السلام على من اتبع الهدى
Sebelumnya bicara jala kita berkelana di lautan gemerlapan keindahan Surah Nuh. Saat ini dambaku jua bermadah pamitan pada nan tetuan hamba yang setiap kala dan tika amat hamba kenangi bagai pencinta kasih dambaan.
Di sore buana nan hiruk-pikuk dilambung gagak gempita gempa pun jua mengempa kini. Tanpa dikecuali bumi si Tuah nan bernyata “tak akan Melayu hilang di dunia” pun turut dilimpah sama. Bayangan suara jeritan seruling sangkakala semakin jelas mengadu rupa.
Oh! di manakah daku nan seakan pergi membawa hati yang masih tercari-cari kasih Ilahi?, jika tanpa menusukkan mata hati kedasarnya untuk daku bawakan singgah bermalam di lubuk cahaya di Surah-Surah Mu Tuhanku jua.
Di dasar pun di daratan surah Nuh daku temui keindahan pun jua keajaiban yang amat runcing mendalam. Hingga terkesan sungguh pada sang permata hati yang amat kasar bengis pun keras itu, untuk ku renungi di akhirat nanti sebagai penenang bola mata jeliku.
Kurnia anugerah nan melimpah ruah semerbak wangi dari Allah Tuhan nan Maha Esa untuk hambanya nan sering segenap menangis mendamba meronta dan terus meminta dan meminta setitis rahmat dan jua redha. Agar pelukan kasih sayang itu tidak kosong hampa dan tidak kelu, untuk daku renungi wajahMu di kala sehening syurga mengelilingi suasana di situ.
Sungguh dan amat sungguh ajaibnya surah Nuh yang menangisi bersama tangisan Nuh dan para penghuni langit dan bumi atas gugurnya para shuhada. Kala ketika Nabi Nuh tidak terkata saat mengadu dan mendamba pada Rabbi yang esa.
“ Nan daku……… Setiap kali daku menyeru pada mereka bagi mendamba magfirah dari Mu untuk mereka, mereka menusuki jejemari mereka pada lelelubang kekuping mereka, mereka menyelubungi kepala dengan bebusana mereka, dan mereka berterus-terusan dan mereka keteterlalu merasa besar diri.
Oh! siapakah nan tiada mengerti pun tiada merasa jeritan batin Mu wahai kekasih Allah Nabi Nuh? Siapakah pula yang buta tanpa melihat tanda alamat nan setinggi Kasihmu berikan kepada kami begini wahai insan yang amat berderajat?
Saat gelombang maut menyelingkupi segunung nyawa. Tika nan itu daku syahidkan dikau gelombang di perisian raqim yang sama pun turut berpesta dan berdansa di raqim 4 dan 25. Merejam menyodok tak kira nan siapapun mangsa pun jua bangsa. Nombor raqim ajaib nan tiada ku saksikan ia di kala tahun asing nan lain. Pun setelah daku menyelusuri persada maya.
Selain ternyata ia membuka mata dan minda yang buta, bahawa benarlah ia serupa dan sekembara dengan lahirnya tahun-tahun bersama Rasulullah saw tika baginda masih bernyawa.
Benar-benarlah ia, bahwa saat itu bergulung semula ke garis titiknya. Saat bermulanya di kala melangkah tahun-tahun hijriah dari tahun masihi 622. Hamba jejaki jua dengan rahmat dan kurnia Ilahi nan esa, bahwa seiras permula masihi 625 bersama wujudnya di gemilangan tahun hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah ke 4.
Walhal yang amat sudah hamba peduli kajian purata tahun tiada pula yang sedemikian wajah adanya yang mengimbas-imbas atau hampir seketika.
Wahai Tuhanku! Inikah dia rupa antara nombor nan raqim ajaib nan Tuhanku nyata di dalam awal surah al-Kahfi itu? Pada tahunan sebeginikah jua nan sama tika Nabi Nuh menghulur dan menyampai risalahnya?
Jika nan begitu apakah pula dia makna nan maksud kuasa peraqiman sebegitu? Apakah ianya nan akan bermakna bahawa tiada nan gelombang nan sama, bak nan telah nyata maupun yang belum berpada tiada akan melanda?
Bahkan apakah ianya jua suatu pertanda bahawa di sana juakah dia tempat yang bernama “Baida”?. Seperi keliru dan liciknya lidah maupun telinga menggubah nama-nama Negara dari porne kepada poni, lalu dari poni kepada puni, lalu menjadi pula kepada borni, Tapi melompat juga kepada Borneo, dan akhirnya menjadi pula ia Negara Brunei Darussalam tercinta.
Apakah Baida berasal Banda, atau Banda berasal Baida? Jika itulah maksud hadis junjungan saw yang ternyata, maka sudah barang ditaqdir adanya kita, bersama insan al-Mahdi penghulu zaman di saat senja buhana. Namun di manakan pula kita akan mencarinya?. Ataukah apakah penguasa kita yang ada akan sudi menerimanya?
Bukankah "Banda" dichirikan jua serambi Mekkah? bukankah "Baida" disabdakan Rasulullah saw nan lokasi mahal ditepi Mekah? Bukankah di sabdakan di Baida itu tenggelamnya tentera yang sakan menyerang al-Mahdi? Bukankah di Banda jua pun laskar junta tenggelam beratusan ribu.
Bukankah "Banda" dichirikan jua serambi Mekkah? bukankah "Baida" disabdakan Rasulullah saw nan lokasi mahal ditepi Mekah? Bukankah di sabdakan di Baida itu tenggelamnya tentera yang sakan menyerang al-Mahdi? Bukankah di Banda jua pun laskar junta tenggelam beratusan ribu.
Ya Tuhanku, terimalah madah ku yang perit ini, bahkan ampunkan daku kerna segalanya. Segala yang baik adalah dariMu bahkan yang kurang baik pula adalah dariku.

















0 comments:
Post a Comment