Tahukah Tuan-tuan apadia bid'ah dalam solat berjemaah fardhu berjemaah?
Bid'ah ialah perbuatan sesat yang dilarang oleh Nabi Muhammad saw. Sesiapa yang mengerjakan bid'ah maka amalannya tidak diterima.
Bid'ah ialah perbuatan yang menyalahi dan tidak mencontohi perbuatan Rasulullah saw.
Sedangkan Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah walaupun ketika musafir. dan ketika Baginda tidak musafir baginda tidak pernah meninggalkan masjid keccuali ketika sakit.
Islam membenarkan kita melaksanakan apa sahaja perbuatan yang baik walaupun ia menyalahi perbuatan Rasulullah saw, namun hendaklah perbuatan itu dilaksanakan dengan alasan yang kuat dan terpaksa dan hendaklah tiada ulama yang membantah mengenainya.
Seperti solat Tarawikh berjemaah lebih dari 8 rakaat. Sedangkan Nabi Muhammad hanya melaksanakannya 8 sahaja secara berjemaah. namun di Zaman Umar r.a. Timbul kebimbangan melihat umat Islam yang solat sendiri-sendiri dan kurang kekhusukan mereka. lalu Umar r.a. mencadangkan agar Solat Tarawikh dibuat secara berjemaah 20 rakaat. Semua Umat Islam sebulat suara dengan cadangan Umar. Bukankah suara seluruh umat Islam itu adalah satu alasan yang kuat.
Pada hari ini. Kita dibelenggu dengan pemikiran barat atau sebaiknya kita katakan pemikiran Dajjal sehingga sukar untuk kita meneliti ilmu-ilmu ugama dengan baik dan mengamalkannya dengan berkesan. Solat fardhu berjemaah di masjid adalah salah satu contohnya. Solat berjemaah di masjid menjadi begitu berat walaupun kita tahu bahawa pahalanya amat besar.
Kenapa jadi berat? sebab kita takut rancangan TV terlepas? sebab takut tidak sempat main Squash atau Badminton? Bukankah semuanya ini ankara fitnah Dajjal. Bagi mereka TV atau sukan lebih penting dari masjid.
Pada zaman sahabat r.anhum, para sahabat sepakat bahawa siapa yang tidak solat fardhu berjemaah di masjid adalah munafiq dan menunjukkan tanda kemunafikan yang jelas. Sedangkan dalam hadis nabi yang sahih, sifat-sifat munafiq yang jelas itu hanya ada apabila seseorang bercakap dusta, khianat dan tidak amanah.
Dalam al-Qur'an sendiri juga ada menyebutkan di antara sifat orang munafiq ialah, mereka yang solat ke masjid hanya kerana menunjuk-nunjuk.
Dewasa ini, banyak kita lihat pegawai-pegawai ugama dari yang kecil sehingga yang sebesar-besarnya hanya akan nampak muka di masjid jika ada majlis-majlis besar.
Apakah Alasan mereka tidak mahu hadir ke masjid? mereka hanya menunjukkan kepada ketua mereka bahawa mereka hadir bersama apabila ketua mereka hadir.
Oleh itu mereka yang hanya mahu solat ke masjid bila hanya ada majlis-majlis tertentu adalah melakukan Bid'ah yang nyata dan kemunafiqan yang benar-benar nyata.
Allahu 'A'lam bissawab.
Nouman Ali Khan – Our Relationship with the Quran
-
Lecture given on May 18, 2012 in San Antonio,TX. Lecture begins with
insights from Surah Kahf, relating the downfall of a previous nation and
comparing it ...
5 days ago

















0 comments:
Post a Comment