Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Friday, December 4, 2009

Malapetaka Ketika Beribadat



Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji‘uun. Begitulah lafaz istirja’ kita kalau ditimpa bala bencana. Tidak kira samada bencana itu datangnya dari kesalahan diri kita sendiri ataupun dari kesalahan orang lain.

Tapi kenapa pula semasa beribadat kita boleh kena bencana? Bukankah Allah swt berjanji akan ingat kepada kita kalau kita ingat kepadanya?
Firman Allah swt:

فاذكرونى أذكركم


Hendaklah kamu mengingatiKu, nescaya Aku akan mengingati kamu.

Apakah ada salah dan silapnya lagi bagi orang yang beribadat itu sehingga ia masih ditimpa kecelakaan.


Jenis-Jenis Bencana

Bencana sebenarnya bermacam jenis. Ada yang disedari. Namun yang lebih merbahaya ialah bencana yang tidak disedari. Sedar-sedar kita sudah terlambat. Sedar-sedar kita sudah mati. Wa Iyazu billahi min dzalik.

Masa itu nanti maka barulah kita akan menyesal. Kalau aku begitu dan begini, maka aku akan selamat…. dan sebagainya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Penyesalan sudah tidak berguna lagi…

Bencana yang tidak disedari juga ada berbagai-bagai. Ada yang ringan dan ada yang berat. Namun apakah bencana yang paling merbahaya dan paling dahsyat tersebut?

Firman Allah swt dalam surah al-Ma‘uun:

فويل للمصلين. الذين هم عن صلاتهم ساهون . الذين هم يرائون . ويمنعون الماعون



Maka malapetaka / Neraka Wail bagi orang-orang yang solat. Iaitu mereka yang lalai dari solat mereka. Mereka-mereka yang menunjuk-nunjuk. Dan menghalang pertolongan.

Perkataan al-Musallin di sini menunjukkan kata umum. Ianya bermakna orang-orang yang bersembahyang. Bermakna semua orang yang solat, samada mereka tekun atau tidak akan termasuk dalam kata umum ini.

Dari ayat di atas kita dapat dilihat bahawa, orang yang tekun beribadat tetapi masih lalai dan berniat untuk menunjuk-nunjuk pun masih akan dijanjikan kecelakaan ataupun neraka. Wa Iyazu billahi min zalik.

Itulah bencana yang dahsyat sebenarnya. Kerana apapun mala petaka yang kita terima di dunia ini, tidak akan dapat dibandingkan dengan bencana akhirat. Siapakah yang sanggup dibakar hidup-hidup selama-lamanya dengan dikekalkan nyawa tidak pernah mati atau dibakar dalam tempoh ribuan tahun? Sedangkan dibakar dalam masa satu saat sahajapun kita sudah menggelupur kesakitan. Inikan pula disalai tidak mati-mati dalam tempoh yang amat menggerunkan itu.


Hati-Hati Dalam Setiap Ibadat

Namun dalam rencana kali ini, kita bukan sahaja membicarakan mengenai kecelakaan yang lahir dari kecuaian solat sahaja, tetapi juga kecelakaan-kecelakaaan yang lahir dari kegagalan kita menyempurnakan hakikat dalam semua Ibadat.

Adakah kita pernah bertanya pada diri kita, adakah Ibadatku ini diterima oleh Allah swt.? Adakah kita pernah bertanya pada sesiapa adakah pahala kita akan kekal bersama kita di hari kiamat nanti untuk menyelamatkan kita dari azab Allah? Atau pahala kita itu akan lenyap pada suatu masa apabila kita berbuat maksiat?

Atau adakah kita pernah mempersoalkan samada ibadat kita itu bukanlah pula suatu yang sebenarnya mendatangkan dosa semata-mata pada kita? Wa Iya Dzu Billlah Min Dzalik.


Apakah Dosa Kita Semasa Beribadat?

Dari surah al-Ma ‘uun di atas, al-Hamdulillah kita dapat membuat kiasan bahawa dalam setiap ibadat yang kita laksanakan, kita hendaklah beribadat dengan sepenuh jiwa dan jangan menunjuk-nunjuk dalam semua apa juapun bentuk ibadat yang kita buat.

Takut Dan Berharap

Dalam surah as-Sajadah Allah swt berfirman:

تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا ومما رزقناهم ينفقون

Samping kanan mereka kering daripada tempat tidur mereka ( samping kanan mereka tidak berpeluh, kerana mereka bangun sepanjang malam) berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan tamak dan mereka menafkahkan dari apa yang kami rezekikan kepada mereka.

Dari ayat di atas, mungkin timbul berbagai persoalan. Bagaimanakah perasaan takut dan tamak semasa berdoa itu? Dan kenapakah perasaan takut dan tamak itu perlu semasa berdoa? Dan adakah semua ibadat perlu ditanamkan rasa takut dan tamak?

Perasaan takut dan tamak dalam ayat ini sebenarnya sungguh umum untuk difahami. Berbagai tafsiran dari segenap ulama yang kita baca dan kita dengar. Semuanya membawa kepada kebaikan. Namun untuk mengisi dada kesadaran kita semasa berdoa dengan semua rasa takut dan rasa tamak yang ditafsirkan mungkin tidak sempat. Wal hasilnya doa yang perlu untuk kita hayati tidak sempat kita fahami.

Pada pendapat penulis perasaan takut dan tamak yang paling mudah dan terpenting untuk dihayati samada semasa kita berdoa sendiri ataupun semasa mengaminkan doa imam ialah, perasaan takut tidak diterima doa dan perasaan tamak ialah perasaan inginkan anugerah Allah yang paling tinggi.

Semasa berdoa hendaklah kita timbulkan sikap takut tidak diterima ini dengan membayangkan jika tidak diterima apakah akan jadi pada diri kita.

Ketika imam berdoa agar kita mendapat iman yang mantap, maka bayangkanlah kalau doa kita tidak diterima bahkan ditolak dan diberikan sebaliknya iaitu keimanan yang tidak mantap. Bukankah jika kita dikenakan dengan keimanan yang tidak mantap itu akan menimbulkan bencana yang tidak terhingga pada kita? Wa Iyazu billahi min zalik.

Dalam kita ketakutan jika ditolak doa untuk mendapatkan keimanan itu, maka kita harapkan jualah agar kita mendapat keimanan yang paling tinggi dan paling mantap di sisi Allah swt.


Kenapa Perasaan Takut Dan Berharap Ini Amat Perlu?

Dengan kedua-dua perasaan ini insya Allah swt. Jika ia diujudkan semasa berdoa, maka seseorang yang berdoa itu inysa Allah tidak akan lalai lagi hatinya.

Bayangkanlah jika seorang anak meminta duit untuk membeli mainan pada kita, maka adakah kita akan memberikan mereka duit itu dengan mudah?

Tapi kalau anak kita meminta dengan penuh rasa sedih dan penuh harapan, maka perasaan orang tua mana yang tidak akan goyah.

Namun bayangkan jika sianak itu meminta dengan sikap yang tidak senonoh.
Seperti jika anak kita meminta menjerit-jerit, dan meminta sesuatu yang banyak dan dinyatakannya dengan laju-laju sehingga hampir-hampir tidak jelas sebutannya atau salah sama sekali, seperti kalau anak kita kata:

Ayah! Nak Ice Ceram, nak keropok, nak gula-gula, nak coklat, nak mainan, nak jalan, nak dokong, nak itu nak ini.

Apakah ayah yang baik akan memberikan anak mereka perkara yang dipinta. Atau ia akan mengajarkan dulu cara meminta yang betul?

Jika kita sudah mengajarkan anak kita cara berdoa yang betul, lalu anak kita tidak juga mahu mengikut ajaran kita, maka adakah kita akan memberikan seperti mana yang dipinta?

Bayangkan pula jika anak kita meminta suatu yang penting dengan cara yang sama.
Ayah, nak buku sekolah, nak pensil, nak baju sekolah, nak seluar sekolah, nak pensil, nak makan ubat, nak makan, nak minum, dan sebagainya.

Maka adakah kita akan layan anak kita itu, atau kita akan melayan mereka hanya ketika kita melihat mereka sudah tidak dapat diajar dengan betul sahaja kerana apa yang dipinta mereka itu suatu yang amat penting.

Oleh itu layanan yang istimewa memang amat sukar untuk anak-anak yang tidak senonoh itu. Untuk mendapat suatu yang pentingpun sukar, maka lebih-lebihlah lagi untuk mendapat keseronokan.

Maka setiap kali kita berdoa, tidak kira samada doa untuk yang penting atau doa bagi yang kurang penting, perasan takut dan berharap ini adalah amat penting untuk kita hadirkan dalam diri kita semasa berdoa.

Tuan-tuan, saudara-saudaraku yang amat dicintai. Lihatlah dunia Islam kita pada hari ini, bagaimanakah mereka berdoa. Adakah imam-imam di masjid ketika selesai solat akan berdoa seperti anak-anak nakal ataupun anak yang baik? Kalau kita tidak dapat menasihati imam itu, maka berdoalah untuk keampunannya dan untuk kita sendiri semasa berdoa.

Kerana kita takut doa-doa yang kita pohonkan kepada Allah sebenarnya hanya akan memberikan kemurkaan Allah swt sahaja.

Adakah semua ibadat perlu diterapkan perasaan takut dan berharap yang sama?
Tuan-tuan, miskipun Allah swt hanya menyatakan khusuk dalam solat, perasaan takut dan berharap dalam doa sahaja. Namun dalam segenap ibadat kita perlu menerapkan perasaan khusuk, takut dan berharap ini pada setiap peribadatan kita kepada Allah swt.

Kita perlu melihat kepada siapa kita beribadat, bukannya bersama siapa atau ibadat kita itu tinggi pahalanya atau tidak. Tanpa khusuk, takut tidak diterima dan perasaan bagi mengharakan ganjaran tertinggi di sisi Allah swt, ibadat kita mungkin akan kecundang ditengah jalan.

Tuan-tuan bayangkanlah jika tuan-tuan ikut serta dalam perlawanan lumba basikal. Kalau tuan hanya suka-suka tidak takut dan tidak mengharap apa-apa, maka tuan tentu tidak akan sampai garisan penamat. Rasa takut dan mengharaplah jua yang menolak diri anda kegarisan penamat, walau apapun bentuk dan caranya, walaupun anda berada dinombor penghabisan.

Mungkin anda takut malu, mungkin anda mahu penghormatan, mungkin anda mahu sihat, mungkin ada takut penghinaan dan sebagainya.

Tetapi jika rasa takut dan rasa mengharap anda tinggi, dan anda tanamkan ianya lagi lama sebelum perlawanan, sehingga anda siap dengan segala macam persediaan dan latihan. Maka mungkin kejuaraan ada ditangan anda.

Maka bagaimanakah pula ibadat yang tidak ada rasa takut dan rasa mengharap. Ibadat itu nanti hanya akan menjadi ibadat yang hanya boleh dipanggil adat atau mainan semata-mata. Maka ibadat seperti ini hanyalah akan menimbulkan kemurkaan Allah swt semata-mata. Wa Iyazu billahi min dzalik.

Tuan-tuan yang amat saya hormati, apakah beza ibadat yang tiada nilai bahkan dimurkai oleh Allah dengan ibadat orang-orang zaman jahiliyah?

Orang-orang zaman jahiliyah juga bertawaf, tetapi mereka bertawaf dengan cara bertepuk tangan dan bersiul-siul serta telanjang. Ibadat itu mereka buat untuk menghiburkan hati mereka tanpa rasa khusuk kepada Allah swt. Tanpa ada panduan dari dalil yang betul.

Kita lihat pula ketika ini, kebanyakan ibadat yang kita buat hanya untuk menghibutkan hati kita tanpa rasa khusuk dan tidak mengikut panduan yang betul dari al-Qur’an dan Sunnah.

Kalau kita solat berjemaah pula kita lihat imam sudah mula takbir, sedangkan para makmum yang hadir belum lagi memenuhi saf. Kalau kita bayangkan suatu kumpulan nasyid yang gelojoh. Penyanyi utamanya sudah mula menyanyi, sedangkan kumpulannya belum lagi siap berbaris memenuhi saf. Apa akan jadi pada kumpulan nasyid itu?

Kalau kita berwirid, berzikir, bertahlil, membaca Yasin dan lain-lain, kita membaca macam ribut, berlumba-lumba menghabiskan zikir dan doa, hati kita lari pada yang lain. Adakah Allah swt akan menerima ibadat seperti ini?


Istiqamah

Maknanya tetap dan tekun beribadat walaupun sedikit.

Sabda Nabi Muhammad saw.


Sebaik-baik ibadat itu adalah yang tetap dibuat walaupun sedikit. Au kama Qal.


Tuan-tuan, kalau kita tahu bahawa ibadat kita mungkin tidak dapat melindungi kita dari api neraka kecuali dengan rahmat Allah swt semata-mata, maka kita tentu tidak tergamak untuk menyakiti hati Allah swt.

Antara perkara yang boleh menyakiti hati Allah swt itu ialah ibadat yang tidak tetap sedangkan kita mampu dan mudah melaksanakannya secara tetap pada hakikat sebenarnya. Kerana ibadat itu Cuma dibuat dengan hanya mengikut perasaan dan ikut suka sahaja tanpa mengikut panduan yang diajarkan oleh al-Qur’an dan sunnah. Bila suka dia mengaji al-Qur’an, bila malas atau sibuk dunia sikit ia ponteng.

Ibadat yang tidak istiqamah juga dikhuatiri akan merugikan diri sendiri jika pahala ibadat yang kita laksanakan itu lenyap begitu sahaja apabila kita tersilap laku. Oleh itu setiap ibadat kita perlu laksanakan secara istiqamah selagi kita boleh melaksanakannya.

Tidak Melakukan Sebarang Maksiat

Sabda Nabi Muhammad saw:


Berhati-hatilah kamu dengan hasad dengki. Sesungguhnya ia memusnahkan amalan seperti api memakan kayu api. Aw kama Qal.

Sabda Nabi Muhammad saw:

Semua hasad itu adalah dilarang, melainkan keinginan untuk beramal seperti orang lain dan berilmu seperti orang lain. Aw kama Qal.

Saudara-saudaraku, percayalah dengan hanya maksiat sedikit sahaja pahala kita akan musnah. Bukankah dengan dengki ingin memiliki sesuatu yang dimiliki kawan kita sahaja, pada perkara-perkara selain pelajaran dan amal ibadat, sedangkan keinginan itu tidak perlu pada kita, maka pahala kita akan rosak seperti kayu api dibakar oleh api.

Maka apa akan jadi jika kita membuat dosa yang lebih berat dari itu? Apa akan jadi kalau perkataan kita atau sikap atau perbuatan kita menyakiti hati Allah swt atau menyakiti hati orang lain?

Ampunkan penulis, kerana penulis terpaksa menulis perkara ini. Tiada lain niat penulis hanya kebaikan jua. Maka dengan rasa tawadhuk dan penuh hormat jua penulis ingin menegur pihak-pihak tertentu.

Sebagai pihak kerajaan, adakah kerajaan boleh berdiam diri dengan perkara-perkara seperti ini? Sebagai pemimpin, adakah ulama-ulama boleh bersikap mendiamkan diri pada perkara-perkara seperti ini. Adakah kita mahu ibadat kita cuma akan mendatangkan bencana sahaja semata-mata pada kita?

Marilah sama-sama kita fikirkan dan sama-sama kita amalkan agar ibadat kita sesama muslim tidak menimbulkan bala bencana kepada kita sesama sendiri. Wa Iyazu billah min dzalik.

Tuan-tuan, sebenarnya banyak lagi bencana yang boleh kita lihat semasa beribadat, namun saya serahkan pada tuan-tuan untuk memikirkankannya. Kerana kalau kita bincangkan jua dalam rencana ini, penulis khuatir rencana ini tidak akan pernah keluar pada tuan-tuan disebabkan kealfaan dan kesibukan penulis.

Semoga rencana ini ada baiknya. Yang baik adalah dari Allah dan yang silap dan salah adalah dari penulis.




0 comments:

Post a Comment

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat