Madah ini penulis tujukan buat puteri-puteri penulis yang tercinta dan semua remaja-remaja muslim yang ingin berjihad sama. Semoga ada baiknya. Dan penulis berdoa agar tulisan ini tidak sia-sia. Amin.
Wahai sesuci bening embun dinihari, wahai sewangi kasturi syurga, wahai semerdu buluh perindu, wahai semanja jelingan bidadari. Siapakah yang lebih cantik didunia ini, insan yang dilihat Allah atau apakah insan yang dibenci Ilahi?
Allah swt tidak melihat rupa dan hartamu, Tetapi melihat hati dan amalan-amalanmu. Al-Hadits.
Wahai Remaja jelita yang suka belajar dan membaca. Remaja yang tahu bahawa jika menjaga Allah, Allah swt tidak akan mensia-siakan kita.
Sungguh hebat pahala jihad. Sungguh bermakna sebuah hasrat. Bagi mendapat pahala 60 tahun pada setiap saat.
Wahai siapakah gerangan yang berani menyahut seruan pun jua cabaran Tuhan, untuk menatah permata gelora idaman, pada hati setiap pejuang?
Ganjaran pahala impian segenap Anbiya, Syuhada dan hamba-hamba Allah yang salleh. Bahkan menjadi igauan para Malaikat kerana mereka tidak mampu mencapainya melainkan jika mereka beribadat berpuloh ribuan tahun dan berdoa.
Wahai para remaja jelita yang amat disayangi, tidakkah kamu mahu mencapai mahligai puncak segala impian itu? Tidakkah kamu teringin untuk menggapai dan meminta seperi rasa yang diinginkan para anbiya?
Namun, malang sungguh bukan kepalang. Sungguh kamu tidak mampu mengangkat senjata jihad jika kamu masih asyik dan suka mendengar music. Hati kecilmu tidak akan tergerak malah menangis kecut semangat mendengar panggilan jihad jika hati kamu masih sayang kepada TV.
Sebab keduanya hanyalah senjata Syaitan, Yahudi dan Kristian. Bukankah kamu telah mengetahuinya.
Wahai insan remaja jelita berhati mulia. Nabi Muhammad saw pernah memberi berita gembira. Mahukah dikau mendengar dan mengamalkannya. “Bahawa jihad wanita itu ialah naik haji sahaja” Kau tidak perlu menghayun senjata nuclear. Kau tidak perlu bertempik di medan syuhada.
Bahkan jika kau tak mampu merenangi lautan derita haji. Nabi Muhammad saw pun pernah bersabda mencetus minda: “Bahawa pahala solat ke masjid dengan sempurna wudhu pun sama seperti pahala Haji”
Namun demi mencapai tangga masjid, dikau hendaklah berusha menerjang fitnah. Jangan sampai kejelitaanmu membawa gelombang tsunami hati. Janganlah jual hatimu selain hanya kepada Allah swt semata-mata. Jangan pandang-jangan jelling kekiri dan kekanan, ketulan matamu hendaklah kau kuncikan kebumi. Kau hendaklah memakai hijab, kerana ianya syarat bertaubat. Lihatlah Surah an-Nur ayat 31.
Warga jelita yang amat disayangi. Adakah kamu masih berhasrat menabur bakti? Namun kamu tidak mencapai cinta sejati dirumah Ilahi, jika hatimu masih sayang pada music dan TV.
Jangan memakai wangian yang kuat. Jika dikau teringin juga, wangian herba yang digesek, cukuplah sekadar menghindarkan bau cuka yang galak. Begitu juga diuniversiti dan ditempat kerja.
Dengarlah. Ini satu lagi berita gembira. Bahawa Nabi pernah berkata “ Solat wanita itu lebih baik di rumah daripada dibuat masjid” Wah adakah ianya bermaksud sama seperti pahala haji? Maka adakah ia bermaksud sama seperti pahala jihad? Wah amat mudah dan senangnya watikah pejuangan jihad diberi. Cukup sekadar perjuangan di rumah pun, anugerah jihad pun telah dimiliki.
Namun dengarkanlah nasihat ini. Pahala dan ganjaran tersebut tidakkan sama seperti pahala jihad sebenar, kerana jihad sebenar mengorbankan masa, keluarga dan juga harta. Sedangkan jihadmu hanya mengorbankan kata nan biasa. Ketahuilah, bahawa kamu juga boleh menggapai jihad sebenar. Caranya ialah dengan mengorbankan masamu mengorbankan cinta dan keluargamu bahkan harta yang ada dengan menghafaz, membaca al-Qur’an dan bertahajud.
Namun semuanya masih ada syarat lagi yang patut sayangku penuhi. Kau tidak akan dapat mengorbankan masa, cinta dan harta jika kau masih sayangkan kepada music dan TV. Ketahuilah bahawasanya al-Qur'an dan TV tidak akan dapat bersatu bersepakat. Kerana Malaikat Dan Syaitan telah ditaqdirkan sebagai musuh ketat.
Penulis percaya bahawa nun di sudut sana masih terdapat remaja-remaja yang mantap dan cemerlang imannya. Mereka ingin berkorban untuk ugama, bangsa dan Negara. Mereka menuntut ilmu dan beramal dengan ikhlas dengan ilmu mereka tanpa segan dan malu.
Di khalayak ramai bila wujud makhluk yang bernama jejaka, maka ia sepantas kilat menutup mukanya dengan kain hijab. Sungguh indah dan sejuk kanta mata melihatnya. Bagaikan melihat al-Hilal Syawal yang amat dirinduikan manusia.
Tiada siapapun yang tahu isi hatinya kecuali Allah. Tiada siapapun mampu menghalangnya untuk taat kecuali Allah. Tiadalah jua orang yang mampu menyakitinya dengan izin Allah. Tiadalah Allah itu zalim atas hamba-hambanya. Tiada siapapun yang akan masuk neraka kecuali jika telah sampai seruan padanya. Tiada siapapun yang tidak diberikan hidayat kecuali jika mereka gagal memahaminya. Tiadalah yang wujud di alam buana pun di maya persada ini kecuali milik Allah jua. Tiadalah Allah tidak pernah mengingatkan tentang Neraka. Tiadalah yang masuk ke dalamnya melainkan Insan atau mambang yang celaka.
Sampai manakah jihad mu itu wahai puteri? Semoga jihadmu nanti membias kebumi pertiwi. Semoga tanah tumpah darah ini di rahmati Ilahi. Semoga dikau dipelihara Rabbul ‘izzati.
Biarkanlah nista cerca yang lalu di bawa angin yang gersang. Bagai salakan anjing garang nan terikat kukuh rapat di tanah seberang. Mereka tidak akan mampu menyakitimu walaupun setitik serangan.
Ingatlah janjimu pada dirimu dan pada Allah swt. Bahawa kamu akan berjihad selama-lamanya, selagi badan dikandung nyawa. Selagi nafas masih berdansa. Selagi Izrail belum menyapa. Selagi kiamat belum melanda.
Wahai putri, mampukah kau mengajak jelita lain sepakat mufakat mencontohimu mengikutmu? Ketahuilah bukan dikau yang memberikan mereka hidayah. Tugas kita pun hanya berdakwah. Seorang insan yang mampu dikau tarik dengan baik, lebih mahal harganya dari seisi dunia. Maka berdakwahlah pada mereka. Dakwah itu perlu untuk menjaga diri sendiri dan keluarga. Dakwah itu perlu agar mereka bertaqwa. Pun agar mereka tidak berkata, di hadapan Mahkamah Allah Yang Maha Esa “aku tidak tahu, dakwah tidak sampai kepadaku, kawanku itu bakhil, tidak sedekah ilmu kepadaku”
Pun jua, berjihad dan berdakwahlah dengan tenang dan saksama. Dikau bukan berdakwah kepada penjenayah, maupun pemerkosa. Amalkanlah sesempurna mungkin setiap hikmah dan hindarkanlah jua sebarang fitnah. Semoga dikau setaraf Siti Khadijah Ummul Mukminin Isteri Rasulullah.
Maka dengan ini penulis buatkan wasiat dan wakalah. Buktikan bahawa kamu lebih hebat dari kamum pria. Kamu boleh, mampu dan mudah dengan izin Allah melakukannya. Asalkan kamu mahu, lebih sedikit lagi berusaha dan terus berdoa. Insya Allah, Tuhan akan ,memakbulkan dan menerimanya.
Yang baik dari Allah dan yang salah dan silap adalah dari penulis.

















0 comments:
Post a Comment