Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Tuesday, January 12, 2010

RAHSIA BESAR: PERADUAN NASYID DENGAN $100 JUTA DAN KUMPULAN NASYID YANG TERTOLAK



kUMPULAN NASYID yang TERTOLAK
Kenyataan penulis ini bukan Imiginasi penulis semata-mata, tetapi kenyataan yang memang wujud.
Sebelum kita jauh menerangkan peraduan nasyid dengan hadiah $100 juta, penulis ingin menceritakan terlebih dulu sedikit imbasan-imbasan kumpulan nasyid yang tertolak.
Siapakah mereka, di mana mereka mengadakan peraduan atau persembahan, bila dan kenapakah mereka tertolak (Disqualified)? Kesian, sungguh kesian.
Kalau kita suka bernasyid atau pernah mendengar peraduan-peraduan nasyid, maka kita akan melihat kumpulan-kumpulan nasyid yang begitu bersungguh-sungguh menyanyi dan mendendangkan berbagai lagu nasyid.
Sebelum peraduan mereka akan berlatih bersungguh sungguh, mereka akan memilih penyanyi utama mereka dari orang yang paling merdu suaranya. Bahkan mereka akan mengenakan pakaian seragam yang paling cantik dan paling mampu mereka buat.
Wah! sungguh indah jika kita lihat mereka masuk pentas dengan serentak, menyanyi dengan serentak, tunduk hormat dengan serentak, Penyanyi utama memberi salam. Selesai sahaja lagu, ketua mereka akan memberikan salam sekali lagi, dan semua  mereka akan tunduk lagi dengan serentak dan keluar dengan serentak.
Maka siapakah kumpulan-kumpulan nasyid yang tertolak itu pula?
Untuk melihat siapakah penyanyi nasyid yang tertolak adalah amat senang. Kita akan dapat lihat jika kumpulan itu menyanyi tidak tentu hala, masuk pentas tidak serentak. Dan berbagai-bagai lagi kerenah yang tidak cantik yang sudah Nampak dari awal mereka masuk pentas.
Baru penyanyi utama mengangkat suara “as” untuk memberikan salam, hakim-hakim sudah senyum di bawah. Hadirin yang mendengar sudah senyum-senyum. Kerana sebahagian kumpulan penyanyi nasyid itu belum lagi masuk barisan. Ketua kumpulan sudah memberikan salam. Mana tak tertolak.
Lalu sebaik manapun suara ketua kumpulan yang ada, mereka tetap akan tertolak.
 Apatah lagi jika suara penyanyi utama tidak bagus, maka semasa kumpulan itu menyanyi, Hadirin semua sibok bercerita-cerita dan berborak dengan hal masing-masing.   Bahkan barangkali mereka tertunggu-tunggu agar kumpulan itu cepat-cepat habis. Kerana mereka mahu mendengar kumpulan yang lain lagi. Kesian sungguh. Susah-susah saja ikut peraduan. Balik-balik dari peraduan, bukan sahaja tidak menang, tetapi menjadi bahan ketawa dan sebagainya.
Wal hal, jika kumpulan yang mendendangkan lagu nasyid itu serentak dan dengan suara ketua kumpulan yang merdu dan memukau pendengarnya, hadirin semua akan perpaku, terpegun mendengar lagu nasyid sehingga nyanyian itu berakhir. Bahkan bukan itu sahaja, rasa puas mendengar nasyid yang indah dengan suara yang merdu nampak di mata dan di wajah mereka selepas mendengar lagu nasyid itu.
Inikah kumpulan yang mungkin akan dapat hadiah $100 juta itu?

hadiah $100 juta
Pernahkah tuan mendengar peraduan nasyid dengan hadiah $100 juta. Atau barangkali dengan hadiah $1 juta sahaja. Atau barangkali sebuah kumpulan penyanyi nasyid yang amat popular di Negara tuan dapat mengumpul duit sehingga 1 juta dalam 1 albumnya.
Kalau tuan belum pernah mendengarnya, maka inilah pertama kali tuan akan mendengar bahawa ada sebahagian kumpulan penyanyi nasyid itu akan dapat hadiah $100 juta dalam satu peraduan dan persembahannya, bahkan lebih lagi dari $100 juta.
Kerana mereka bukan sahaja dapat $100 juta untuk satu kumpulan, bahkan mereka juga  mendapat $100 Juta untuk setiap orang. Bahkan bukan untuk satu album. Mereka sebenarnya telah dapat hadiah $100 juta untuk setiap kali peraduan Nasyid yang mereka adakan itu. Bahkan bukan untuk satu malam sahaja. Mereka sebenarnya akan dapat hadiah $100 juta itu untuk setiap kali naik pentas. Macam Tiger wood, kalah dalam peraduanpun mesti dapat berjuta-juta juga. Kalau tidak Tiger Wood tidak akan hadir bermain. Tapi ini lain, mereka ialah Kumpulan Nasyid. Subhanallah. Siapakah mereka itu?
Sebelum saya terangkan  siapa mereka itu, mari saya terangkan dulu syarat-syarat memasuki peraduan nasyid yang saya nyatakan.

SYARAT PERADUAN NASYID DENGAN HADIAH $100 JUTA
Syarat-syaratnya adalah sama seperti syarat-syarat sembahyang.
  1. Penyanyi-penyanyi kumpulan nasyid itu hendaklah bersuci dari hadas kecil dan hadas besar terlebih dulu. Tanpa kesucian dari hadas kecil dan besar mereka akan tertolak. ( macamana hakim hendak tahu, Hakim kita ada kuasa melihatnya)
  2. Penyanyi-penyanyi dan kumpulan-kumpulan nasyid itu hendaklah juga menggunakan bahasa Arab sebagai lagu nasyid mereka. Tanpa lagu arab, mereka tetap akan tertolak. Tetapi kalau mereka tidak pandai bahasa Arabpun, mereka boleh memohon kelonggaran.
  3. Mereka mestilah tertib dan beradab semasa mendendangkan lagu nasyid mereka. Masuk serentak, keluar serentak, tunduk serentak, salam serentak. Mereka boleh duduk dan berdiri. Namun hendaklah juga dengan tertib dan serentak. Jika mereka hendak masuk pentas, mereka tidak boleh tergesa-gesa. Jika mereka hendak keluarpun mereka tidak boleh keluar tergesa-gesa.
  4. Mereka hendaklah menyanyi dengan penuh perasaan. Sebaik-baiknya mereka memilih ketua mereka dari yang paling mahir bernyanyi dan paling merdu suaranya. Ketua mereka juga pelu mempunyai daya kesopanan dan akhlak dan Ilmu ugama yang tinggi.
  5. Mereka hendaklah melaksanakan janji dan kata-kata mereka yang mereka dendangkan dalam naysid.
  6. Mereka tidak boleh berbuat jenayah dan maksiat  selepas dan sebelum Naysid. Kalau sebelum nasyid mereka ada melakukan jenayah, mereka hendaklah bertaubat segera sebelum masuk bernyanyi. Kalau selepas nasyid mereka tersilap melakukan maksiat atau jenayah, mereka juga hendaklah cepat-cepat bertaubat. ( Bagai mana hakim hendak tahu? Sebenarnya Ialah; Bukankah penganjur hendak memberikan $100 juta setiap orang. Tak kan ia memilih hakim yang calang-calang. Tentulah ia ada spy setiap masa. Sedangkan peraduan ratu cantik dunia yang hanya ada hadiah 1 ke 3 juta lagi mesti mengekalkan keparawanan mereka dalam masa setahun. Inikan pula haidah $100 juta)

Dimana diadakan Peraduan Nasyid itu Dan siapa yang Menganjurkannya?
Wah! Hadiah $100 juta seorang untuk setiap kali lagu. Banyak nye!
Mungkin itulah yang tuan-tuan akan katakan apabila ada orang yang akan mengadakan peraduan nasyid seperti itu. Namun pernahkah tuan-tuan terfikir bahawa, solat berjemaah di masjid juga adalah sebijik sama dengan peraduan nasyid yang saya nyatakan di atas.
Lihatlah peraduan nasyid dan lihatlah solat berjemaah di masjid. Apakah bezanya? Jika Hakim peraduan Nasyid ialah manusia. Tetapi hakim solat berjemaah ialah Allah swt.
Bahkan dalam solat berjemaah kita boleh mendapat hadiah lebih daripada $100 juta setiap kali kita solat. Apa tidaknya. Cubalah kita kira. Kalau setiap huruf al-Qur’an pahalanya ialah 10 kali ganda.  Dan kalau dalam solat pula pahalanya ialah 100, dan kalau dalam solat berjemaah di dharab lagi dengan 27.  Jadi pada setiap huruf sahaja ada 27,000 kali ganda ganjaran pahala kalau kita solat berjemaah. Kalau 1000 huruf. 27,000,000. = 27 juta. Itu baru huruf-huruf.
Kalau di masukkan lagi pahala setiap langkah, ada tiga pahala, setiap kali ke masjid macam pahala haji, pahala mendengar azan dan menjawab azan sama seperti pahala muazzin, kalau ada 100 jemaah kali lagi dengan 100.
 Pahala saf pertama, pahala mengaminkan doa Imam, pahala memberikan salam dan bersalaman dengan jemaah, pahala bersilaturrahim, pahala mengembangkan sy’iar dan memakmurkan masjid dan sebagainya. Wah sungguh Hebat Allah swt dan sungguh banyak pemberiannya.
Cubalah kita sama-sama fikirkan, adakah solat berjemaah kita pada hari ini akan memberikan kepuasan pada hakim yang menghakimi peraduan solat berjemaah yang kita buat di masjid-masjid seluruh dunia?
Adakah kita masuk solat dengan serentak sebagai mana penyanyi nasyid yang masuk pentas dengan serentak? Adakah kita keluar dari solat dengan serentak? Adakah kita tergesa-gesa sebelum masuk dan setelah solat?
Adakah kita solat dengan penuh perasaan sebagaimana penyanyi nasyid menyanyi dengan penuh perasaan? Atau kita solat hanya di mulut dan anggota badan saja tanpa membawa hati untuk solat bersama?
Kalau begitu, bagaimana kita akan dapat markah yang tinggi? Sedangkan penyanyi nasyid termasuk penyanyi lain perlu membawakan perasaan mereka bersama untuk menghayati dan menjiwai nasyid yang mereka dendangkan, jika tidak, suara mereka dan rupa serta pergerakan mereka akan sumbang.
Adakah kita telah melakukan maksiat sebelum solat dan bertaubat sebagaimana ratu cantik perlu memenuhi syarat penganjur untuk mengekalkan keperawanannya selama setahun? Ya Hakim kita ialah Allah swt dan Malaikat-malaikatnya yang sentiasa berawas dan menulis, bahkan mereka tahu dan mendengar bisikan dan detak detik jantung kita jua.
Atau adakah setelah selesai solat kita melakukan maksiat, seperti mengumpat dan mempermain-mainkan ugama dan sebagainya? Wa iyadzu billahi mindzalik.
Marilah kita sama-sama merebut janji Allah swt yang diberikan kepada jemaah yang ingin mengharapkan keredhaan Allah swt di masjid. Dan marilah kita membetulkan solat berjemaah kita semampu-mampu kita agar solat jemaah itu akan diterima oleh hakim antarabangsa yang amat mengetahui segala-galanya itu.
Marilah kita sama-sama datang awal ke masjid dan duduk di barisan hadapan. Sabda Nabi Muhammad saw.
“ Kalau kamu tahu apa yang ada pada barisan saf hadapan, maka kamu akan berundi” Aw kama Qal Saw.

Kita pilihlah Ahli jemaah yang paling merdu suaranya, paling tinggi Ilmu ugama dan paling baik akhlak dan paling banyak menghafal surah-surah al-Qur’an untuk menjadi Imam.
Lalu kita masuklah solat dengan serentak bertertib. Ikutlah sunnah Nabi Muhammad saw sebelum solat.
Baginda mengarahkan agar saf disempurnakan terlebih dulu barulah baginda bertakbir. Dan baginda tidak membenarkan sesiapapun bangun mengakhiri solat sehingga baginda bangun mengakhiri solat baginda. Maksud Hadis baginda saw. Aw kama Qal. Saw.
Inilah kumpulan Nasyid yang akan mendapat $100 juta setiap orang itu. Bahkan bukan untuk satu malam sahaja. Mereka sebenarnya akan dapat hadiah lebih dari $100 juta itu untuk setiap orang itu untuk setiap kali naik pentas Di masjid rumah-rumah Allah.
Bayangkan Berapakah pula hadiah yang kita akan dapat jika kita solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
Lalu mungkin ada orang yang akan bertanya nanti, bukankah Allah itu maha pemurah, dan orang yang baik itu akan masuk syurga jua. Saudara, syurga itu amat mahal harganya jika dibandingkan dengan dunia. Oleh itu untuk mendapatkan semua itu dengan percuma hanya Allah swt sahaja Yang Maha Tahu untuk memberikannya atau tidak. Bukankah amat baik jika kita sudah ada duit belanja yang banyak untuk kita bawa ke akhirat bagi membeli syurga yang amat mahal itu.

Bukankah syurga firdaus yang tertinggi itu adalah untuk hamba-hamba Allah yang soleh yang terpilih. Jika kita tidak beramal dengan sebaik mungkin bagaimanakah kita akan dapat mencapai hadiah yang sebegitu tinggi?

kita akan hidup selama-lamanya disyurga, lalu tidak teringinkah kita untuk mencapai darjat yang tertinggi itu untuk selama-lamanya. Bukankah akan menyesal kita nantinya jika kita selama-lamanya tidak dapat mengecapi syurga yang tertinggi itu.

Inilah di antara Rahsia-Rahsia Besar yang Allah berikan kepada sesiapa yang mahu menerima  dan mengamalkan ajaran Allah swt sahaja. Siapa yang membuat alasan dan gagal melakukannya tidak akan mendapat ganjaran dan tidak akan dapat melihat dan merasai hadiah-hadiah dari Allah swt itu.

Allahu ‘A’lam Bissawab. Semoga rencana ini ada baiknya buat kita semua dan keluarga-keluarga kita. Amin. Yang baik dari Allah swt dan yang kurang baik adalah dari penulis.  Wassalam.


2 comments:

  1. salam,

    Menarik post ni, ingat kumpulan raihan atau rabbani. perkhabaran gembira bagi orang yg berjemaah.

    ReplyDelete
  2. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat