Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Thursday, March 18, 2010

Berehat Sementara


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام على من اتبع الهدى

الحمد لله رب العالمين ، والسلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين ومن تبعهم إلى يوم الدين ، وبعد

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah swt jua, yang telah mengurniakan dan mentaqdirkan pembaca dan pengunjung blog ini semakin ramai. Al-Hamdulillah.

Namun, dalam masa dua minggu ini, penulis terpaksa berihat sementara insya Allah. Jika ada masa dan waktu yang terluang dan jika diizinkan Allah swt untuk kita bertemu semula di blog ini, maka insya Allah penulis akan memberikan semula lakaran-lakaran karya di dada blog yang sentiasa berkembang mekar di sanubari penulis ini. Mudah-mudahan ingatan ini tidak melebihkan ingatan penulis kepada Allah swt. amin.

Insya Allah juga, penulis ingin menulis tentang Al-Marhum Syeikh al-Azhar dan hubungannya dengan ramalan al-Qur'an, Semoga Allah merahmatinya, dan penulis ingin bertanya kepada anda, adakah tuan-tuan dan puan telah solat ghaib untuk beliau, kalau belum lakukanlah.

Jika ada kesempatan, Penulis juga ingin menulis mengenai Obama dan Konspirasi Amerika dalam pelantikannya.

Bahkan penulis juga ingin menulis mengenai anak 10 tahun yang berkahwin dengan lelaki dewasa baru baru ini. Mudah-mudahan Allah swt memberikan kesempatan dan peluang. Amin.


Namun, pembaca yang amat disayangi sekalian kenalah sabar dan menunggu dalam masa 2 minggu ini.

Jika ada pesanan, silakan terus saja dimasukkan di dalam ulasan, kerana saya khuatir jika di masukkan dalam shout box ia akan hilang.

Doakan penulis

Penulis meminta doa dari pembaca sekalian agar mendoakan penulis supaya sentiasa selamat dalam perjalanan dunia dan akhirat. Penulis juga sentiasa mendoakan tuan-tuan semua. Mudah-mudahan doa kita semua dimakbulkan oleh Allah swt. amin.

Harapan Penulis

Penulis berharap agar pembaca sekalian sering-sering menjenguk blog ini walaupun penulis blog ini berehat dua minggu. Kerana masih banyak info yang telah dicatitkan dalam blog ini yang mungkin tuan-tuan belum membacanya. Insya Allah semuanya penting-penting belaka.

Salam Istimewa dan Tahniah

Penulis ingin mengucapkan salam Istimewa dan Tahniah kepada pengikut atau follower blog ini, kerana kehadiran gambar anda semua di dada blog penulis amat mengembirakan hati penulis, semoga Allah swt membalas usaha anda semua dengan ganjaran yang lebih baik. amin.

Salam khusus dan rindu

Penulis ucapkan salam khusus dan rindu ini buat keluarga penulis di rumah, Isteri dan anak-anak penulis, semoga Allah swt sentiasa melindungi kita semua dunia akhirat. Dan semoga Allah sentiasa mengikat tali perkahwinan kita hingga ke hari Akhirat. amin.

Salam Doa Dan Berkat

Penulis juga ingin mengucapkan salam doa dan berkat kepada kawan-kawan baru penulis, di blog ini, terutama buat Kapten Bokhari yang banyak mendoakan dan menaikkan semangat penulis , Cik Editor pencinta seni yang amat memahami penulis.

Dan Solehah Cerdik yang lama tidak timbul catitannya di blog ini.

Salam ampun dan kemaafan

Tidak lupa juga, penulis mengucapkan salam ampun dan kemaafan, kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dalam penulisan penulis. Penulis tidak berniat lain melainkan baik belaka.

Terutama untuk Ijoks2009, saya tertanya tanya apa erti ijoks, kalau boleh kirimkan saya email ye.

Doa Dan Tahniah untuk PAS

Saya ingin mendoakan semoga Pas berjaya dalam perjuangannya mendapatkan royalty. Penulis mengucapkan Tahniah kepada mereka kerana telah sepakat dan berusaha lebih maju kehadapan iaitu untuk menghadapkan isu royalty minyak tersebut kepada Duli Yang Dipertuan Agong.

Semoga berjaya. Dan semoga Allah sentiasa membimbing PAS dan kita semua umat islam di seluruh dunia di jalan yang benar hingga hari akhirat. Amin.


Wa Akhiran, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,

والسلام عليكم ورحمة الله













2 comments:

  1. salam....
    ayue suke bace blog ni...
    byk info2 yg menarik.
    hurmm... teruskan menulis ye...
    sama2 berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  2. penyokong pas rupenyer.. bagus2.. :)

    ReplyDelete

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat