السلام على من اتبع الهدى
Tengah hari tadi hujan lebat mencurah-curah, jalan-jalan raya di sekitar Bandar Seri Bagawan di penuhi limpahan air hujan. Rahmat dan Ujian dari Allah bagi setiap insan. Adakah kita mahu mengingat atau melupakan Tuhan? Adakah kita mahu Allah menangguhkan amaran bagi kita hingga ke akhirat untuk menerima siksaan dan balasan? Pun jua amat menakutkan penulis, adakah penulis mempunyai dosa bebanan?
Setiap kata nan baik dalam warkah ini hanyalah dari Allah. Namun yang nan tersilap dan tersalah penulis mohon kemaafan. Rencana di senja ini penulis coretkan bagai anak kecil yang inginkan perhatian. Mana semua warga muslim yang hamba dambakan. Adakah mereka telah lalai dan alpa dengan adanya setetes manisan? Adakah mereka tidak mahu mengenang jasa Pemberi Yang Maha Hartawan. Allah Tuhan seru sekalian alam.
Hamba yang kerdil ingin menyelinapkan selembar harapan. Kedalam lubuk hati sanubari yang amat dalam pada setiap penerima pampasan zakat bulanan. Agar mereka bukan nan sahaja diberikan harta sebagai habuan. Namun nan laila penting bahkan ilmuan dan kerohanian. Ilmu dan amali Ugama di letak di puncak garisan.
Panggil dan himbaulah mereka dari seluruh pelusuk rantau tanah air. Agar mereka dapat belajar sejarah sendiri. Kenapa tersepit ditengah hari? Kenapa hutang memakan diri? Bagaimana pula cara menghindari agar tragedi tidak terjadi lagi? Bagaimanapula cara berdikari, untuk menjana diri sendiri dan untuk suapan nafkah kaum famili? Bolehkah mereka hidup sendiri selepas kuliah setahun diberi?
Agar hikmah rohani bersinambungan. Letakkanlah pampasan sebagai persyaratan. Jangan diberikan pampasan jika mereka tidak hadir memasuki dewan. Jika mereka hadir maka tulislah tanda tangan.
Jika hikmah tidak ditanamkan pada setiap penerima pampasan, hamba yang hina amat kerisauan. Mana mungkin mereka akan sedar pada dari penyakit lupa diri. Bila harta sudah ada di tangan. Bila mengeluarkan wang semudah memetik jari.
Semoga ada baiknya coretan ini. Dan mohon maaf jika tuan-tuan ti dak suka membaca tulisan berbentuk puisi. Namun yang penting bukanlah senikatanya. Tetapi maknanya. Semoga maknanya itu yang digunakan.Semoga penerima pampasan zakat nanti tidak akan menggunakan wang pampasan mereka sesuka hati. Dan semoga mereka akan lebih dekat kepada Allah swt dengan adanya bengkel kerohanian itu dan semoga Negara Brunei akan tetap makmur dan damai. Amin.

















kenapa orang yg sama sahaja yg komen?
ReplyDeleteBismillah: Saya tidak faham apa yang kamu komen, bolehkah anda jelaskan lebih lanjut pada saya apa maksud komen anda?.
ReplyDeleteSetiap blog ada peminatnya. Bagi saya, ada beberapa blog yg saya ikuti. Kat dashboard biasanya dipaparkan latest artikel dari mana2 blog yg sy folow. Jd bila tgk ada artikel baru, sy baca dan komen. memandangkan blog yg sy minati seperti mistisfiles tengah senyap, sy rajin ikuti dan komen kat blog lain spt blog ini, abatasa, akhzaman dan byk lagi.
ReplyDeleteAku rasa ni benda normal kat semua blog yg aktif. Takkan pembaca mesti komen kat mana2 blog yg diminati SEKALI seumur hidup?
Masa mistisfiles masih aktif, byk aku komen dengan identiti atau topeng sbg anon atau beberapa nick. Tiada peraturan setiap orang wajib pakai hanya satu nick. walaupun pakai beberapa nickname, aku tak berpura-pura. Aku tetap pakai style yg sama untuk nick yg lain. Tapi skrg sejak ada akaun google ni, aku dah tidak atau jarang pakai nick lain. Kat blog ini aku hanya komen guna nick pencari7rahsia dan anonymous sahaje...
p/s: kepada Anonymous Feb 7, 2012 08:55 AM Ada cara ke untuk mengenal identiti yang sama untuk nick atau anon yg mengomen? Tolong ajar?