Allah swt memerintahkan kita agar berbakti kepada Ibu Bapa kita. Semua kita telah tahu apakah hukum berbakti kepada orang tua? iaitu hukumnya adalah wajib. Allah swt tidak akan menerima amal seseorang itu jika ia derhaka pada Ibu bapanya.
Selain dari ibu bapa yang sebenar, guru juga merupakan ibu bapa kepada murid-muridnya. Di dalam Islam, taraf guru disamakan dengan ibu bapa, kerana peranan mereka yang amat tinggi. Tanpa guru siapalah kita.
Begitulah juga ulama, merekalah guru kita dalam bidang keugamaan, mereka jugalah ibu bapa kita dalam soal kerohanian. Tanpa mereka siapalah kita. Tanpa bimbingan mereka tentu kita telah hanyut dibawa arus kesesatan.
Oleh itu kita hendaklah juga berbakti pada ulama sebagaimana kita wajib berbakti pada orang tua kita.
Cara Berbakti Pada Ulama
Apabila seseorang ulama itu masih hidup, maka sudah tentu tanggung jawab kita pada mereka adalah sama seperti tanggung jawab kita pada ibu bapa kita.
Selain dari bercakap baik dan lembut pada mereka, kita hendaklah sentiasa memberikan mereka nafkah, jika mereka tidak mampu.
Jika kita mampu, kita hendaklah menziarahi mereka selalu. Lebih-lebih lagi jika mereka sentiasa memberikan kuliah dan ceramah.
Jika mereka memerintahkan sesuatu kita hendaklah patuh pada arahan-arahan mereka. Jika mereka memberikan nasihat, maka hendaklah kita dengar nasihat mereka. Jika mereka sakit hendaklah kita rawat. Jangan bercakap kasar pada mereka dan lain-lain, sama seperti cara kita kepada ibu bapa kita.
Janganlah ada pihak yang mencela dan mencaci ulama-ulama mereka, hanya kerana ulama mereka itu tersilap kata dan atau tersilap langkah. Berkata kasar pun jangan sekali-kali. Kewajipannya memang sama seperti kewajipan kita kepada ibu bapa.
Hormati dan sayangilah mereka seperti kita menyayangi ibu bapa. Mudah-mudahan dengan penghormatan dan kasih sayang kita itu, hidup kita akan diberkati oleh Allah swt. sama seperti kalau kita mentaati kedua ibu bapa kita. Amin.
Cara Menolak Qaul Ulama Yang Bertentangan Dengan al-Qur’an Dan Sunnah
Setiap insan itu tidak terlepas dari kesilapan. Ibu bapa kita tidak lepas dari tersilap. Kita juga sering tersilap. Oleh itu jika nasihat ulama itu bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi Saw, maupun Ijma’ ulama, maka cara kita menolak kata-kata ulama juga sama dengan cara kita berkata-kata dengan ibu bapa kita, apabila ibu bapa kita tersilap nasihat.
Berkatalah pada ulama itu dengan baik bahawa kita tidak dapat menurut kata-kata atau nasihat mereka kerana ianya bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah. Kalau tidak dapat berkata-kata dengan baik, maka hendaklah diam sahaja.
Jangan lupa doakan mereka untuk kembali kejalan benar. Bahkan jangan lupa berdoa untuk diri kita sendiri, keluarga, rakan-rakan agar tidak mengikut jejak mereka. Dan janganlah mencela mereka dengan celaan yang tidak baik. Lebih-lebih lagi jangan mengkafirkan ulama itu.
Jika Fatwa Seorang Ulama Boleh Membawa Kufur
Namun jika fatwa ulama itu boleh menyebabkan kekufuran, kita terpaksa mengatakannya juga bahawa fatwa itu boleh membawa kekufuran. Tapi sekali lagi ingat. Jangan kita kata mereka itu kafir.
Kita perlu mengatakan bahawa fatwa mereka boleh membawa kekufuran. Sebabnya ialah agar umat Islam, saudara mara, rakan-rakan kita tidak menurut kata-kata yang membawa kekufuran dari ulama tadi. Namun kita hendaklah jangan sampai mencela dan mengkafirkan ulama itu.
Bukankah jika kita mencela ibu bapa orang lain, maka ibu bapa kita sendiri juga akan dicela. Maka bila kita mencela ulama yang kita tidak suka, maka ulama yang kita sayangi juga akan dicela.
Nabi Muhammad saw ada bersabda agar kita jangan mencela bapa kita sendiri dengan mencela bapa orang lain.
Bukankah Allah juga telah menyebut dalam al-Qur’an agar jangan mencela orang kafir, kerana mereka akan mencela Allah swt tanpa mereka sedari.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 108:
108. Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
Oleh itu selain menjaga kehormatan ugama Islam, kita hendaklah juga menjaga kehormatan ugama lain. Dengan menjaga kehormatan ugama lain. Maka kita akan turut berbakti pada Ulama.
Apabila kita perlu menjaga kehormatan ugama lain. Maka bagaimanakah pula kehormatan mazhab-mazhab lain dalam Islam. Maka sepatutnya mereka lebih lagi layak kita hormati. Maka menghormati mazhab-mazhab lain ini pun juga sebenarnya adalah temasuk kepada berbakti kepada ulama mazhab kita sendiri.
Ingati Jasa Ulama Sebagaimana Mengingati Jasa Ibu Bapa
Jika ulama itu berbuat salah sedikit dalam berfatwa, maka ingatkanlah jasa-jasanya selama ini pada kita. Jasa-jasa mereka hampir sama seperti ibu bapa. Malah setengah ibu bapa ada yang membawa ke neraka.
Hendaklah kita tanam dalam benak kita, bahawa walaupun para ulama itu tidak semuanya baik, tetapi purata mereka adalah hampir semuanya berniat baik.
Namun walaupun mereka berniat baik, maka setiap manusia mempunyai kesalahan.
Sabda Nabi Muhammad saw:
Setiap kamu mempunyai kesalahan.
Maka jika mereka tersilap, jangan kita kata mereka kafir. Berdosa hukumnya jika kita mengatakan ulama itu kafir. Jika mereka tidak senghaja, maka tentu kata-kata itu balik kepada kita. Sebaliknya doakanlah mereka agar kembali kejalan benar.
Bahkan sebenarnya tidak banyak ulama yang BETUL SEMUA fatwa-fatwa mereka. Kerana itu kebanyakan fatwa ulama itu berlainan antara satu dengan lain. Ulama-ulama yang BETUL SEMUA fatwanya hanya sedikit sahaja. Mungkin hampir tidak ada.
Oleh itu kita sebenarnya perlu amat berhati-hati pada setiap fatwa. KITA TIDAK BOLEH MENOLAKNYA ATAU MENERIMANYA MENTAH-MENTAH. TETAPI KITA PERLU MENGKAJI SEMUA FATWA ITU DENGAN TELITI SEBELUM MENERIMANYA DENGAN YAKIN ATAU MENOLAKNYA DENGAN HORMAT.
Kerana untuk membuat fatwa yang betul bukan perkara mudah. Banyak rintangan yang perlu dijalani. Antaranya ialah rintangan penguasa. Salah satu rintangannya yang paling besar yang berhubung dengan penguasa ialah mengenai gaji atau ganjaran upah memberi fatwa yang penguasa berikan.
Kebanyakan penguasa amat suka menukar-nukar mufti mereka kepada mufti yang menyokong kata-kata mereka. Mana-mana mufti yang menolak cadangan mereka akan mereka singkirkan.
Oleh itu perkara ini kita serahkan sahaja kepada Allah swt. Allahlah yang lebih tahu menilai iman seseorang. Bukannya kita.
Bagi tuan sendiri, kalau tuan berilmu al-Qur’an dan hadis serta Ijma’ Ulama serta tahu bagaimana cara ulama membuat fatwa, maka tuan wajib melakukan mengikut apa yang tuan yakini betul. Selain itu tuan juga hendaklah menegur ulama itu. Kerana hukumnya adalah wajib fardhu kifayah menegur ulama yang tersilap.
Tanpa teguran tuan, maka semua manusia akan berdosa. Tetapi jika tuan telah menegur dan Ulama itu tidak menurut teguran. Maka kita serahkan kepada Allah swt. sahaja. Kerana Allah swt lebih tahu segala-galanya. Maafkan mereka dan doakan mereka dan doakan umat Islam agar kembali kepangkal jalan.
Cara berbakti kepada ulama, jika ulama itu sudah meninggal dunia
Seperti juga ibu bapa, jika ulama meninggal dunia, kita hendaklah mendoakan mereka, bersedekah untuk mereka, membaca al-Qur’an untuk mereka. Yang terpenting sekali bagi mereka ialah apabila kita mengamalkan ajaran-ajaran mereka.
Bukankah Ilmu yang bermanfaat itu merupakan sebagai suatu yang tidak ternilai yang boleh kita warisi dari para ulama. Kalau kita panjangkan Ilmu mereka kepada orang ramai dan generasi seterusnya, maka bukan sahaja ulama tersebut akan dapat pahala yang tidak kunjung habis, bahkan kita juga nanti akan dapat pahala dan ganjaran yang tidak kunjung habis itu.
Oleh itu ingatlah jasa-jasa ulama itu semasa mereka hidup. Ingatlah jika tidak ada mereka, mungkin masyarakat mereka pada masa itu akan hancur. Mungkin kita juga akan turut hancur lebur.
Oleh itu mereka sama seperti ibu bapa kita, bahkan jauh lebih baik. Kerana mereka amat berharap dan mahu membawa kita ke Syurga. Sedangkan sesetengah ibu bapa itu, mahu membawa anaknya ke lembah neraka. Wa iya Dzu Billahi Minzalik.
Maka jika kita lihat pendapat mereka itu bertentangan dengan al-Qur’an, sunnah dan Ijma’ ulama. Maka berdoalah untuk mereka agar dosa mereka diampunkan. Berdoalah juga agar umat manusia yang mengikut pendapat mereka itu kembali kejalan benar, seperti mana ajaran al-Qur’an dan Sunnah.
Kerana dengan berdoa agar pendapat mereka yang salah itu tidak digunakan lagi, maka akan terhapus jugalah kesilapan mereka itu.
Bakti manakah yang lebih baik untuk ulama selain dari mendoakan kebaikan untuk mereka di akhirat, mengikut ajaran mereka yang betul dan menghalang manusia dari menuruti kesilapan mereka.
Jangan Menganggap Ulama Seperti Tuhan
Sesiapa yang mengambil manusia yakni apa-apa sahaja selain daripada Allah s.w.t. sebagai hakim dalam mentaati suruhan dan larangan secara mutlak, menghalal dan mengharamkan mengikut kesukaannya, malah memberikan ketaatan kepada perkara yang tidak sepatutnya walaupun menghalalkan perkara yang haram seperti zina, arak, judi dan sebagainya, maka dia telah membuang hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t..
Mengharamkan perkara yang halal seperti talak, poligami dan sebagainya. Atau dari sudut menolak kewajipan-kewajipan seperti sistem khalifah, zakat, amal makruf dan nahi mungkar dan sebagainya.
Pada hakikatnya, mereka telah mengambil tuhan yang lain selain Allah s.w.t. sebagai hakim dalam menetapkan segala peraturan dan urusan hidup walaupun pada zahirnya, mereka tidak menyembahnya.
Perkara sebegini ada disebutkan di dalam Al-Quran. Allah s.w.t. berfirman di dalam Surah At-Taubah ayat 31:
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan mereka (kaum Nasrani) mengambil para rahib mereka sebagai tuhan sedangkan mereka (kaum Nasrani) tidak pernah menyembah mereka (rahib) sebagaimana orang-orang musyrik menyembah berhala secara jelas?
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tirmizi dan Ibn Jarir daripada kisah pengislaman ‘Adi bin Hatim At-Toey. Pada zaman jahiliyah beliau ialah seorang kristian sebagaimana kaum Nasrani yang lain. Suatu hari beliau datang ke Madinah. Maka beliau pun memberitahu hajat kedatangannya ke Madinah kepada orang ramai. Maka beliau pun menuju ke tempat untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Apabila menghadap Rasulullah s.a.w., maka Rasulullah s.a.w. mendapati terdapat di lehernya lambang salib yang diperbuat daripada perak. Baginda pun membacakan firman Allah s.w.t. :
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam….
Maka berkatalah ‘Adi bahawa sesungguhnya mereka (orang-orang Nasrani) tidak menyembah rahib mereka. Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa orang-orang Nasrani menjadikan rahib mereka sebagai tuhan? Lalu baginda s.a.w. menjawab kembali : benar (mereka tidak menyembahnya). Akan tetapi rahib-rahib mereka menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal. Mereka mengikutinya, maka hal ini adalah serupa dengan menyembahnya.
Oleh itu marilah kita beringat-ingat dengan sepenuh hati kita, bahawa dalam hadis di atas Rasulullah saw melarang kita dari mencontohi umat Yahudi dan Nasrani dengan menjadikan Ulama sebagai Tuhan mereka. Lalu apabila Para Sabahat bertanya, bagaimanakah menjadikan ulama sebagai Tuhan. Rasulullah saw bersabda iaitu dengan menerima segala fatwa mereka walaupun fatwa itu salah.
Kerana menerima fatwa yang salah, jika kita tahu ia salah atau kita terima sahaja tanpa pemeriksaan yang teliti adalah seperti menganggap fatwa itu datangnya dari Allah. Sedangkan fatwa yang salah itu bukan dari Allah swt. Tetapi dari ulama itu sendiri.
Oleh itu orang yang mengambil fatwa yang salah sedangkan ia tahu fatwa itu salah, atau mengambil fatwa tanpa usul periksa yang teliti adalah seperti mengganggap ulama itu sebagai Tuhan.
Fenomena Sekarang Bagaimana Sebahagian Ulama Dianggap Tuhan
Kita selalu dikejutkan oleh, pensyarah-syarah yang sering mengagungkan seseorang ulama sehinggakan, apabila suatu pertikaian berlaku, pensyarah itu hanya mengatakan bahawa fatwa itu dari mufti itu, mufti ini, ulama itu ulama ini.
Kadang-kadang fatwa itu jelas bertentangan dengan al-Qur’an Hadis dan Ijma’ ulama. Sedangkan mereka tidak pula mengkaji, betulkah ataupun tidak cara mufti itu atau ulama itu memberi fatwa?.
Bukankah cara seperti itu seperti mendewakan atau mempertuhankan ulama?

Kerana kita telah menerima fatwa yang kita tahu salah ataupun kita terima sahaja tanpa usul periksa.
Mengapa tidak dikaji dengan teliti suatu fatwa itu semasa memberikan fatwa itu semula?
Sedangkan Dalil yang lebih penting untuk diberikan kepada Masyarakat bukanlah nama Mufti itu dan Mufti ini, ulama itu dan ulama ini, tetapi ialah ayat al-Qur’an dan juga hadis dan cara-cara ia mentakhrij al-Qur’an dan hadis tersebut sebagai Ilmu dengan menggunakan Ilmu Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh.
Apabila suatu pendapat itu semua sudah lengkap dengan al-Qur’an, Hadis, Ijma’ Ulama, dan cara-cara mengeluarkan fatwa itu, maka barulah boleh kita baleh menggunakan Qaul-Qaul ulama tertentu. Itupun jika Qaul itu tidak berlawanan dengan al-Qur’an dan Hadis. Jika berlawanan maka Qaul itu hendaklah kita tolak dengan hormat dan sopan.
Namun sekali lagi penulis ingatkan, sebagai membalas bakti ulama yang tersilap pendapat, agar kita jangan lupa mendoakan ulama itu agar ulama itu diampunkan dosanya oleh Allah swt, dan jangan lupa untuk berdoa agar umat Islam tidak mengikut pendapat itu lagi.
Salah Satu Kesilapan Ulama Paling Besar
Salah satu kealfaan ulama paling utama ialah, kefardhuan solat lima waktu secara berjemaah.
Apakah Hukum Solat Lima Waktu berjemaah?
Banyak ulama Mazhab Syafie yang mengatakannya hanya sunat sahaja. Dan ada pula yang mengatakan wajib, tetapi hanya fardhu kifayah.
Sedangkan Mazhab-Mazhab lain umpamanya Mazhab Hanafi mengatakannya Wajib, tetapi tidak fardhu. Setiap orang Islam adalah berdosa jika tidak mengerjakannya.
Tidak fardhu bermaksud tidak menjadi kafir kalau tidak solat berjemaah. Tetapi oleh kerana wajib, maka siapa yang meninggalkannya berdosa besar.
Manakala Mazhab Hanbali pula mengatakannya Wajib Fardhu Ain. Ianya juga berdosa kalau ditinggalkan.
Imam Syafie sendiri, mengatakan bahawa ia tidak mengharuskan solat bersendirian. Sila lihat dalam Kitab al-UMM.
Imam Malik pula tidak mengeluarkan sebarang fatwa, tetapi hanya mengeluarkan hadis Nabi Muhammad saw, bahawa Nabi Muhammad saw hendak membakar rumah-rumah orang yang tidak bersolat fardhu berjemaah. Sila lihat dalam kitabnya Al-Muwatta.
Oleh itu sebenarnya Solat Fardhu Lima adalah Waktu Wajib Fardhu Ain. Menurut Imam mazhab yang empat, iaitu jika kita teliti betul-betul.
Selain itu, solat fardhu berjemaah adalah sunnah Rasulullah saw. Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu secara berjemaah, walaupun dikala Baginda saw Musafir, bahkan semasa sakit sekalipun Baginda saw usahakan juga untuk berjemaah. Sunnah Rasulullah saw ertinya perjalanan hidup Rasulullah saw.
Sabda Rasulullah saw.
Siapa yang tidak mengikut sunnahku maka bukan dari golonganku.
Lalu apakah hukumnya jika kita tidak mengikut sunnah Nabi saw dalam solat berjemaah?. Maka tentulah kita tidak di iktiraf oleh Nabi saw sebagai umatnya.
Lalu apakah maksud tidak diterima jadi Umat Nabi Muhammad saw oleh Nabi Muhammad saw sendiri?
Maka cubalah tuan-tuan fikirkan apa hukum Solat berjemaah lima waktu?
Apakah pendapat tuan apabila Rasulullah saw hendak membakar rumah-rumah orang yang tidak mahu solat berjemaah di masjid?
Sebahagian ulama mengatakan bahawa rumah orang yang hendak dibakar itu adalah rumah orang munafiq.
Namun para sahabat Nabi semuanya Ijma’ mengatakan bahawa orang yang tidak solat berjemaah ke masjid itu adalah orang yang jelas kemunafiqannya.
Bukankah mengatakan hukuman membakar rumah hanya untuk orang munafiq itu terkena pada hidung ulama yang mengatakan bahawa solat fardhu berjemaah di masjid itu hanya sunat ataupun fardhu kifayah sahaja?
Namun untuk mengatakan seseorang itu adalah munafiq juga adalah sama hukumnya seperti mengatakan orang lain kafir. Jika mereka tidak seperti itu, maka ia akan balik kepada sipengata.
Oleh itu serahkan saja kepada Allah swt. kerana Allah swt sahaja yang dapat mengetahui hakikat hati mereka sebenarnya. Jangan lupa doakan keampunan untuk mereka, doakan keselamatan untuk diri kita, keluarga dan umat Islam.
Janganlah kita menjadi seperti sebahagian puak yang sering mencerca ulama-ulama tertentu. Tapi kalau kita terdengar mereka mencerca ulama itu dan ulama ini, janganlah pula kita salahkan mereka. Mungkin mereka hanya menurut tradisi. Mungkin mereka tidak tahu macamana berbakti pada ulama mereka sendiri.
Oleh itu jika kita dapat bercakap dengan mereka, katakanlah pada mereka dengan sopan dan berhemah agar mereka menyerahkan sahaja perkara itu kepada Allah swt, kerana bukankah Allah lebih tahu hati mereka dan hati ulama-ulama yang lalu itu?
Berbalik kita kepada kefardhuan Solat fardhu berjemaah di masjid.
Nabi Muhammad saw juga pernah menolak permintaan Ummi Abi Maktum yang tua dan buta untuk solat di rumah saja kerana tiada orang yang memimpinnya berjalan ke masjid. Pada mulanya Nabi Muhammad saw membenarkannya, namun Nabi Muhammad saw memanggilnya semula dengan bertanya samada Ummi Abi Maktum mendengar azan atau tidak. Bila Ummi Abi Maktum mengatakan ia mendengar azan, maka Rasulullah saw mengatakan ia tidak melihat sebarang kelonggaran padanya untuk meninggalkan solat fardhu berjemaah.
Oleh itu tuan-tuan fikirkanlah, samada solat tuan-tuan di rumah itu di terima atau tidak oleh Allah swt.?
Sekarang ini, kenderaan sudah ada, masjid hampir, azan kedengaran dari corong radio, Jam untuk menunjukkan waktu solat sentiasa ada ditangan. Masjid sentiasa berbumbung, bertail, berkarpet, di luar masjid beraspal. Alasan apa lagikah bagi tuan-tuan untuk tidak hadir solat berjemaah ke masjid?
Wasiat Penulis
Berbaktilah pada ulama seperti mana kita berbakti pada orang tua kita. Berbaktilah pada mereka dengan mengikut kata-kata mereka, perintah dan nasihat mereka.
Namun jika kita tahu mereka salah, maka hendaklah kita tolak mereka dengan sopan dan nasihati mereka dengan cara lembut. Doakan mereka, doakan diri kita dan keluarga dan umat Islam.
Berbaktilah pada mereka dengan menghormati ulama mazhab lain. Dan dengan menghormati ugama lain.
Marilah kita berbakti pada orang tua kita dan para ulama dengan bakti yang sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Allah swt akan memberi taufiq dan hidayahNya kepada kita semua. Amin.
Tolong sebar-sebarkan risalah ini. Wassalam, Wallahu Waliyuut Taufiq.
Segala yang baik dari Allah swt. Penulis memohon doa tuan-tuan, Mudah-mudahan Allah menerima amalan Penulis ini. Jika ada yang salah mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosa penulis. Amin. Dan Penulis mohon maaf dari tuan-tuan.
Mudah-mudahan Allah swt mengampunkan dosa kita semua, dosa ibu bapa kita, dosa-dosa ulama yang terdahulu dan sekarang hingga yaumul hisab, dosa orang-orang mukmin yang terdahulu dan sekarang hingga yaumul hisab. Dosa orang-orang Islam yang terdahulu dan sekarang hingga yaumul hisab. Semoga Allah swt menerima segala amalan kita semua orang-orang Islam, menerima taubat kita semua Islam, amalan yang dahulu dan sekarang dan hingga yaumul hisab. Amin.

0 comments:
Post a Comment