Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Friday, November 20, 2009

Amat Penting: Penyakit Pelajar Ugama, Ulama dan Pembelajaran Ugama Masa Kini Dan Bagaimana Menyembuhkannya


السلام على من اتبع الهدى
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين على أممور الدنيا والدين،
والصلاة والسلام على أشرف الأنبيآء والمسلين وعلى آله وصحبه أجمعين ، وبعد

Penyakit-penyakit pelajar ugama, ulama-ulama dan juga pembelajaran ugama itu agak banyak jika kita tekun menyelidikinya. Namun hanya sebahagiannya sahaja mungkin dapat penulis berikan di sini untuk tatapan bersama dan untuk tujuan pengobatan jua. Kita mesti mengenali penyakit kita terlebih dulu agar senang dan mudah kita mengobatinya dan mengobati penyakit orang lain.

Ungkitan ini bukanlah untuk menghina dan bukan untuk membanggakan diri. Bahkan bukan untuk membuka pekong di dada. Tetapi hanyalah sebagai membangkitkan perasaan dan harapan masyarakat Islam ketika ini yang begitu mendambakan kebangkitan Islam dan kemakmuran masjid. Mudah-mudahan rencana ini ada baiknya.

Segala yang baik dari kata-kata ini adalah dari Allah swt jua. Dan segala yang tersilap dan tersalah adalah dari penulis. Oleh itu dengan rendah hati penulis memohon kemaafan yang tertinggi dari tuan-tuan.

Penyakit Pelajar Ugama

1. Belajar Bukan Untuk Amalan Tetapi Hanya Untuk Sijil

1.1. Kebanyakan pelajar ugama dan bekas pelajar ugama, baik yang berijazah maupun yang tidak, kebanyakannya tidak mahu menghadiri solat berjemaah di masjid.

Mereka mengemukakan berbagai alasan termasuklah kerana takut riya dan sibuk bekerja. Padahal Nabi Muhammad saw amat murka kepada sesiapa yang tidak mahu solat berjemaah ke masjid sehingga mahu membakar rumah-rumah mereka.

Padahal Nabi Muhammad saw, walaupun sesibuk mana sekalipun, walaupun baginda dalam masa peperangan, tetap menunaikan solat berjemaah.

Walaupun Solat berjemaah mengikut Qaul yang biasa diajarkan di nusantara adalah sunat. Namun perkara sunat inipun mereka tidak mahu mengejarnya.

1.2. Mereka juga tidak lagi menghafaz al-Qur’an atau mengulangi hafalan mereka itu. Jika di Tanya hafalan mereka, mereka dengan mudah mengatakan sudah lupa. Perkara ini sebenarnya mendatangkan dosa kepada pelajar-pelajar ugama tersebut.

1.3. Rupa mereka sama seperti pelajar-pelajar lepasan sekolah barat. Hal ini mungkin memudahkan mereka lupa diri dan mudah untuk berbuat maksiat. Mereka akan mudah bershopping di kedai-kedai dan makan di restoran tanpa rasa kekok walaupun ketika itu para jemaah masjid sedang bersembahyang fardhu.

Penyakit Ulama Masa Kini

1. Berpuak-Puak, Ta’assub Mazhab, Malas mendalami Ilmu mazhab lain.
2. Malas Beribadat, Lengah Dan Lalai.
3. Tidak gusar apabila melihat perkara yang mungkar dilakukan di depan mata.
4. Pandai Bercakap tapi tidak melakukan.
(mereka menggalakkan solat berjemaah itu pada orang awam, tapi mereka jarang melakukan)

5. Melakukan Perkara-perkara Syubhah.
6. Menganggap Remeh Perbuatan Baik
7. Mementingkan Dunia.
8. Tidak peduli terhadap perihal umat Islam, Terutama mengenai nasib mereka di akhirat.
9. Tidak bersikap tawaduk dan Pantang Di tegur.
10. Mudah resah, suka berbantah dan enggan mengalah.
11. Mencari Kerja Sepatutnya Mereka Dicari.
“Dalam hadis ada menyebutkan: Kami hanya akan memberikan pekerjaan itu ( mungkin hanya Gobenor / Hakim) kepada orang yang tidak memintanya” Au Kama Qal.

Kerana itu apabila dipilih, mereka terus sahaja bekerja menerima tanpa memberikan syarat. Sepatutnya hendaklah mengikut sunnah al-Qur’an yang diajarkan oleh Nabi Khidir. Iaitu agar kerajaan mahu mengikut kata-kata Ulama bukan ulama mengikut kata-kata kerajaan. Dan agar Kerajaan akan dapat bersabar dengan pandangan-pandangan Ulama. Bukannya bangkit dan marah-marah apabila ada isu-isu berbangkit dan seterusnya dengan sewenang-wenang menukar kepada orang yang mereka sukai. Jika semua ulama menerapkan tata cara yang di ajarkan oleh Nabi Khidir a.s. ini, maka seluruh ulama bahkan seluruh umat Islam akan selamat. Insya Allah.

12. Lebih Mementingkan kata-kata orang dari kata-kata Allah dan Hadis nabi Muhammad saw. Kebanyakan ulama takut dipecat, takut orang ramai marah, takut segala-galanya selain dari Allah swt. Perkara ini menyebabkan Qaul-qaul mereka kurang bermutu.

Sepatutnya Ulama jika hendak kaya, mereka hendaklah mendalami Ilmu pengetahuan dalam perniagaan. Atau dalam pekerjaan lain. Jadi mereka tidak akan takut dipecat walaupun mereka mengatakan perkara-perkara yang agak kurang menyenangkan masyarakat.

Penyakit Pelajaran Ugama Masa Kini

1. Pelajaran ugama tidak menyeluruh.

1.1. Pelajar Usuluddin, tidak begitu tahu mengenai keseluruhan mazhab-mazhab fiqh.
Padahal perkara ini penting untuk mengetahui pendapat siapakah yang paling baik.

1.2. Pelajar Syariah, tidak begitu tahu secara menyeluruh mengenai Ilmu tauhid. Perkara ini membuat kadang-kadang pelajar Syariah itu agak goyah imannya.

1.3. Pelajar yang tidak belajar di negera Arab. Agak lemah bahasa Arab mereka. Perkara ini ketara dari sudut bacaan mereka di masjid-masjid semasa mereka menjadi imam. Nampak benar mereka tidak faham bacaan dan doa yang mereka baca itu, dan kemudian memikirkannya dari segala sudut.

Sedangkan penulis yang belajar di Mesir lagi, dalam kitab-kitab tertentu tidak dapat penulis baca keseluruhannya, kecuali jika penulis buka kamus.


1.4. Pelajar yang bukan aliran Lughah (bahasa) tidak begitu pandai bahasa Arab. Perkara ini menyebabkan mereka sukar membaca kitab-kitab. Kebanyakan mereka lebih banyak membaca kitab-kitab yang telah diterjemahkan sahaja berbanding membaca kitab berbahasa Arab.

1.5. Pelajar-pelajar lepasan Ijazah tidak diterapkan dengan penjagaan Hafalan al-Qur’an seumur hidup. Hafalan al-Qur’an itu sepatutnya ditanai oleh pihak university untuk menjaga imej ulama keluarannya.

Walaupun Cuma 8 atau 15 juzuk sepatutnya setiap ulama keluaran mereka diwajibkan untuk mengulang hafalan setiap 1 atau 2 tahun sekali. Dengan adanya pemantauan tahunan ini, jika pada masa itu mereka sudah melupakan hafalan mereka. Maka ijazah mereka boleh ditarik balik dan gelaran mereka seperti Doktor falsafah, atau sarjana, atau sarjana muda boleh dilucutkan sementara.

1.6. Menurut Imam al-Gazzali, hati akan menjadi mati jika tidak belajar dalam masa 3 hari. Oleh itu pelajar-pelajar lepasan Ijazah ugama juga hendaklah diterapkan dengan pembelajaran seumur hidup sekurang-kurangnya 1 atau 2 minggu sekali. Jika mereka tidak datang kuliah dalam waktu tersebut, maka Ijazah mereka boleh ditarik balik.

1.7. Pelajar-pelajar Islam tidak boleh dibebaskan menggunakan pakaian sesuka hati. Kerana Nabi Muhammad saw sendiri telah menggariskan macamana pakaian orang Islam itu agar jangan berpakaian mengikut Yahudi atau Nasrani.

1.8. Pelajar Lelaki Perlu dipisahkan tempat belajar mereka dari pelajar perempuan. Ilmu itu nur. Lebih-lebih lagi ilmu ugama. Ilmu ugama tidak boleh dicampur dengan maksiat. Kalau tidak Ilmu akan melaknat pemiliknya. Percampuran antara lelaki dan perempuan adalah maksiat terang-terangan. Walaupun untuk belajar. Walaupun untuk sama-sama bekerja. Oleh itu jika Universiti Islam ingin memiliki Ilmu ugama yang tulin. Jika Universiti Islam ingin menerapkan hafalan al-Qur’an. Mereka mesti memisahkan university antara pelajar lelaki dan perempuan.


Cara-Cara Mengobat Penyakit Ulama


Setiap penyakit ada obatnya. Begitu juga penyakit ulama ketika ini.

1. Menjaga hafalan al-Qur’an. Dengan menjaga al-Qur’an Allah swt akan menjaga kita. Allah swt akan sentiasa bersama kita. Tanpa menjaga al-Qur’an, hidayah akan pudar, ulama akan terbiar.

Oleh itu untuk mempastikan perkara ini. Setiap Universiti Islam bukan sahaja perlu mempersyaratkan hafalan tertentu untuk berjaya mendapat sijil, bahkan setiap universiti Islam perlu mempersyaratkan agar hafalan itu kekal sepanjang hayat ulama atau pelajar tersebut. Oleh itu mereka perlu memanggil semula setiap pelajar-pelajarnya yang sudah belajar setiap tahun untuk ditasmik al-Qur’an mereka semula.

2. Rajin Mengikuti Majlis Ilmu. Setiap Doktor ada syarat lesen mereka, setiap Pilot ada syarat lesen mereka, setiap Konselor ada taraf lesen mereka. Inikan pula Ulama Islam. Adakah kita mahu membiarkan ulama-ulama kita itu hanyut?

3. Sering mengajar al-Qur’an, Hafalan al-Qur’an di masjid-masjid, berceramah dan sebagainya. Selain dari ditasmik. Sebagai pemudah cara dan pilihan yang lain. Pelajar atau ulama Islam boleh diberikan pilihan, samada mereka mahu ditasmik atau mereka sendiri yang mentasmik orang lain. Dengan cara ini insya Allah hafalan mereka akan terjaga. Selain itu mereka juga perlu berceramah di mana-mana atau sekurang-kurangnya menulis sebarang buku pada setiap tahun.

4. Sentiasa Mengamalkan Amal Saleh terutama Solat berjemaah di Majid-masjid. Masjid adalah gudang Nur dan Gudang rahmah dari Allah.

Dalam Hadis Nabi Muhammad saw ada menyebutkan yang tafsirnya kira-kira seperti berikut: Hendaklah kamu sentiasa berjemaah (solat Berjemaah) Tanpa berjemaah setiap orang akan mudah digoda Syaitan seperti mana kambing yang suka menyendiri akan mudah dimakan serigala.

Jika seorang Islam biasa sudah perlu untuk solat berjemaah di masjid. Maka inikan pula ulama.

Sanggupkah kita menggelar diri kita sebagai ulama atau ustaz atau orang yang tahu hukum syarak tetapi kita mengabaikan galakan yang amat di ambil berat oleh Rasulullah saw. iaitu Solat berjemaah di masjid.


Penutup

Jika sesebuah universiti Islam itu menanamkan semua pelajaran ugama yang ada kepada semua mahasiswanya. Bahkan mempersyaratkan mereka sentiasa berpakaian sopan seperti ajaran Rasulullah saw dan sentiasa mengerjakan solat berjemaah disetiap waktu di masjid walaupun setelah selesai belajar, kalau tidak ijazah akan ditarik. Maka saya yakin semua ulama keluaran universiti Islam akan menjadi ulama yang benar-benar tulin dan di hormati. Amin.

Maafkan penulis sekali lagi jika tulisan ini menyinggung perasaan tuan-tuan. Tujuan penulis hanyalah untuk menuju kebaikan belaka. Penulis tidak meminta dipuji. Bahkan penulis tidak meminta apa-apa. Penulis hanya mahu keredhaan Allah swt semata-mata dan keberkatan Ilmu yang diberikanNya kepada penulis. Amin.

0 comments:

Post a Comment

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat