Assalamu Ala Man Ittaba'a al-Huda
Kalau setahun 30660 orang anak Luar Nikah.
Subhanallah, Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun
Setiap sesuatu yang luar biasa ada hikmahnya jika kita penuh rasa prihatin dan bersikap bertanggung jawab. Kita juga perlu memikirkan semua aspek. Lebih-lebih lagi aspek kerohanian.
Semua cobaan adalah dari Allah swt jua. Sebenarnya dengan mendatangkan bala seperti ini, Allah mahu menguji dan menjadikan kita agar bersikap rendah hati serta tawaduk supaya mahu mendengar nasihat orang lain.
Oleh itu dengan keizinan tuan-tuan dan sengan rendah hati saya ingin menyatakan nasihat, inilah dia bahaya percampuran sekolah antara lelaki dan perempuan. Bahkan inilah juga iktibar kenapa Islam menggalakkan wanita itu berkerja di rumah sahaja dan menyuruh agar menutup muka dan berhijab.
Dan iniah dia bahaya hukuman hudud di ganti dengan takzir. Bahkan dengan penuh rendah hati dan dengan memohon ampun dan maaf, bukan untuk membangkitkan kemarahan tuan-tuan, saya ingin menyatakan bahawa inilah dia kesan sikap kita terhadap Wahabi.
Kita merendah-rendahkan dan marah pada Wahabi setelah mereka menegur kita, tanpa kita berikan ucapan yang terbaik pada mereka iaitu ucapan yang penuh Karamah, ucapan ajaib dan baik untuk orang yang memberi dan diberi , iaitu tidak lain selain ucapan Terima Kasih. Sepatutnya orang yang menolong, kita ucapkan terima kasih pada mereka. Lebih-lebih lagi jika mereka menolong untuk mengelakkan kita dari api Neraka.
Lihatlah Arab Saudi yang ditadbir Ulama-Ulama Wahabi. Rakyat mereka tidak menderita dan takut seperti kita di Nusantara. Tiada kita dengar berita-berita gerun seperti ini. Namun yang sedihnya negara kita masih memandang bahawa pegangan kitalah yang lebih betul dari mereka. Kit tidak tawaduk kepada mereka. Kita memandang pandangan mereka kurang betul.
Pada penulis, Karamah tempat tersebut iaitu Baitullah dan Masjid Nabawi sucah cukup untuk menjaga hati mereka, pemikiran mereka, mazhab mereka dan undang-undang mereka dari menyeleweng.
Oleh itu penulis dengan rendah hati dan hormat menyatakan bahawa penulis yakin bahawa mazhab Hanbali yang mereka ikuti dan undang-undang serta peraturan-peraturan yang mereka amalkan adalah lebih baik dari mazhab yang kita ikuti.

Kalau kita mahu menghentikan kelahiran anak luar nikah, pada pendapat saya, kita tiada jalan yang lebih baik dari menukar sekolah-sekolah kita kepada menjadi sekolah yang berasingan antara lelaki dengan perempuan. Selain itu menggalakkan wanita agar berhijab dan berkerja di rumah.
Jika kebanyakan wanita berkerja dirumah. Masalah mencari kerja tidak ada pada sesebuah keluarga. Kerana kerja masih banyak menantinya. Perkara ini juga boleh mengurangkan perceraian dan keganasan rumah tangga. Kerana keganasan rumah tangga selalunya terjadi disebabkan cemburu buta dan isteri berani melawan suami kerana mereka sudah ada pekerjaan sendiri dan mereka tidak takut bercerai dan amat marah bila ditegur walaupun dengan hanya teguran jangan balik lewat. Selain itu yang paling banyak menyebabkan perceraian ialah kerana suami tidak ada pekerjaan. Oleh itu jika isteri-isteri di galakkan bekerja di rumah, Insya Allah bahkan penulis yakin bahawa pada pendapat penulis perceraian dan penderaan rumah tangga akan berkurang. Sebenarnya dengan rendah hati penulis katakan, bahawa penulis selalu melihat dan menganalisa perkara ini di Mahkamah Syariah Brunei.
Selain itu kita juga tiada pilihan lain selain daripada menggunakan hukum Syarak yang sebenar-benarnya iaitu hudud.
Mengenai dengan mereka yang pernah melakukannya sebelum hudud diperundangkan, tidak perlu di hukum. Yang penting kita hukum ialah mereka yang melakukan jenayah itu selepas Hudud dilaksanakan.
Jika kita membuat seperti ini, Insya Allah swt, kita tidak perlu takut lagi jika isteri kita itu keluar rumah. Kita tidak perlu takut lagi meninggalkan mereka berhari-hari atau berbulan-bulan di tanah air. sedangkan kita terpaksa keluar negara untuk mencari sesuap nasi. Dan kita tidak perlu takut lagi untuk menyekolahkan anak-anak kita agar jangan sampai terjadi seperti ini.
Sebenarnya peraturan-peraturan yang Allah berikan itu bukanlah untuk menyusahkan kita. Tetapi untuk menyelamatkan kita. Kerana Allah swt amat sayang kepada kita. Wassalam.

2 comments:
Tuan, bertaklid kpd Hambali bisa saja & ini bukan soal marahkan wahabi ke atau apa sahaja. Memang benar hudud wajib ditegakkan. Yang kita cari bukan titik perbezaan tetapi titik pertemuan. Namun agama adalah mengenai kebebasan utk membuat pilihan dan wahabi tidak demikian jalannya.
Terima Kasih kerana memberikan ulasan.
Saya juga tidak begitu setuju dengan cara wahabi menegur orang yang kadang-kadang bersifat seperti penghinaan.
Namun saya juga tidak begitu setuju jika kita terlalu mengikut hati untuk bebas begitu sahaja tanpa ada dasar yang berhujjahkan syara'.
Setiap kali saya menunaikan ke mekah. saya akan diuji oleh Allah dengan teguran-teguran Wahabi yang menaikan darah saya. Dan ada pula yang saya fikir melucukan.
Ada juga teguran yang saya ucapkan terus terima kasih walaupun saya tidak setuju. Namun bila balik ke bilik saya buka buku, ternyata kata-kata mereka betul. Saya bersyukur kerana Allah swt menunjukkan kepada saya jalan yang benar. Al-Hamdulillah.
Namun ada juga teguran yang saya fikir betul. Tetapi entah darimana orang itu tahu saya telah ditegur oleh orang lain, tiba-tiba ada seorang yang lain pula dengan membawa kitabnya datang dan duduk disebelah saya dan mengatakan bahawa teguran itu salah. Tempat itu sungguh Ajaib sekali bagi penulis. Maka lagi tinggilah kesyukuran saya kepada Allah.
Oleh itu perkara inilah yang menjadi pegangan saya. Jika kita Ikhlas, dan bermujahadah, maka insya Allah swt kita akan dibantu oleh Allah. swt.untuk menuju kebaikan dan kebenaran.
Namun janganlah menolak kebenaran kerana melihat siapa orang itu atau cara orang itu berkata-kata. Tetapi terimalah suatu kebenaran itu kerana ianya benar walaupun ia dari seorang budak ataupun musuh.
Yang baik dari Allah dan yang salah dan silap adalah dari saya sendiri. Wasalam
Post a Comment