Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Wednesday, August 19, 2009

Tentera Dajjal: Pensatur Cuaca Dunia

السلام على من اتبع الهدى
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله ووصحبه وسلم ، وبعد،


Mungkin tuan-tuan ternanti-nanti untuk menunggu berita-berita yang semarak dari penulis dari huraian al-Qur’an dan juga bandingan perumpamanya dengan berita dunia hari ini.

Namun seberat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sebingung mana yang tuan rasakan maka mungkin penulis lagi bingung.

Kenapa penulis tidak bingung? Kerana penulis tahu benar bahawa apa yang penulis tulis ini sudahpun diketahui oleh sebahagian umat Yahudi dan sebahagian umat nasrani.

Mereka tahu dari kitab mereka sendiri Taurat dan Injil, bahawa kitab asli mereka itu walaupun sebahgian kalimatnya ditokok tambah, dibuang atau ditukar, tetapi penambahan itu hanya segelintir sahaja dan kitab mereka itu masih boleh dijadikan sebagai buku ramalan setiap hari.

Bahkan mereka juga telah melihat jauh di dalam al-Qur’an dan mengkajinya. Dan mereka telah lama mendapati bahawa al-Qur’an juga boleh menjadi kitab ramalan harian.

Jika tidak, masakan George HW Bush, melawat Israel pada awal tahun 1429H yang lebih kurang bertepatan dengan awal tahun 2008, dengan lawatan secara besar-besaran walaupun sebenarnya Bush pernah pergi berulang alik ke Israel sebelumnya. Sedangkan waktu itu, mengikut al-Qur’an ialah saat dimana Isra Mikraj di lafazkan di dalam al-Qur’an ( disebut pada awal hijib 29)

Semakin membingungkan penulis lagi bila penulis terbaca di laman-laman web dan blog, mengenai dengan kuasa dan cara-cara USA mengawal gempa, cuaca dan sebagainya.

Ditambah lagi dengan khayalan atau fantasia orang muda-muda sekarang, filem Shukur 21 yang sering dimainkan oleh anak penulis yang baru berumur 2 dan 4 tahun. Dongeng di mana kumpulan Raihan sudah menjadi kaya dan mampu memiliki sebuah Bandar yang berteknologi boleh mengawal cuaca. Subhanallah!

Darimanakah teknologi ini digarap? Bukankah dalam hadis Rasulullah saw ada menyebutkan mengenai dengan kuasa Dajjal yang boleh menurunkan hujan?

Jadi walaupun semua ramalan-ramalan yang termaktub dan tertulis di lembaran al-Qur’an menepati dan bertepatan segaris dan sejajar dengan musibah dan kejadian-kejadian petaka alam yang bersahut-sahutan di dunia ini, penulis tersasar arah hilang pedoman, sehingga amat lama penulis memikirkannya.

Pada ketika hilang arah itu penulis berpendapat, jika penulis menulisnya jua, mungkin penulis hanya akan menimbulkan suatu yang akan dikatakan oleh USA bahawa penulis hanya menulis dan menambah kehebatan USA pada pandangan orang Islam.

Bagaimanakah penulis dapat menjawab kata-kata mereka itu nanti, jika penulis berpendapat bahawa mereka akan mengatakan bahawa mereka berkuasa menurunkan sesuatu seperti peristiwa dan kata-kata yang termaktub dalam al-Qur’an sepanjang masa?

Al-Hamdulillah, jua sekarang ini dengan bertawakkal kepada Allah swt dan dengan perasaan takut kepada Allah swt penulis dapat menghuraikan kebingungan ini.

Memang umat Yahudi mengetahui kebenaran al-Qur’an. Memang mereka lebih kenal kepada Nabi Muhammad saw bahkan lebih dari anak mereka sendiri. Dan desas-desus bahawa Yahudi mempunyai teknologi canggih yang boleh mensatur cuaca memang benar, kerana teknologi mereka untuk menurunkan hujan dengan menyiram benih hujan keawan sudah sering kita saksikan dan kita lihat di kaca-kaca TV. Cuma yang perlu dibereskan ialah samada mereka boleh mengawal taupan, gempa dan sebagainya. Perkara ini belum dapat dipastikan lagi.

Walau bagaimanapun desas-desus kebenaran USA boleh mengawal cuaca tidak pula dapat penulis buktikan dalam penulisan ini, kerana penulis sendiripun tidak melihat sendiri bukti itu. Penulis hanya dapat membuktikannya dari yang penulis baca dari kitab al-Qur’an sahaja.

Contohnya di China tahun 2008 telah terjadi gempa. Gempa ini sebenarnya telah menyelamatkan ekonomi dan sambutan olimpik Bejing 2008. Kerana dengan gempa inilah manusia di dunia mula menyambut baik olimpik tersebut daripada memulaukannya kerana kekacauan yang berlaku di Tibet.

Jadi apabila gempa berlaku, China menunjukkan komitmennya kepada rakyat yang terkena gempa lalu, natijah dan hasilnya, China dihormati kembali dan sekaligus dikasihani. Olimpik Bejing 2008 kemudiannya berjaya dan seterusnya ekonomi China terselamat.

Namun banyak desas desus dan berita-berita dalam Internet penulis lihat menyatakan bahawa gempa itu adalah gempa terancang.

Penulis cuba melihat di dalam al-Qur’an, lalu penulis lihat dalam Surah al-An’am ayat 137 dan 140, umat Mushrikin memang dihiasi dengan perangai suka membunuh anak mereka sendiri. Manakala Surah al-An’am ayat 137 dan 140 adalah tepat pada juz 8 dan sebelum hizib ke 15 ½. Bermakna mereka telah merancang perkara itu pada masa itu.

Kemudian pada ayat 11 hingga 18 surah al-Ma’arij. Kita boleh melihat bahawa mereka benar-benar melakukan penyembelihan itu.

Manakala ayat 11 dan 15 surah al-Ma’arij bertepatan dengan juzuk 29 dan diletakkan dalam ½ hizib 57 sebelum hizib ¾. Jadi ayat ini bertepatan dengan tarikh berlakunya goncangan gempa di China. Iaitu terjadi sebelum masuk pertengahan bulan Mei 2008. Dan Gempa Bumi Di Sichuan benar-benar terjadi pada 12 Mei 2008.

Persoalannya bagaimanakah China boleh menggunakan kuasa USA. Mungkin China telah menerima tawaran USA untuk menggunakan kuasa gempa ini sebagai jalan penyelamat ekonomi dan penyelamat Negara mereka dari peperangan.

Lalu jika gempa ini kerja manusia, bagaimanakah pula penulis akan meletakkan al-Qur’an sebagai alamat kepada kejadian mala petaka yang akan menimpa manusia?

Bukankah perkara ini hanya akan menaikkan ego USA kerana dapat membuat suatu gempa yang dahsyat berlaku.

Namun al-Qur’an juga telah menyatakan bahawa segala kerosakan yang berlaku di muka bumi sebenarnya hanyalah perbuatan manusia sahaja semata-mata. Perkara ini diizinkan oleh Allah swt untuk mengembalikan manusia kejalan yang benar. Jadi bukan Allah swt sebenarnya yang menimbulkan gempa yang banyak itu. tetapi manusia semata-mata.

Lihat ayat 41 surah ar-Rum.

41. Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Kemudian penulis bandingkan pula dengan kejadian tsunami yang penulis lihat telah ditaqdirkan oleh Allah swt di dalam al-Qur’an dan juga kejadian-kejadian yang lain.

Semua kejadian-kejadian itu jelas menunjukkan bahawa manusialah yang bersalah dan amat patut dipersalahkan sehingga menyebabkan terjadinya bencana-bencana alam.

Namun walaupun sebahagian bencana dan mala petaka itu bukan diperbuat terus oleh tangan manusia, tetapi kemungkaran dan kedurjanaan yang disenghajakan oleh manusia setiap hari mengakibatkan malaikat-malaikat penjaga sesuatu kawasan yang menunggu masa saja lagi untuk meletus itu pun bangkit dari duduk dan meninggalkan mereka. Maka berlakulah bencana dengan izin Allah.

Gunanya kemalangan itu ialah agar manusia kembali kepada Penciptanya meminta pertolongan Allah menghindar bala yang menempik. Syaratnya hendaklah bertaubat setelah itu. Namun manusia kebanyakannya lupa untuk bertaubat apabila bencana telah sirna.

Kembali semula kepada cuaca yang diperbuat manusia beserta ramalan al-Qur’an yang telah diketahui oleh Yahudi sehingga merekapun telah melakukan perubahan cuaca mengikut jangka masa yang ditafsir dalam al-Qur’an ataupun mungkin jangka masa ramalan kitab mereka. Apakah faedah pengetahuan mereka itu?

Penulis yang pening memikirkan perkara ini mungkin dengan taqdir Allah swt dapat menjawab persoalan ini.

Bukankah Allah swt telah menjanjikan Surga dan Neraka untuk jin dan manusia? Bukankah Allah swt juga Maha Adil?. Keadilan Allah swt itu juga amat luas dan tidak dapat dibayangkan oleh sesiapapun.

Bukankah Allah swt juga telah mentaqdirkan setiap suatu yang ada didunia ini lebih awal sebelum kejadian langit dan bumi ini selama lebih kurang 50,000 tahun. Oleh itu setiap suatu yang terjadi adalah taqdir Allah swt. Oleh itu dengan adanya taqdir Allah swt ini. Bukankah Yahudi tidak dapat dipersalahkan. Kerana segala kesalahan yang mereka lakukan telah ditaqdirkan oleh Allah swt. Jadi apa gunanya Surga dan Neraka? Adakah hanya untuk menakut-nakutkan manusia sahaja?

Jawapannya tentu tidak. Nabi Muhammad saw pernah bersabda kira-kira bermaksud:

Bahawa semua orang akan masuk syurga kecuali jika orang itu enggan, ditanyakan sahabat, adakah orang yang enggan wahai Rasulullah, jawab Rasulullah siapa yang melakukan maksiat maka ia enggan.

Lalu dengan pengetahuan Yahudi dan kuncu-kuncunya terhadap ramalan Taurat, dan kitab al-Qur’an, maka tentulah mereka amat yakin tentang kebenaran Allah, Al-Quran dan Nabi Muhammad saw. Tetapi dengan keyakinan mereka itu, mereka masih mahu menentang Islam. Bahkan mereka sebenarnya bukanlah menentang Islam semata-mata, bagi penulis sendiri mereka sebenarnya menentang Allah swt. kerena mereka masih marah pada Allah kenapa Allah swt tidak menurunkan Rasul dari kalangan mereka.

Oleh itu mereka enggan dipimpin masuk kedalam ugama Allah, bahkan mereka enggan masuk syurga kerana kedengkian mereka dan marah mereka itu. Allahu ‘Alam.

Kerana itulah mereka lebih layak masuk neraka dari syurga walaupun mereka sebenarnya boleh masuk syurga jika mereka mahu. Kerana mereka masih ada pilihan untuk menahan perbuatan mereka sendiri. Namun oleh kerana mereka tidak mahu masuk syurga, dan mereka tidak mahu menghalang perbuatan durjana meraka. Bahkan tidak mahu mengaku salah jauh sekali meminta maaf. Maka nerakalah jawabnya.

Oleh itu pada pendapat tuan adakah Allah swt masih tidak adil jika mentaqdirkan Yahudi masuk neraka?


وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

Ah woe, that Day, to the Rejecters of Truth!

Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan.


Inilah kalimat-kalimat ayat yang penulis bingung sehinggalah penulis yakin bahawa Yahudi memang layak untuk masuk neraka.

Bahkan Allah swt telah menyatakan ayat-ayat di atas sebanyak 10 kali. Dalam surah al-Mursalat.

Surah ini memang kena pada hidung Yahudi kerana solat orang Yahudi tiada rukuk. Dan dalam surah ini juga menyatakan orang-orang yang mendustakan itupun tidak mahu rukuk.

Mereka bukan sahaja berdusta bahkan mereka mendustakan perkara yang mereka tahu adalah benar.

Di dalam surah ini juga menceritakan gambaran bagaimana Yahudi disuruh berlindung dibawah naungan 3 cabang. Mungkin ini gambaran tiga cabang salib atau tongkat firaun yang hampir serupa dengan salib. Atau mungkin gambaran mahkamah yang biasanya ada tiga peringkat pengadilan. Allahu ‘Alam.

Selain itu surah ini juga terletak dalam hujung juzuk 29. Diceritakan juga bagaimana api besar di hari kiamat terjadi. Gambaran api besar di hari kiamat ini bertepatan dengan kejadian pada hujung tahun 1429 Hijrah, di mana perang antara Gaza dan Israel terjadi.

Yahudi tahu perang ini akan terjadi. Bahkan mungkin merekalah yang merancang peperangan tersebut.

Oleh itu penulis bingung macamana mentafsir kejadian ini. Namun bila memikirkan dan melihat dengan jelas betapa layaknya Yahudi masuk neraka setelah enggan masuk syurga dan setelah mereka mengetahui dan meyakini kebenaran Allah, al-Qur’an dan Nabi Muhammad saw. Penulis merasa bersemangat semula menulis rahsia al-Qur’an ini.

Apabila terbuka rahsia ini, penulis pun dengan berlenangan air mata sambil berulang-ulang melafazkan ayat yang sama.

Marilah kita sama-sama melafazkan ayat ini berulang-ulang. Semoga dengan lafaz tersebut kit abaca berulang-ulang dengan banyak. Kejahatan Yahudi akan segera berkubur dari muka bumi ini. Amin!


وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ


Walaupun segala kejadian yang berlaku di dalam dunia ini termaktub di dalam al-Qur’an, dan walaupun Amerika berjaya mengawal cuaca, namun apabila Taiwan dan China ditimpa mala petaka ketika ini, penulis kuatkan semangat jua untuk menulis dalam blog ini mengenainya.

Namun penulis terpaksa menerangkan bagaimana persaturan Amerika terhadap cuaca dunia terlebih dulu dan bagaimana Amerika sebenarnya bukanlah pihak yang benar-benar mempunyai kuasa untuk mengawal cuaca itu.

Tetapi semuanya sebenarnya hanyalah mengikut keizinan Allah, taqdir Allah swt dan keinginan Allah swt jua.


وَمَا تَشَاؤُونَ إِلَّا أَن يَشَاء اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

But ye will not, except as Allah wills; for Allah is full of Knowledge and Wisdom.

30. Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Atau ertinya kira-kira bermaksud

Dan tiadalah kamu menginginkan sesuatu melainkan yang sedemikian itu diinginkan oleh Allah swt jua.

Memang betul kejadian mala petaka yang berlaku di Taiwan dan di China ketika ini terdapat dalam ayat ke surah al-Kahfi ayat 42:


وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِ فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ عَلَى مَا أَنفَقَ فِيهَا وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا وَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَدًا

So his fruits (and enjoyment) were encompassed (with ruin), and he remained twisting and turning his hands over what he had spent on his property, which had (now) tumbled to pieces to its very foundations, and he could only say, "Woe is me! Would I had never ascribed partners to my Lord and Cherisher!"

42. Dan harta kekayaannya dibinasakan; lalu ia membulak-balikkan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang ia telah belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata: "Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku."


Lalu apakah Taiwan dan China sebelumnya juga berbangga dengan kehidupan mereka seperti layaknya pemilik kebun yang ditimpa nasib malang setelah berbangga diri dalam surah al-Kahfi.

Memang betul, jika China, sudah banyak orang tahu bahawa kejatuhan yang melanda ekonomi dunia tidak meninggalkan impak yang besar kepada China. Begitu juga Taiwan. Setelah penulis melihat dalam web ekonomi mereka. Nampaknya Taiwan juga tidak mengalami nasib yang buruk dalam ekonomi mereka ketika kejatuhan ekonomi dunia. Bahkan mereka sebaliknya mengalu-alukan rakyat dari Negara besar China dan Negara lain untuk berkerja di Negara mereka. Sedangkan seluruh Negara yang lain sibuk mengawal dan mengurangkan pekerja. Apatah lagi membawa masuk pekerja asing adalah jauh sekali.

Kerana itu penulis khuatir, walaupun China dan Taiwan ditakdirkan mendapat mala petaka ketika ini. Penulis khuatir mala petaka itu sebenarnya diaktifkan oleh Saintis Amerika Yahudi yang penuh sifat kedengkian melihat kejayaan Taiwan dan China mengawal ekonomi mereka. Allahu A’lam.

Semoga tulisan penulis ini lebih dekat kepada kebenaran. Amin! Yang betul dari Allah, barang yang salah dan silap adalah dari penulis sendiri.











4 comments:

  1. masyaallah...doakan penulis terus kan mengkaji al-quran dan sebarkan nya...
    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. subhanallah,semakin yakin kita pada kitab Al quran...terima kaseh.

    ReplyDelete
  3. Bismillah: ZahirZ, Aaamiiin.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, pencils berkongsi ilmunya dengan baik...

    ReplyDelete

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat