Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Wednesday, December 9, 2009

Derita Seorang Pendakwah dan hadiah 1 juta?




Mungkin Dr. Asri ketika ini ingin mencuba sedaya upaya, semampu-mampunya agar dirinya diterima oleh sesiapapun dalam dakwahnya.

Dr. Asri mula mengalihkan perhatian masyarakat untuk agar dakwah dibuat di disko. Katanya “dakwah perlu dibuat di sana dengan berbual-bual dan bersembang dengan golongan muda”.

Pandangan Dr. Asri ini telah membangkitkan beberapa kritikan. Antaranya ialah kritikan Sahibus Samahah Mufti Selangor. Katanya “untuk membersihkan tong tahi, kita perlu membersihkannya dari luar”. Kita tidak boleh memburukkan Imej kita pada pandangan masyarakat.

Saya amat menghormati pandangan kedua insan yang mulia ini. Namun saya minta maaf kerana terpaksa mencelah. Kerana saya berpendapat saya juga bertanggung jawab untuk memberikan sebarang kata dalam pertikaian ini. Sebenarnya saya takut di tanya di akhirat nanti kenapa saya tidak turut memberikan pendapat saya.

Jika kerajaan membenarkan Dr. Asri bertandang dan bersahur di kilabul malami untuk berdakwah. Apakah agaknya dakwah yang akan dibincangkan oleh Dr. Asri?

Adakah Dr. Asri akan diserbu oleh JAIS lagi kerana tiada tauliah? Atau Jais akan membiarkan sahaja Dr. Asri duduk bersembang di dalamnya?

Penulis percaya, bahawa di sana Dr. Asri boleh mencari mangsa-mangsa syaitan yang lemah untuk dipujuk semula kepangkal jalan. Carilah mangsa-mangsa syaitan yang menangis dan duduk bersendirian. Mungkin Dr. Asri boleh mengajak mereka kelembah suci semula sebelum mereka diekori dan di dampingi oleh musang-musang yang lebih lapar dan ganas dari yang pernah menelan mereka sebelum ini.

Namun Dr. Asri kena berhati-hati kerana Dr. Asri mungkin akan turut sama teterhibur di dalamnya kerana terdengar dangdut yang lembut dan teterlihat gelekan pinggul anak dara-anak dara yang genit dari tanah seberang.

Untuk itu agar Dr. Asri akan sentiasa atau cepat ingat kepangkal jalan apabila ada rasa sedikit terleka, Dr. Asri kena mengenakan songkok dan baju melayu Dr. Asri setiap masa. Dan sentiasa pula mengulang-ulang hafalan al-Qur’an Dr. Asri. Jika Dr. Asri teterlupa hafalan-hafalan itu, saya nasihatkan agar Dr. Asri berhenti dulu dan menyambung semula nanti jika hafalan Dr. Asri sudah balik semula sembuh seperti sediakala.

Atau adakah Dr. Asri mampu bersembang di dalamnya atau Dr. Asri terpaksa bercakap sambil terpekik-pekik kerana mendengar bunyi yang bising di dalam itu nanti? Bahkan mampukah insan yang alpa memahaminya?

Atau Dr. Asri akan terpaksa meminta lagu-lagu yang dibuat nanti didendangkan dengan perlahan sahaja. Atau Dr. Asri akan menunggu waktu lagu yang sentimental barulah duduk bersembang.

Adakah Dr. Asri akan cuba pula menggubah dan mereka lagu-lagu dakwah yang berbentuk dangdut dan disko seperti dakwah yang dibuat oleh saudara Irama kita dari seberang? Saya berdoa jika Dr. Asri mahu membuatnya. Dr. Asri akan mengharamkan penyanyi latarnya daripada perempuan. Kerana saya takut penyanyi latarnya pula akan berpakaian seksi atau ketat dan jarang.

Namun jika Dr. Asri mampu mengubah kilab-kilab malam di Malaysia dengan kelab lagu dakwah. Mungkin ianya akan menjadikan orang yang baik pula akan menjadi terperdaya.


Pandangan Penulis

Orang yang sudah biasa mencium bau rokok tidak akan rasa loya dengan bau rokok. Orang yang biasa mencium bau najis tidak akan rasa jikik dengan bau najis. Silap-silap haribulan, orang yang biasa duduk dan berkawan dengan penagih dadah akan menagih dadah jua akhirnya. Silap-silap dakwah, orang yang biasa duduk dan berkawan dengan penyamun akan menjadi penyamun juga akhirnya.

Kalau kita terpaksa membersihkan saluran tong najis tersumbat, kita terpaksa membersihkannya dengan beberapa alat. Alat tersebut terpaksa juga kita masukkan kedalam saliran itu untuk membersihkan saliran itu. Untuk itu Dr. Asri mungkin boleh menggunakan proxy untuk mencontohi cara ini.

Kadang-kadang pula kita terpaksa memecahkan saliran tersebut atau tutup sahaja, dan menggantikannya dengan yang baru kerana ianya sudah terlalu tua dan tidak dapat digunakan lagi. Jika digunakan lagi mungkin akan membiyakkan penyakit.

Bagi penulis jalan sebaik-baiknya ialah agar umat Islam dihalang ke kelab tersebut atau kelab tersebut hendaklah ditutup terus dan dig anti dengan tarikan ajaib yang lain.

Bahkan saya mencadangkan agar kerajaan menukarnya dengan menggalakkan hamba rakyat dengan pertandingan menghafaz al-Qur’an dengan hadiah ganjaran yang tinggi seperti 1 juta pada setiap tahun dan sebagainya.

Kerajaan tentu akan dapat memungut keuntungan bahkan kemuliaan dan perpaduan dari pertandingan ini, kerana kerajaan bukan sahaja akan dapat penyertaan dari seluruh dunia, iklan, pelancungan dan lain-lain, bahkan muda-mudi akan turut berubah sama secara drastik.

Asalkan iklan-iklan itu jangan dipasang dibelakang dan didalam dewan pembaca yang menghafaz al-Qur’an. Kerana semangat iklan-iklan itu nanti mungkin akan merosakkan hafalan peserta dan tujuan yang murni ini.

Saya yakin, dengan adanya pertandingan menghafaz al-Qur’an dengan hadiah 1 juta ini, para remaja yang bermasalah akan terbuka sedikit hatinya dan akan mengubah arah pandangan mereka kepada arah yang lebih baik. 

Jika banyak penerbit-penerbit TV mampu menarik penaja-penaja untuk hadiah-hadiah bernilai sejuta, hanya untuk menolak kos cukai industry, Kenapa pula nama-nama besar seperti Dr. Asri, Hassan Ali dan lain-lain tidak mampu memberikan saingan yang sama. Bahkan saya pasti mereka mampu jauh lebih hebat daripada sesiapa yang ada.

Mungkin sesetengah pihak ingin mengkritik pula cadangan ini. Mungkin katanya, hafalan itu nanti tidak akan ikhlas dan sebagainya. Betul, cadangan ini cuma cadangan sahaja. Bahkan penulis cuma orang biasa. Namun kita lihat orang lain sudah berjaya, tetapi kita hanya mampu membuat alasan semata-mata.

Penulis teringat pula mengenai penjara Kerajaan Saudi yang menggalakkan Para pengungsinya dengan hafalan al-Qur’an. Warga tahanan penjara yang Berjaya menghafaz al-Qur’an akan dipendekkan masa tahanan mereka. Khabarnya, sterategi mereka membawa kejayaan, apabila tahanan penjara yang bersikap buruk berubah menjadi baik setelah menghafaz al-Qur’an. Allahu ‘A’lam.

Tuan-tuan. Jika tahanan penjara yang bersikap amat buruk boleh berubah dengan hafalan al-Qur’an. Kenapakah tidak kita cuba cara yang sama untuk mengubat jiwa muda-mudi yang terpenjara disudut lain iaitu tenggelam lemas dipenjara nafsu yang amat jauh lebih merbahaya?

Mungkin penjara mereka yang mereka alami didunia disko itu akan membawa mereka kelembah neraka yang membawa kekal di sana selama-lamanya. Wa iya dzu billahi min zalik.



0 comments:

Post a Comment

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat