika pemimpin Melayu bukan bangsa Melayu, bahasa Melayu akan pupus sedikit demi sedikit dan bila hilang bahasa, maka hilanglah bangsa.

Ketika ini kebanyakan umat Islam mahu Ulama menjadi pemimpin. Namun bila kita mahu ulama menjadi pemimpin, maka biarkanlah ia orang Melayu, kerana kita orang Melayu yang lebih banyak di Nusantara ini untuk dipimpinnya.

Jika Melayu tinggal sedikit nanti, maka ketika itulah peluang bagi bukan Melayu akan terbuka luas untuk memimpin.

Memang Melayu banyak kekurangannya, memang Melayu banyak kerenahnya untuk berjaya, tetapi kekurangan itu dan kerenah itu adalah disebabkan kerana kebanyakan bangsa Melayu tidak ingin menjadi bangsa yang perosak.

Kita bukan bangsa yang bersikap keras dengan maju terus melintang patah, siapa yang menghalang kita akan kita hancurkan mereka. Tetapi kita bangsa yang telah dididik lama oleh Islam agar menaikkan bangsa-bangsa yang lain untuk terus naik bersama-sama kita.

Memang ramai golongan yang benci membenci semasa Melayu, bahkan sehingga kepingkat bunuh pun ada. Namun jika dibandingkan dengan bangsa lain di dunia ini, bangsa Melayu adalah bangsa yang paling sopan dan lembut lembut.

Adakah sikap dan sifat ini pada bangsa-bangsa lain? Adakah rasa hormat pada Raja, hormat pada adat-adat Melayu, hormat pada orang-orang tua Melayu, hormat pada ulama-ulama Melayu lama dan pemimpin-pemimpin Melayu lama, hormat pada pemimpin lawan ada pada bangsa -bangsa lain?

Siapakah lagi yang akan menjadi penjaga waris Zul Qarnain jika bangsa lain menjadi pemimpin umat Melayu pada hari ini. Dan pertanyaan ini amat penting pada penulis dan menjadi sebab utama kenapa penulis begitu menyinga untuk membela Melayu.

Penulis sedar, walaupun penulis amat menghormati Tok Guru Nik Aziz dan sering bermimpi berjumpa beliau, tetapi penulis mempunyai tanggung jawab yang lebih penting, iaitu membela nasib bangsa penulis sendiri.

Jika penulis tidak membelanya siapa lagi yang bangsa ini akan harapkan?. Bahkan Penulis juga tidak akan membelakangi Islam dalam pembelaan penulis, Insya Allah. Kerana seperti kenyataan penulis tadi, Islam tidak menghalang kita untuk mengutamakan keluarga, mengutamakan bangsa, negara dan raja.

Bahkan penulis sendiri sentiasa mencadangkan agar pemimpin Melayu masa kini, sentiasa memegang teguh pada ugama dan hukum-hukumnya.

Undang-Undang Sivil

Penulis sebenarnya amat tahu sebab mengapa undang-undang Sivil Malaysia Dan Brunei tidak dapat diIslamkan sepenuhnya menurut Hukum Syarak. Penulis juga amat tahu mengapa pengamal Undang-Undang dan Hakim-Hakim Sivil (khususnya di Malaysia) menolak untuk mengamalkan Undang-Undang Islam.

Sebabnya ialah:

1. Ulama-ulama tidak sanggup menegakkan Undang-undang Allah, kerana takut dipaksa meninggalkan kerjaya mereka apabila bercanggah kehendak Kerajaan dengan Hukum Syarak. Jika semua ulama sepakat untuk menegakkan undang-undang Allah, maka kerajaan tidak akan dapat lari kemana-mana.


Sila Klik :


Penyakit Pelajar Ugama, Ulama, Pembelajaran Masa Kini Dan Bagaimana cara Menyembuhkannya


Sebaiknya untuk melantik ulama atau siapa sahaja pemimpin, mereka hendaklah dicari dan bukan mereka yang meminta. Kerana kalau mereka yang meminta, maka mereka akan mengikut telunjuk dan arahan orang yang mereka pinta itu.


Dan sebaik-baik pemimpin yang diminta untuk memimpin pula hendaklah pemimpin yang mengemukakan syarat sebelum dilantik seperti syarat Nabi Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s. sebelum Nabi Musa a.s. berjaya meminta Nabi Khidir a.s.membenarkan Nabi Musa a.s. mengikutinya.


Syaratnya pemimpin yang hendak di lantik hendaklah mengatakan


" kamu tidak akan dapat bersabar bersamaku, dan bagaimana kamu dapat bersabar dengan perkara yang kamu tidak ketahui"


Jika Pemimpin yang melantik mengatakan " Insya Allah saya akan bersabar", maka barulah pemimpin yang akan dilantik menerima tawaran itu.


2. Kerajaan tidak dapat mengubah kehendaknya dan menggubal undang-undang kerana pengamal undang-undang dan hakim-hakim sivil tidak setuju dengan kehendak Hukum Syarak.


3. Pengamal undang-undang dan hakim-hakim mahkamah sivil tidak mempersetujui agar Hukum Syarak diamalkan sepenuhnya kerana mereka jahil tentang Hukum Syarak. Silapnya mereka pula tidak ada inisiatif dan juga wawasan untuk mempelajari Hukum Syarak dari A hingga Z.


4. Mengapa sehingga kini pun, Hakim-Hakim Mahkamah Sivil dan Lawyers, pengamal Undang-undang sivil, jahil mengenai Hukum Syarak?.


Kejahilan ini adalah kerana tiada dasar kerajaan untuk memerintahkan mereka agar mempunyai Sijil Syariah seperti yang di miliki Hakim Syarie terlebih dulu.


Perintahkanlah setiap Hakim-Hakim dan pengamal undang-undang itu untuk mempelajari Sistem undang-undang Syarie dalam masa 2 tahun ini. Siapa yang gagal mempelajarinya dalam masa 2 tahun ini, maka lesen atau kelayakan mereka menjadi Hakim dan pengamal undang-undang hendaklah ditahan.


Dan sementara itu, jika kerajaan hendak membicarakan kes-kes dengan segera, khidmat hakim-hakim dan pengamal undang-undang dari negara-negara Islam yang lain seperti Pakistan, Saudi, Sudan boleh dipinjam.


5. Mengapa Kerajaan tidak mempunyai dasar untuk memaksa agar Pengamal Undang-Undang dan Hakim-Hakim Sivil memiliki Ijazah Hakim Syerie?.


Ketiadaan dasar kerajaan untuk memerintahkan pengamal undang-undang dan hakim-hakim sivil untuk memiliki sijil Hakim Syarie ini ialah kerana kelemahan ketua kerajaan dalam memilih pemimpin-pemimpin yang bertaqwa untuk menjadi penggubal undang-undang.


6. Mengapa Kerajaan gagal melantik pemimpin-pemimpin yang bertaqwa?


Kegagalan dan kelemahan ketua kerajaan dalam memilih pemimpin-pemimpin yang bertaqwa ini adalah kerana lemahnya ketaqwaan ketua kerajaan itu sendiri kepada Allah swt. Jika ketua kerajaan itu taqwanya tinggi, maka ia akan memilih pemimpin dan penggubal undang-undang yang juga tinggi taqwanya kepada Allah.



Oleh itu jika BN mahu menang Pilihan Raya 2012 nanti BN hendaklah meningkatkan Taqwanya dan meningkatkan Taqwa pemimpin-pemimpinnya atau memilih pemimpin yang bertaqwa bagi mengganti pemimpin yang kurang bertaqwa.


Sebelum ini, Penulis menolong Kelantan dalam isu Royalty Minyak, namun sebenarnya penulis berhasrat agar BN insaf dan agar BN menggubal dasar-dasarnya menurut Islam jika BN ingin terus berkuasa.


Jika BN ingin berkuasa BN hendaklah memilih pemimpin-pemimpin Islam yang bertaqwa sebagai penggubal undang-undang. Jika undang-undang BN sudah mantap menurut lunas-lunas Syarie yang tulin, maka adakah pihak lain akan mempunyai alasan untuk menolak BN?


Dan untuk mencari pemimpin pemimpin yang bertaqwa itu adalah cukup mudah. Semudah mencari Ayam di pasar dengan berkat petunjuk dan Hidayah Allah swt. dan kalau kita tahu di mana mencari mereka.


Namun mereka tidak berada di pasar-pasar seperti ayam, mereka juga tidak mesti Pakar Ilmiah, walaupun pakar Ilmiah itu adalah suatu yang penting, namun yang lebih penting ialah mereka adalah orang yang sentiasa berada di Masjid setiap Waktu solat fardhu.


Kerana menurut undang-undang Ugama Islam yang tulin, semakin tinggi Ilmu ugama seseorang itu, maka mereka hendaklah semakin tinggi taqwanya.


Semakin tinggi taqwanya maka semakin rapatlah ia dengan masjid. Namun apabila semakin tinggi ilmu tetapi semakin jauh ia dari masjid, maka ilmunya tadi tidak berguna untuk meningkatkan taqwanya, Adakah ia boleh meningkatkan ketaqwaan orang lain pula?


Kerana orang yang bertaqwa dan sentiasa ingat kepada Allah sahajalah yang akan diberikan ilham yang jernih dan baik oleh Allah dan Malaikat. Sedangkan orang yang tidak bertaqwa dan lupa kepada Allah akan diberikan Ilham oleh Iblis dan Syaitan.


Mana satukah Pemimpin yang akan kita pilih?


Ya betul, Tuan memang hebat dan pandai meneka. Kita hendaklah memilih pakar ilmiah dunia dan akhirat yang sentiasa hadir berjemaah di Masjid.


Bahkan jika mereka tidak mahu untuk menjadi pemimpin, kita boleh memenjarakan mereka dalam jel atau memenggal leher mereka. Kerana cara seperti itulah sahaja nanti Imam Mahdi a.s. akan dapat dilantik.


Penulis sebelum ini pernah mencadangkan Tuk Guru Dato Harun Din untuk memimpin PAS bersama TG Hj Hadi, kerana ketokohan TG Dato Harun Din dalam bidang ugama dan juga akademik. Dan penulis masih sahaja ingin mencadangkan TG Dato Harun Din menjadi pemimpin PAS bahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Dato Seri Najib.


Bahkan Penulis yakin dengan isu Royalty Minyak dan lain-lain, dan dengan berpandukan al-Qur’an dan sunnah, PAS atau Pihak-Pihak yang berkecimpung dalam ugama boleh menerajui Malaysia pada pertengahan bulan Jun ini Insya Allah.


Penulis telah melihat satu persatu pembuktian dari Allah swt mengenai kebenaran firman Allah swt dalam surah al-Waqiah.


Penulis telah melihat buah-buah pisang berlonggok-longgok di pasar-pasar pada awal tahun 2008. Kemudian pada pertengahan tahun 2008, penulis telah melihat awan-awan yang menakutkan menyelubungi angkasa. Pada awal tahun 2009, penulis dikejutkan dengan air hujan yang berlimpah-limpah dan amat menakutkan. Lalu pada pertengahan tahun 2009 penulis telah melihat buah-buahan begitu banyak berlonggok-longgok sehingga menakutkan sesetengah orang. Fenomena buah-buahan yang banyak ini tidak berhenti sehingga pertengahan Februari 2010 ini.


Sila Klik Ramalan al-Qur'an.


Bahkan penulis cukup prihatin mengenai dengan isu Royalty minyak dan juga isu liwat DSAI, isu nama Allah, dan isu-isu sampingan lain yang melanda Malaysia. Semua isu-isu itu menunjukkan PAS atau pihak-pihak ugama akan mengambil alih tampok pemerintahan atau mengubah coraknya pada pertengahan bulan Jun 2010 ini seperti mana yang dinyatakan dalam al-Qur’an. Allahu ‘A’lam bissawab. Jika ianya terjadi, semuanya adalah taqdir Allah jua. Jika tidak ianya hanya kesilapan penulis semata-mata.


Semua fenomena tersebut telah disebutkan dalam surah al-Waqiah ayat 29 hingga ayat 34.



~ 29 ~
وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ
Among Talh trees with flowers (or fruits) piled one above another,-

~ 30 ~
وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ
In shade long-extended,

~ 31 ~
وَمَآءٍ مَّسْكُوبٍ
By water flowing constantly,

~ 32 ~
وَفَٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ
And fruit in abundance.

~ 33 ~
لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ
Whose season is not limited, nor (supply) forbidden,

~ 34 ~
وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ
And on Thrones (of Dignity), raised high.


Pada pendapat penulis, dengan adanya kejadian-kejadian yang berturut-turut menurut urutan al-Qur’an Surah al-Waqiah itu dan dengan adanya Fenomena yang berlaku sekarang, sebenarnya menunjukkan kewujudan Allah swt, kebenaran al-Qur’an dan ketulusan Nabi Muhammad saw semata-mata.


Dan terpulang kepada kita samada kita mahu mengambil manfaat daripadanya atau tidak, mahu mempercayainya atau tidak, mahu mengamalkan semua ajaran-ajaran yang ada di dalamnya atau tidak.


Jika kita mengambil manfaat daripadanya, mengamalkan semua ajaran-ajarannya, maka kita akan digabungkan oleh Allah swt kedalam lingkungan hamba-hambaNya yang bertaqwa, dan kita akan diberikanNya rezeki yang tidak disangka-sangkakan. Namun jika kita tidak mengambil manfaat daripadanya, kita akan merugikan diri sendiri. Lebih-lebih lagi jika kita melawan ajaran-ajaranNya. Wa iya dzu billahi min dzalik.

PAS boleh menggunakan isu-isu tersebut, terutama isu Royalty Minyak sehingga keperingkat Parliament dan di Majlis Seri Paduka Yang Dipertuan Agung.


Parliment Sudah Cukup Untuk Memutuskan Dan Membetulkan Masalah

Bahkan bagi penulis sendiri, Dewan Parliament adalah jauh lebih tinggi nilainya di dalam Islam dan bahkan di dunia ini daripada Mahkamah. Contohnya apabila ada isu-isu berat dan besar berkecamuk di antara dua perkara yang berlawanan dalam sesebuah negara, masalah-masalah itu hanya perlu dibincangkan dan diundi di dewan Parliament sahaja. Dan seluruh dunia mengamalkan system ini.

Bandingkanlah ia dengan system musyawarah di dalam hadis-hadis nabi saw, atsar sahabah dan lain-lain dalam lipatan sejarah Islam.

Adakah perlu seorang wakil undang-undang memberikan fatwanya sedangkan pemilik undang-undang itu sendiri sedang berada di tempatnya. Mahkamah adalah wakil Parliament untuk melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Parliament.

Jika Parliament dengan mudahnya telah membuat satu keputusan untuk memberi atau tidak memberi, maka adakah mahkamah perlu lagi membuat perbicaraan yang berasingan?

Manakala BN pula hendaklah mengubah corak pemerintahannya kepada corak ugama yang benar-benar tulin untuk terus berkuasa.

Mudah-mudahan bermanfaat. Segala yang baik adalah daripada Allah swt dan yang salah dan silap adalah daripada penulis jua. Penulis memohon kemaafan di atas segala kekurangan, Dan semoga Allah swt menerima amalan kita semua dan memaafkan segala kesalahan kita, dan memasukkan kita kedalam golongan insan-insan yang bertaqwa. Amin.


Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat