السلام على من اتبع الهدى
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله ووصحبه وسلم ، وبعد،
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله ووصحبه وسلم ، وبعد،
Ramalan tahun 2010, 2012
Bercakap mengenai Ramalan, mungkin tuan-tuan telah membaca atau melihat video mengenai ramalan kaum Maya dari Mexico pada Disember 2012.
Penulis serba salah untuk mengatakan ramalan ini kepada para pembaca. Kerana jika penulis katakana ramalan itu, mungkin ada orang yang mengatakan bahawa penulis ingin mengkucar-kacirkan masyarakat. Atau mungkin ada yang mengatakan penulis mahu masyarakat takut dan sebagainya.
Lebih-lebih lagi jika ramalan itu tidak menjadi kenyataan. Maka ramalan itu hanya akan menjadi seperti kata-kata yang sia-sia. Yang tinggal hanya kesalan dan sebagainya.
Ramalan pernah dibuat oleh orang mushrik pada Saidina Ali, sebelum Saidina Ali pergi berperang. Menurut ramalan itu, orang mushrik itu mengatakan Saidina Ali akan kalah.
Namun Saidina Ali berkata bahawa taqdir adalah ditangan Allah swt. Lalu apabila saidina berperang jua, malah sebaliknya, Saidina Ali menang dalam peperangan itu.
Namun demikian, Nabi Muhammad saw, serta para Nabi-nabi yang diutuskan, selalunya ada Ramalan masing-masing. Ramalan mereka ini datangnya dari Allah swt. Kerana itu ramalan mereka tiada yang meleset.
Di antara ramalan Nabi Muhammad saw sendiri ialah Kiamat, peperangan besar-benaran antara Islam dan Yahudi dan sebagainya.
Lalu kita lihat pula Ramalan yang dibuat oleh kaum Maya dan Nostradamus mengenai dengan Perang Armageddon dan jua kiamat. Mereka mengatakan Perang Armageddon akan berlaku pada tahun 2007 hingga 2012 manakala kiamat berlaku pula pada hujung tahun 2012.
Penulis khuatir jika ramalan ini tepat kerana akan mendatangkan kerugian kepada kita jika kita tidak bersedia. Sama seperti kekhuatiran penulis jika kita terlampau takut untuk menghadapi keadaan ini sehingga mengkucar-kacirkan masyarakat. Sehingga walaupun jika ramalan tidak jadi benar, tetapi masyarakat akan tetap kucar-kacir sahaja tinggalnya.
Namun apa yang penulis lebih khuatirkan ialah jika ramalan mereka menepati sasaran, maka mereka akan berani berkata bahawa ugama mereka adalah ugama yang benar. Tuhan yang mereka sembah wajib disembah dan dipatuhi oleh semua. Jika tuhan mereka tidak disembah dan tidak dipatuhi, maka bala lain lagi akan timbul dan sebagainya. Lalu semua orang akan menyembah Tuhan mereka dan seterusnya dan seterusnya.
Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, maka penulis berpendapat bahawa, adalah menjadi kewajipan pada penulis jua agar tidak ditanya di akhirat nanti.
Bahawa pada pendapat penulis, ramalan-ramalan yang dibuat oleh Kaum Maya dan juga Nostradamus sebenarnya juga meniru daripada Ramalan al-Qur’an dan kitab-kitab Taurat.
Bukankah sebelum ini, penulis ada mengatakan bahawa umat Yahudi tahu Katrina akan berlaku. Tapi mereka tidak tahu di mana. Lalu untuk menghalang dari terkena taupan Katrina, maka mereka membebaskan GAZA.
Dan seperti mana Taurat, begitu juga al-Qur’an ada menyebutkan mengenai dengan kejadian-kejadian yang akan berlaku pada masa depan. Kerana kedua-dua kitab suci ini datangnya dari Allah swt. Namun sebahagian kalimat dari Taurat dipadam dan ditulis dengan kalimat baru sehingga banyak merubah Hukum-Hukum Allah.
Namun mengenai dengan susunannya dan kebanyakan Isi Kitab Taurat, penulis percaya susunan Kitab Taurat itu masih betul.
Oleh itu penulis berharap pembaca dan seluruh dunia kalau boleh mengetahui bahawa Ramalan mengenai Kiamat dan Perang Armageddon ini sebenarnya telah ditaqdirkan Allah swt dalam al-Qur’an dan Kitab Taurat.
Jika puak Maya mengatakan bahawa kaum mereka mengetahui kejadian langit dan bumi dan mengetahui Ramalan masa hadapan, maka kita katakan pada mereka bahawa, kitab al-Qur’an juga ada Ramalan yang sama. Biarkan mereka terputus kata dan tidak tahu apa hendak dikatakan lagi untuk mendakwah kita. Bahkan biar mereka mempelajari al-Qur’an sehingga mereka mendapat hidayat dari Kitab al-Qur’an itu sendiri.
Ramalan 2010
Sebelum ini penulis telah meramalkan bahawa Islam akan bersatu hati pada tahun ini 2009. Sebahagian tanda persatuan hati umat Islam tahun ini telah nampak bila Turki berpaling dari menyokong Israel.
Selain itu makna bersatu Bulan dan Matahari dalam surah al-Qiyamah juga bukan sekadar Umat Islam sahaja. Ianya juga boleh membawa kepada bersatunya umat Islam dan Kristian dalam memerangi umat yang lain. Kerana selepas peperangan Israel GAZA kita melihat persatuan EU juga telah turut serta menyalahkan Israel.
Maka Israel pun berkata pada tahun 2010, kemana kami hendak lari lagi.
Namun apa yang lebih penulis sukakan ialah, makna Matahari bukan bererti umat Kristian sahaja, namun Matahari juga boleh membawa makna negara-negara sebelah Timur. Seperti Russia, China, Korea dan Jepun.
Kita telah melihat bahawa Amerika tidak lagi mampu melobi pemikiran masyarakat dan Negara Timur untuk mengikut patuh dibawah telunjuk mereka sahaja. Russia, China dan Korea dan Jepun banyak menentang pendapat Amerika. Bahkan dalam satu rencana, penulis pernah terbaca bahawa Russia akan turut berperang dan sudahpun menetapkan kawasan-kawasan yang akan diambilnya di Israel jika Israel menyerang Iran. Mungkin kerana itu BUSH amat takut untuk menyerang Iran dan Olmert bekas PM Israel juga pernah menyatakan pada Media bahawa Cita-Cita Israel Raya telah Musnah.
Bahkan selepas itu Ahmadinejad President Iran pula mengatakan, bahkan Israel kecil juga akan musnah.
Jadi pertemuan Matahari dan Bulan dalam surah al-Qiyamah jelas menunjukkan bahawa umat Islam, Negara-Negara Timur serta sebahagian Negara-negara Eropah ketika ini bersatu menentang Israel dan Amerika samada dengan bentuk politik, ekonomi ataupun perundangan.
Bahkan bukan itu sahaja mungkin peperangan akan berlaku jua pada ramalan penulis pada awal tahun 2010, diantara umat Islam dan Yahudi. Kerana jika kita lihat awal muka pertama di Juzuk 10 dalam al-Qur’an, Allah swt menyatakan dalam surah al-Anfal ayat 41 hingga 45
41. Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqaan, yaitu di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
42. (Yaitu di hari) ketika kamu berada di pinggir lembah yang dekat dan mereka berada di pinggir lembah yang jauh sedang kafilah itu berada di bawah kamu. Sekiranya kamu mengadakan persetujuan (untuk menentukan hari pertempuran), pastilah kamu tidak sependapat dalam menentukan hari pertempuran itu, akan tetapi (Allah mempertemukan dua pasukan itu) agar Dia melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan, yaitu agar orang yang binasa itu binasanya dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang hidup itu hidupnya dengan keterangan yang nyata (pula). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,
43. (yaitu) ketika Allah menampakkan mereka kepadamu di dalam mimpimu (berjumlah) sedikit. Dan sekiranya Allah memperlihatkan mereka kepada kamu (berjumlah) banyak tentu saja kamu menjadi gentar dan tentu saja kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan itu, akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati.
44. Dan ketika Allah menampakkan mereka kepada kamu sekalian, ketika kamu berjumpa dengan mereka berjumlah sedikit pada penglihatan matamu dan kamu ditampakkan-Nya berjumlah sedikit pada penglihatan mata mereka, karena Allah hendak melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan. Dan hanyalah kepada Allahlah dikembalikan segala urusan.
45. Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.
Bahkan dalam awal hizib 10 dalam juzuk 5 pula Surah an-Nisa ayat 89 dan 91, Allah swt menyuruh memerangi orang Munafiq dan Orang-orang Kafir.
Selepas itu lihatlah pula, kejadian-kejadian yang berlaku sekarang antara Israel dan juga musuh-musuhnya.
Bagaimana sebahagian musuh-musuh Israel ketika ini iaitu Negara-negara Muslim sendiri beribu-ribu berarak ditengah jalan memanggil dan menyeru meminta Jihad dimulakan semula.
Kita juga pernah memasukkan sedutan rencana Israel hendak menyerang Iran selepas krismas.
Namun adakah perang betul-betul akan terjadi. Pada pengalaman penulis yang melihat perbandingan diantara al-Qur’an dan juga kejadian-kejadian yang berlaku, penulis hampir yakin bahawa Perang akan terjadi juga pada awal 2010. Namun samada besar atau kecil, penulis tidak tahu.
Jika peperangan tidak terjadi, penulis berpendapat, peperangan akan berlaku dari sudut yang lain. Mungkin dari sudut ekonomi, perundangan dan lain-lain.
Namun pada pendapat penulis, al-Qur’an tidak ditulis oleh Allah swt dengan sia-sia. Setiap kalimat dan ayat ada sahaja mukjizat yang Allah mahu tunjukkan kepada kita. Mukjizat-mukzizat itu selalunya tidak diketahui. Dan hanya selepas berlakunya sesuatu itu baru kita tahu dan dapat kita kaitkan dengan al-Qur’an.
Seperti mana gempa yang berlaku dipadang. Rupa-rupanya kaitannya dengan al-Qur’an ialah Jam berlaku gempa bukannya Tarikh semata-mata.
Mungkin mukjizat kali ini lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya. Namun hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi dengan kejadian-kejadian ini, kita semakin yakin dengan al-Qur’an dan semakin yakin dengan hari kiamat.
Ramalan 2012
Bersambung insya Allah… Wassalam.

















0 comments:
Post a Comment