Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Saturday, February 27, 2010

Rahsia Ikhlas

Image by FlamingText.com





http://www.animatedgif.net/love/diamondheart_e0.gif


السلام على من اتبع الهدى

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، وبه نسستعين على أمور الدنيا والدين

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم

وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم فى العالمين إنك حميد مجيد

Rencana ini dihasratkan untuk menyokong pendapat ulama mengenai makna Ikhlas dan bukan diniatkan untuk membantah mana-mana pendapat yang tidak sehaluan dengannya.

Tahniah kerana anda telah menjejaki langkah-langkah yang baik, insya Allah, kerana telah berjaya masuk ke laman blog ini. Semoga bermanfaat, kepada penulis dan anda semua.

Kita perlu memberikan bahagian pada ciri-ciri ikhlas. Sebahagian insan sungguh ikhlas kepada makhluk namun ia sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah swt al-Khalik.

Contohnya, seorang ibu ikhlas mendidik anak-anaknya untuk berjaya, tetapi sebenarnya ibu itu tidak ikhlas kepada Allah, kerana dia tidak menyempurnakan solat 5 waktunya dengan sebaiknya.

Contoh kedua, seorang ayah sanggup membelanjakan hartanya beratus ribu atau tanpa berkira untuk memberikan didikan terbaik bagi anaknya, namun apabila bab sedekah dan zakat, ia menjadi seorang yang amat kedekut.

Contoh ketiga, seorang kawan begitu setia kepada kawannya dalam bab-bab kemasyarakatan, negara, kesihatan dan lain-lain. Bila berjalan kemana-mana mereka sentiasa Nampak bersama-sama. Namun apabila diajak solat berjemaah di masjid, seorang kawan pula memberikan berbagai alasan.

Mengapakah perkara sedemikian tercetus?

Inilah godaan Iblis dan Syaitan. Memang tugas mereka untuk memerangkap dan menghasut manusia agar terjebak di dalam perangkap dan tipu daya dunia.

Sebagai muslim, tipu daya tersebut tidak akan dapat di atasi melainkan dengan adanya Rahmat dari Allah swt. Dan untuk mendapatkan rahmat tersebut, sebahagian manusia perlu berusaha dan berjihad untuk mendapatkannya.

Memang tidak dinafikan bahawa sebahagian manusia telah diberikan rahmat Allah swt itu walaupun tanpa wujudnya jihad perjuangan yang tinggi. Bukankah Allah swt yang memberikan Rahmat itu, maka Allah swt bebas untuk memberikan Rahmat itu kepada siapa yang Allah suka?

Ikhlas Kepada Makhluk

1. Berharapkan balasan kemudian hari ( Masih berlaku di antara hubungan anak dan orang tua, guru dan murid, kawan-kawan) Kategori ini pun boleh dikira ikhlas, walaupun tidak sempurna. Kerana walaupun hubungan antara ibu bapa dan anak-anak boleh dianggap hubungan yang benar-benar Ikhlas, namun kita lihat masih banyak orang tua yang mengharapkan balasan dari orang tua sesudah mereka tua nanti.

2. Namun ada juga sebahagian orang tua yang tidak mengharap apa-apa balasan langsung walaupun dengan ucapan Terima kasih. Inilah ketaegori ikhlas kepada makhluk yang terbaik. Adakah kita termasuk dalam golongan ikhlas seperti ini?

Tidak berharapkan sebarang balasan

Tidak mengungkit kebaikan yang telah dibuat,

Tidak menunjukkan sebahagian kebaikan yang tidak perlu dilihat kepada orang lain. ( sebahagian kebaikan perlu dilihat dan tidak dapat tidak perlu dibuat di depan orang, contohnya menutup aurat dikhalayak ramai)

Tidak merasa ujub pada kebaikan diri sebaliknya merasakan bahawa kebaikan yang telah dibuatnya itu masih banyak cacat celanya dan sebarang kebaikan yang dibuatnya itu adalah kurnia Allah semata-mata pada dirinya dan pada orang yang telah dibuatkan kebaikan itu.

Tidak merasa diri lebih baik dari orang lain kerana setiap kebaikan itu hanyalah kurnia Allah swt jua.

Ikhlas kepada al-Khalik

Apabila kita membicarakan ikhlas kepada Allah swt, maka kita akan masuk kepada bab yang mengatakan bahawa semua amalan harian setiap insan itu boleh dikira Ibadat. Asalkan niatnya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt jua dalam setiap amalan dan pekerjaannya, maka setiap gerak dan nafasnya adalah dikira Ibadat kepada Allah swt.

Kerana Sesungguhnya manusia itu adalah hamba Allah swt jua, dan maksud sebenar ibadat ialah menghambakan diri kepada Allah swt.

Namun sebahagian ulama juga telah menggariskan dua jenis ikhlas ini iaitu:-

1. Berharapkan Syurga dan Takut Neraka

Mereka beramal kerana takut kepada neraka dan berharap kepada balasan Allah swt di akhirat nanti. Niat seperti ini adalah ikhlas yang biasa dan diterima oleh Allah swt sebagai amalan yang baik.

2. Berharap kepada Redha Allah semata-mata.

Inilah taraf ikhlas kepada Allah yang tertinggi. Mereka tidak mengharapkan apa-apa dalam amalan mereka melainkan keredhaan Allah swt jua. Kerana mereka tahu amalan yang mereka lakukan itu sebenarnya adalah anugerah dan kurnia dari Allah jua pada mereka.

Mereka yakin bahawa mereka tidak akan dapat melakukan solat berjemaah di masjid setiap waktu melainkan Allah swt lah yang mengizinkan mereka melakukannya.

Mereka yakin bahawa tugas yang mereka laksanakan itu adalah umpama satu penghormatan pada mereka daripada Allah swt. Kerana tiada penghormatan yang lebih utama selain dari perkhidmatan yang dilaksanakan untuk Allah swt jua.

Mereka yakin bahawa penghormatan seperti itu tidak akan diberikan lagi pada mereka di masa yang lain selepas mereka meninggal dunia.

Mereka yakin bahawa penghormatan itu adalah syurga yang tertinggi yang diberikan kepada mereka sewaktu mereka berada di dunia lagi, maka untuk apakah lagi mereka mengharapkan Syurga? Dan kenapakah pula mereka melakukannya hanya kerana takut kepada neraka. Memang mereka takut kepada neraka, kerana siapa yang tidak takut kepada neraka itu dicela oleh Allah swt seperti firman Allah swt dalam surah al-Muddassir ayat 53:

كلا بل لاتخافون الآخرة


Bahkan sesungguhnya, mereka tidak takutkan pada Hari Akhirat

Namun sebenarnya ketika mereka melaksanakan perintah-perintah Allah itu, mereka hanya melakukannya kerana cinta mereka kepada Allah swt. Mereka melakukannya seperti cinta seorang Ibu kepada anak yang tidak mengharapkan apa balasan, tetapi hanya berharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Di manakah Ikhlas kita berada? Di sini atau di sana? Pada Allah atau pada makhluk? Pada orang Islam atau pada bukan Islam?

Adakah kita perlu meminta ganjaran kepada kekasih kita jika kita dapat berjumpa dengannya. Sesungguhnya jika kita benar-benar cinta kepada kekasih kita, maka kitalah yang perlu memberikan upah kepadanya untuk berjumpa dengan kekasih kita itu. Bayangkan jika sehari tidak dapat berjumpa dengannya. Apa akan berlaku pada anda?

Adakah kita perlu meminta ganjaran kepada ibu bapa kita untuk kita dapat berjumpa dengan mereka? Sesungguhnya jika kita benar-benar cinta kepada mereka kita, maka kitalah yang perlu memberikan hadiah kepada mereka agar kita dapat berjumpa dengan ibu bapa kita itu. Bayangkan jika anda tidak dibenarkan berjumpa dengan ibu bapa anda, apa akan berlaku kepada anda?

Lalu kenapa anda tidak merasa sedih jika anda tidak diberikan kurnia dan anugerah oleh Allah swt untuk dapat berjumpa denganNya setiap hari 5 waktu setiap hari di masjid dan pada setiap malam di bilik tahajjud anda?

Petikan Hadis


Amirul mukminin, Umar bin khathab radhiyallahu anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:


حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ


قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

“Segala amal itu bergantung dengan apa yang diniatkannya, dan setiap orang hanya akan dapat sesuatu sesuai dengan niatnya. Maka barangsiapa yang (niatnya) hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka (hukum) hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya itu Kerana kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang ingin dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.


Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadis iaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari (orang Bukhara) dan Abul Husain Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi di dalam kedua kitabnya yang paling shahih di antara semua kitab hadits. (sanad dan matan hadis diatas diambil dari kitab Shahih al-Bukhari)



Penjelasan :


Hadits ini adalah Hadis shahih yang telah disepakati keshahihannya, ketinggian darjatnya dan didalamnya banyak mengandungi manfaat. Imam Bukhari telah meriwayatkannya pada beberapa bab pada kitab shahihnya, juga Imam Muslim telah meriwayatkan hadis ini pada akhir bab Jihad.

Pengajaran (dipetik dari al-Jami’ fi Ahadisil Ahkam-ta’lif Profesor Madya Dr. Muhidden Abd Rahman)


1- Niat jadi sebab sempurnanya amal dan rosaknya amal.

2- Ikhlas dan memperbaiki niat kerana ALLAH sangat dituntut pada keseluruhan amal dan ibadah

3- setiap amal terlaksana dengan niat dan menggapai redha ALLAH

4- Niat pembeza antara adat dengan ibadat

5- Seseorang diberi ganjaran mengikut niatnya



Abu Zaid- syarah dan matan ini dipetik dari kitab syarah Hadis Arba’in yang disyarahkan oleh Ibn Daqiiq al-Eid, yang ana download dalam bentuk pdf, adapun apabila melihat buku yang ana miliki syarah Hadis Arba’in cetakan Pustaka at-Tibyan yang disyarahkan oleh orang yang sama terdapat sedikit perbezaan, tetapi tidak menjejaskan apa-apa.


-Wallahu a’lam –

1 comment:

asep kosasih said...

ikhlas adalah melakukan suatu perbuatan tanpa adanya beban yang memberatkannya dan semata-mata karena allah

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat

Blog Menarik

Blog dan Web Islam Indonesia

Blog and Web, black and white

Mari Belajar Bahasa Arab

Belajar Bahasa Arab Online

Brunei News latest RSS headlines - Big News Network.com

Amat Kerdilnya Manusia, Tapi tidak ramai yang memuji Penciptanya

Miracle Of Kaabah