Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Thursday, April 16, 2009

Politik Malaysia Disebut Dalam Kitab Al-Qur'an

IHSAN DALAM BERPOLITIK

NIAT PENULIS UNTUK MENAIKKAN UGAMA DAN BANGSA.

Dalam penulisan penulis ini, Penulis tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana parti politik, bahkan penulis ingin agar semua pihak bersatu padu dan menerima Islam sebagai tonggak yang akan menyokong mana-mana pihak yang hampir rebah.

Maka dengan cara ini sahajalah pada pendapat penulis ugama Islam dan umat melayu akan terus kekal berkuasa di Nusantara. Tanpa ada kekuatan dari kedua-dua aspek ini, pada pendapat penulis, kedua-dua pihak akan sama-sama rebah.

Bahkan lebih teruk dan merbahaya daripada itu, jika kedua-dua pihak asyek berbalah, bersalah-salahan, berejek-ejekan satu sama lain. Akhirnya pihak yang untung ialah ugama dan bangsa lain.

Penulis juga tidak berniat menghina mana-mana pihak. Kerana kata ulama’ jika berbuat kesalahan lalu kita tawadhuk dan tunduk serta mahu kembali lalu kita segera bertaubat kepada Allah swt, maka Insya Allah swt, Allah akan mengatakan kepada kita, Tidak mengapa Aku ampunkan kerana perkara itu sudah DITAKDIRKAN.

Namun kalau kita tidak mahu bertaubat kepada Allah swt, Maka Insya Allah swt jua, Allah akan murka kepada kita dan menyalahkan kita pada semua kesalahan yang kita lakukan, walaupun kesalahan itu kecil dan walaupun kita ada alasan yang kuat untuk melakukannya.

Barang siapa yang mahu bertaubat, Insya Allah swt, Allah akan menggantikan kesalahan yang telah dilakukannya itu dengan kebajikan.

Lihatlah bagaimana Nabi Adam a.s memakan buah khuldi. Lalu Nabi Adam a.s. bertaubat. Apabila Nabi Musa a.s. berdebat dengan Nabi Adam a.s. kerana menyebabkan manusia keluar dari syurga, Nabi Adam menang dalam perdebatan itu apabila ia mengatakan bahawa kesalahannya sudahpun ditakdirkan.


Siapa sangka kesalahan yang kita buat sebenarnya sudahpun ditakdirkan oleh Allah swt. Namun syarat yang penting untuk Allah swt tidak menyalahkan kita ialah, kita hendaklah segera bertaubat, dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu semula.


SARANAN PENULIS

Baliklah dan bertaubatlah semua kepada Ugama Allah, Patuhilah segala perintahnya dan jauhilah segala larangannya, Insya Allah swt , Allah akan menolong kita dalam semua hal.

At Taghabun - 64:16

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


So fear Allah as much as ye can; listen and obey and spend in charity for the benefit of your own soul and those saved from thecovetousness of their own souls,- they are the ones that achieveprosperity.

16. Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu[1480]. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.


IHSAN DALAM BERPOLITIK

Selain dari digalakkan berhemah dalam berpolitik, setiap ahli politik juga digalakkan untuk berbuat ihsan dalam berpolitik. Dengan azam untuk berlaku ihsan setiap ahli politik akan sentiasa ingat dalam hati mereka untuk melakukan yang terbaik. Kerana mereka tahu segala pekerjaan mereka diawasi oleh Allah swt pada setiap masa. Dicatit oleh malaikat dalam kitab catatan amalan. Oleh itu jika mereka melakukan kesilapan yang disenghajakan, mereka tahu mereka akan diperhitungkan semasa di akhirat nanti.


Janganlah dalam berpolitik itu menipu, memburukkan pihak lawan kecuali jika ada bukti yang jelas dan disabitkan di mahkamah bahawa seseorang itu adalah bersalah, kerana pihak lawan akan memburukkan kita semula dengan cara yang sama. Janganlah memberi rasuah. Janganlah memancing undi dengan janji yang tidak benar. Jangan menghina ugama lain kerana ugama lain akan menghina ugama Islam semula.

Hendaklah dalam berpolitik itu ikhlas, jangan berniat tidak baik, jangan hanya berniat untuk nama , pangkat atau mengumpul harta.

Tetapi tanamkanlah niat untuk membela Ugama, Rakyat dan Negara. Kita hendaklah juga sanggup berkorban semampu yang boleh dengan keringat dan wang ringgit, dan jika terpaksa hendaklah dengan darah sekalipun.

Berikanlah nasihat yang terbaik dan seterusnya contoh-contoh yang terbaik dari nasihat yang kita berikan.


POLITIK MALAYSIA DISEBUT DALAM KITAB AL-QUR’AN?

Mungkin pembaca tidak lagi terkejut jika penulis mengatakan bahawa politik Malaysia pun ada di dalam al-Qur’an. Ya memang betul politik Malaysia pun ada di dalam al-Qur’an.

Lihat surah al-Qalam. Surah tersebut terletak selepas surah al-Mulk, dalam juzuk 29, selepas hizib yang pertama.

Ertinya surah tersebut terjadi antara bulan pertengahan bulan rejab 1429 hingga hujung Rabi’ al-Awwal 1429. atau pertengahan Februari 2008 dan hingga hujung bulan Mac 2008.

Mari kita baca ayatnya:

~ 1 ~

ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
Nun. By the Pen and the (Record) which (men) write, -
1. Nun demi kalam dan apa yang mereka tulis,


~ 2 ~

مَا أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ

Thou art not, by the Grace of thy Lord, mad or possessed.
2. berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila.


~ 3 ~
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ

Nay, verily for thee is a Reward unfailing:
3. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.


~ 4 ~
وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

And thou (standest) on an exalted standard of character.
4. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.


~ 5 ~
فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ
Soon wilt thou see, and they will see,
5. Maka kelak kamu akan melihat dan mereka (orang-orang kafir)pun akan melihat,


~ 6 ~
بِأَييِّكُمُ الْمَفْتُونُ
Which of you is afflicted with madness.
6. siapa di antara kamu yang gila.


~ 7 ~
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Verily it is thy Lord that knoweth best, which (among men) hath strayed from His Path: and He knoweth best those who receive (true)Guidance.
7. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya; dan Dia-lah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.


~ 8 ~
فَلَا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ
So hearken not to those who deny (the Truth).
8. Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).


~ 9 ~
وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ
Their desire is that thou shouldst be pliant: so would they be pliant.
9. Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).


~ 10 ~
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ
Heed not the type of despicable men,- ready with oaths,
10. Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,


~ 11 ~
هَمَّازٍ مَّشَّاء بِنَمِيمٍ

A slanderer, going about with calumnies,
11. yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah,


~ 12 ~
مَنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ
(Habitually) hindering (all) good, transgressing beyond bounds, deep in sin,
12. yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa,


~ 13 ~
عُتُلٍّ بَعْدَ ذَلِكَ زَنِيمٍ
Violent (and cruel),- with all that, base-born,-
13. yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya,


~ 14 ~
أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ
Because he possesses wealth and (numerous) sons.
14. karena dia mempunyai (banyak) harta dan anak


~ 15 ~
إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
When to him are rehearsed Our Signs, "Tales of the ancients", he cries!
15. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: "(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala."


~ 16 ~
سَنَسِمُهُ عَلَى الْخُرْطُومِ
Soon shall We brand (the beast) on the snout!
16. Kelak akan Kami beri tanda dia di belalai(nya)


~ 17 ~
إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ كَمَا بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ
Verily We have tried them as We tried the People of the Garden, when they resolved to gather the fruits of the (garden) in themorning.
17. Sesungguhnya Kami telah mencobai mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana Kami telah mencobai pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahwa mereka sungguh-sungguh akanmemetik (hasil)nya di pagi hari,


~ 18 ~
وَلَا يَسْتَثْنُونَ
But made no reservation, ("If it be Allah's Will").
18. dan mereka tidak menyisihkan (hak fakir miskin),


~ 19 ~
فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِّن رَّبِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ
Then there came on the (garden) a visitation from thy Lord, (which swept away) all around, while they were asleep.
19. lalu kebun itu diliputi malapetaka (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka sedang tidur,


~ 20 ~
فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ
So the (garden) became, by the morning, like a dark and desolate spot, (whose fruit had been gathered).
20. maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita.


~ 21 ~
فَتَنَادَوا مُصْبِحِينَ
As the morning broke, they called out, one to another,-
21. lalu mereka panggil memanggil di pagi hari:


~ 22 ~
أَنِ اغْدُوا عَلَى حَرْثِكُمْ إِن كُنتُمْ صَارِمِينَ
"Go ye to your tilth (betimes) in the morning, if ye would gather the fruits."
22. "Pergilah diwaktu pagi (ini) ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya."


~ 23 ~
فَانطَلَقُوا وَهُمْ يَتَخَافَتُونَ
So they departed, conversing in secret low tones, (saying)-
23. Maka pergilah mereka saling berbisik-bisik.


~ 24 ~
أَن لَّا يَدْخُلَنَّهَا الْيَوْمَ عَلَيْكُم مِّسْكِينٌ
"Let not a single indigent person break in upon you into the (garden) this day."
24. "Pada hari ini janganlah ada seorang miskinpun masuk ke dalam kebunmu."


~ 25 ~
وَغَدَوْا عَلَى حَرْدٍ قَادِرِينَ
And they opened the morning, strong in an (unjust) resolve.
25. Dan berangkatlah mereka di pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang miskin) padahal mereka (menolongnya).


~ 26 ~
فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ
But when they saw the (garden), they said: "We have surely lost our way:
26. Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata: "Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat (jalan),


~ 27 ~
بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
"Indeed we are shut out (of the fruits of our labour)!"
27. bahkan kita dihalangi (dari memperoleh hasilnya)[1493]."


~ 28 ~
قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ لَوْلَا تُسَبِّحُونَ
Said one of them, more just (than the rest): "Did I not say to you, 'Why not glorify (Allah)?'"
28. Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?"


~ 29 ~
قَالُوا سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ
They said: "Glory to our Lord! Verily we have been doing wrong!"
29. Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim."


~ 30 ~
فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَلَاوَمُونَ
Then they turned, one against another, in reproach.
30. Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela.


~ 31 ~
قَالُوا يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا طَاغِينَ
They said: "Alas for us! We have indeed transgressed!
31. Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas."


~ 32 ~
عَسَى رَبُّنَا أَن يُبْدِلَنَا خَيْرًا مِّنْهَا إِنَّا إِلَى رَبِّنَا رَاغِبُونَ
"It may be that our Lord will give us in exchange a better (garden) than this: for we do turn to Him (in repentance)!"
32. Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada itu; sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita.


~ 33 ~
كَذَلِكَ الْعَذَابُ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Such is the Punishment (in this life); but greater is the Punishment in the Hereafter,- if only they knew!
33. Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui.




KENAPA PENULIS KAITKAN AYAT INI DENGAN POLOITIK MALAYSIA?

Kerana selain dari ayatnya yang jatuh pada hizib kedua juz 29 yang menandakan pertengahan bulan Rejab tahun 1429 hingga hujung bulan Rabi’ul Awwal 1429, bersamaan pertengahan bulan Februari 2008 hingga hujung bulan Mac 2008, yang bersamaan juga dengan tarikh pilihan raya Malaysia pada tahun 2008 yang lalu,

BAHKAN AYAT INI MENCERITAKAN BAGAIMANA PIHAK KERAJAAN PUSAT MENGALAMI KERUGIAN YANG BANYAK, DAN KENAPAKAH MEREKA MENGALAMI KERUGIAN ITU.

Pihak yang mengalami kerugian itu dikatakan Allah swt telah bersumpah dengan sumpah yang hina, menipu . Maka mereka menginginkan supaya pihak yang satu lagi bersikap lunak kepada mereka dan orang lain dengan membatalkan hajat untuk melaksanakan hudud dan sebagainya, lalu mereka akan bersikap lunak pula kepada pihak yang satu lagi, Mereka banyak mencela, menghambur–hambur fitnah, banyak menghalangi perbuatan baik, melampaui batas, banyak dosa,, kasar, lagi terkenal kejahatannya, karena dia mempunyai (banyak) harta dan anak Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah, mereka berkata: "(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala." Lalu kata Allah swt, “ Kelak akan Kami beri tanda dia di belalai(nya)” (ertinya mereka akan dimalukan.)


Lalu Allah swt berfirman bahawa mereka akan diuji seperti ujian yang dikenakan kepada pemilik kebun. Walaupun ujian itu berlainan tetapi simboliknya cukup sama.


17. Sesungguhnya Kami telah mencobai mereka sebagaimana Kami telah mencobai pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahwa mereka sungguh-sungguh akanmemetik (hasil)nya di pagi hari,
18. dan mereka tidak menyisihkan (hak fakir miskin),
19. lalu kebun itu diliputi malapetaka (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka sedang tidur,
20. maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita.
21. lalu mereka panggil memanggil di pagi hari:
22. "Pergilah diwaktu pagi (ini) ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya."
23. Maka pergilah mereka saling berbisik-bisik.
24. "Pada hari ini janganlah ada seorang miskinpun masuk ke dalam kebunmu."
25. Dan berangkatlah mereka di pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang miskin) padahal mereka (menolongnya).
26. Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata: "Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat (jalan),
27. bahkan kita dihalangi (dari memperoleh hasilnya) "
28. Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)[]?"
29. Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim."
30. Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela.
31. Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas."


TAFSIRAN AYAT

Bukankah cerita di atas kurang lebih dengan peristiwa yang terjadi kepada parti kerajaan pusat Malaysia Barisan Nasional, yang mengalami kekalahan semasa undian dibuat pada 8 Mac 2008, bukankah ayat di atas juga menyatakan bahawa kerajaan pusat telah menghina parti Pas yang miskin dan parti kerajaan pusat juga cuba menghalang-halangi agar rakyat tidak mengundi Pas.


JANGAN MENGHINA ORANG MISKIN. JANGAN BUAT DOSA

Oleh itu berbuat ihsanlah dalam berpolitik, jangan menghina orang miskin, nanti Allah swt akan menghina kita semula. Jangan menipu dan jangan mengkhianati janji. bersumpah palsu, berbuat dosa, menabur fitnah dan sebagainya nanti orang akan membenci kita.


ADAKAH SEBAIKNYA PAS DAN UMNO BERGABUNG?

Huruf Nun yang disebutkan pada awal surah ini, hanya Allah sahaja yang tahu tafsirannya, namun begitu banyak juga ulama yang cuba mentafsirkannya dengan menghubungkaitkan cerita yang ada didalamnya dengan huruf yang berkaitan. Oleh itu dengan menggunakan kaedah ulama-ulama tafsir ini, penulis berpendapat tidak salah kalau penulis juga cuba mentafsir bahawa huruf nun itu juga ada kaitan dengan peristiwa yang berkaitan. Namun begitu, sepertimana yang pembaca ketahui, makna yang penulis berikan bukanlah menolak makna-makna yang lain. Kerana bagi pendapat penulis, dengan kehendak Allah swt jua, setiap huruf dan perkataan yang ada boleh mengandungi dan mempunyai tafsiran yang banyak.

Pada pendapat penulis huruf nun yang disebutkan itu boleh diertikan maksudnya dengan NIK AZIZ , MENTERI BESAR NEGERI KELANTAN.

Oleh itu terpulanglah kepada Pas samada mahu bergabung dengan BN ataupun tidak, namun pada pendapat penulis jika Pas mahu bergabung, mereka juga boleh mengatakan NAHNU UMARA WA ANTUM WUZARA, KAMI KETUA DAN KAMU WAZIR.

Dan sebaiknyalah jika dapat bergabung.


JANGAN BERPECAH BELAH

Bersatupadulah dan jangan berpecah belah. Inilah sikap ihsan yang paling baik dalam berpolitik. Walaupun amat berat hukumnya sesiapa yang melanggar perintah Allah swt. Namun apabila sesuatu itu bukan dalam perkara Syirik, hudud dan bukan dalam perkara furudh atau akidah, maka ianya boleh dimaafkan.

Bukankah Nabi Muhammad saw selalu memaafkan sahabat-sahabat baginda yang berbuat kesalahan.

Asalkan pihak yang berbuat salah itu memohon maaf dan berjanji tidak akan melakukan lagi kesalahannya, maka orang itu boleh bergabung semula dengan kita. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

Sabda Nabi Muhammad saw:

Kullukum Khatta’ Wa Khairul Khatta’ At-Tawwabuniap

Setiap kamu adalah bersalah (atau pernah membuat kesalahan), dan sebaik-baik pesalah itu adalah orang-orang yang bertaubat.



PEPECAHAN MENJADIKAN KAMU LEMAH

Al anfal - 8:46

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

And obey Allah and His Messenger; and fall into no disputes, lest ye lose heart and your power depart; and be patient and persevering: For Allah is with those who patiently persevere:


46. Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.



PERSELISIHAN PENDAPAT

Perselisihan pendapat akan sentiasa berlaku walaupun dalam sebuah parti yang rukun dan damai. Kerana itu majlis syura digalakkan dalam setiap pemerintahan.

Oleh itu hendaklah dalam majlis syura itu semua pihak hendaklah berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Jangan sampai dalam perselisihan itu ada pihak yang tidak berpuas hati dan ada yang diberikan hak yang tidak adil atau ada yang merasa mereka tidak diberikan hak seadil-adilnya.


KEFAHAMAN DAN KEMESRAAN MENYATUPADUKAN ANTARA PEMIMPIN DENGAN PEMIMPIN DAN ANTARA PEMIMPIN DAN MASYARAKAT

Selalunya pihak-pihak yang tidak puas hati itu hanyalah kerana mereka tidak faham terhadap perkara yang sebenarnya dan apa yang sepatutnya mereka terima dan mereka buat. Oleh itu untuk memberikan kepuasan bagi setiap orang untuk memahami dan berpuas hati dengan apa yang kita kehendaki. Kita hendaklah memberikan mereka fahaman dan kesadaran yang secukupnya.

Kita hendaklah menyatakan kepada mereka bahawa hukum hudud dan perintah Allah swt ini kalau kita tinggalkan, kita bukan sahaja tidak akan dihormati sebagai orang Islam oleh orang-orang kafir, bahkan Allah pun juga nanti akan membenarkan orang-orang kafir itu untuk menjajah negeri kita. Kerana Allah swt tidak akan menolong kita kalau kita tidak menjaga ugamaNya.

Katakan juga kepada mereka, kalau kita meninggalkan hudud dan perintah Allah swt, masyarakat bukan sahaja akan menjadi kucar kacil, malah bala akan selalu menimpa Negara kita. Kerana Allah sentiasa akan menimpakan bala kepada kita agar kita sedar.

Katakan juga kepada mereka, kalau kita meninggalkan hudud perintah Allah swt, kekayaan Negara tidak akan berkat. Kekayaan yang ada Cuma nampak dimata, tetapi sebenarnya hutang lebih banyak dari pendapatan.

Katakan pada mereka, bahawa hudud itu bersifat mencegah orang yang pernah melakukan jenayah dan boleh menakutkan orang yang lain dari melakukan perkara yang sama. Hudud itu boleh menenangkan hati pemimpin dan orang Islam yang takut jenayah berleluasa. Hudud juga boleh menenangkan hati pendatang asing, pelawat dan sebagainya, kerana keamanan mereka akan terus terjaga.

Orang yang tidak suka kepada hudud hanyalah orang yang suka melakukan jenayah yang sama, atau mereka pernah melakukannya, atau mungkin mereka hendak melindungi keluarga atau sahabat mereka. Katakan kepada mereka jika mereka melindungi penjenayah, bererti mereka juga bersalah dengan kesalahan yang sama dan boleh dihukum dengan hukuman yang sama. Kesalahan mereka akan terbongkar jua akhirnya dan mereka tidak akan selamat di dunia dan akhirat.


Tidak cukup dengan itu, kita juga terpaksa mendekati dan bergaul dengan mereka, sedekat yang boleh dan semesra yang boleh mengikut lunas-lunas yang telah dibenarkan oleh Syara’ iaitu dengan menjaga mata, percakapan, perbuatan, pakaian dan solat fardhu berjemaah.

Jika kita mampu menjaga mata, percakapan, perbuatan, pakaian dan solat fardhu berjemaah dengan mengikut lunas-lunas hukum syara’ dan kita tidak takut terjerumus diheret masuk kedalam godaan dunia, maka waktu itu kita perlu mendampingi mereka dan membawa mereka untuk mematuhi perintah Allah swt.

Namun jika kita tidak mampu menjaga mata, percakapan, perbuatan, pakaian dan solat fardhu berjemaah dengan mengikut lunas-lunas hukum syara’ dan kita takut pula terjerumus diheret masuk kedalam godaan dunia, maka waktu itu kita tidak perlu menjadi pemimpin.



TAKUT TIADA PEMBANGKANG

Jangan takut tidak ada pembangkang, kerana walau tanpa ada pembangkang pun sesuatu majlis syura itu tetap saja akan terjadi perbantah-bantahan sehingga timbul satu kata sepakat.

Kerana Allah swt memang menjadikan manusia itu makhluk yang paling banyak berbantah-bantah.


Al Kahf - 18:54

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الْإِنسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.



KALAU KAMU BERPALING, ALLAH AKAN MENUKAR KAUM LAIN SELAIN DARI KAMU

Muhammad - 47:38


هَاأَنتُمْ هَؤُلَاء تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاء وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ


Behold, ye are those invited to spend (of your substance) in the Way of Allah: But among you are some that are niggardly. But any who are niggardly are so at the expense of their own souls. But Allah is free of all wants, and it is ye that are needy. If ye turn back (from the Path), He will substitute in your stead another people; then they would not be like you!

38. Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.


Janji Allah di atas bukan untuk sesiapa yang berpaling dari memberikan zakat sahaja semata-mata, tetapi berpaling dari melakukan apa sahaja perintah Allah yang fardhu.

Beginilah janji Allah swt yang penulis paling takuti. Tidak cukupkah dengan tsunami, gempa bumi, banjir yang melanda, kemarau dan lain-lain untuk membuat kita sedar.

Kenapakah kita tidak merasa bersalah atau takut kepada Allah swt jika ada sebarang musibah melanda seperti mana Rasulullah saw rasakan bila Hujan Lebat turun.

Kenapakah kita tidak sedar bahawa setiap kita tentu sahaja ada kesalahan walaupun selepas kita melaksanakan kebaikan.



TAUBAT SETELAH BERAMAL SALIH

Lihatlah bagaimana Nabi Ibrahim a.s berdoa selepas baginda menyempurnakan binaan Ka’bah, Baginda bukan sahaja berdoa untuk Allah menerima amalan baginda, tetapi baginda juga berdoa untuk meminta keampunan.



Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah 2 -128:


~ 127 ~

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
And remember Abraham and Isma'il raised the foundations of the House (With this prayer): "Our Lord! Accept (this service) from us: For Thou art the All-Hearing, the All-knowing.

127. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".


~ 128 ~
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Our Lord! make of us Muslims, bowing to Thy (Will), and of our progeny a people Muslim, bowing to Thy (will); and show us our place for the celebration of (due) rites; and turn unto us (in Mercy); for Thou art the Oft-Returning, Most Merciful.

128. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


Bukankah Rasullah saw juga sentiasa membaca istighfar selesai sahaja solat.

Firman Allah swt dalam surah An-Nasr:


~ 1 ~
إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
When comes the Help of Allah, and Victory,
1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,


~ 2 ~
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
And thou dost see the people enter Allah's Religion in crowds,
2. dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong


~ 3 ~
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Celebrate the praises of thy Lord, and pray for His Forgiveness: For He is Oft-Returning (in Grace and Mercy).
3. maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.


Bukankah kedua-dua ayat di atas menandakan bahawa setiap manusia itu perlu memohon keampunan kepada Allah swt, walaupun sesudah solat dan sesudah mengerjakan amal saleh. Kerana kita tidak tahu samada amalan yang kita laksanakan itu menepati ciri-ciri yang terbaik yang Allah swt mahukan. Kalau kita tidak memohon ampun setelah beramal kita tidak tahu samada amalan kita itu mendapat keredhaan Allah swt. Bahkan sebaliknya mungkin Allah swt akan menolak amalan kita itu ( Wa iadzu billahi min zalik)

Oleh itu sentiasalah mencermin diri setiap hari dan baikilah setiap amalan kepada peringkat Ihsan yang paling tinggi.


MENINGGIKAN TARAF PEMIMPIN ISLAM SETINGGINYA ADALAH MENAIKKAN SYIAR ALLAH

Al Hajj - 22:32

ذَلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
Such (is his state): and whoever holds in honour the symbols of Allah, such (honour) should come truly from piety of heart.

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.


Tanpa adanya pemimpin Islam sebagai pucuk pimpinan yang tertinggi dalam sesebuah negara, maka macamanakah Syi’ar Allah akan dapat ditinggikan. Namun pemimpin tersebut juga hendaklah pemimpin yang tinggi ugama ilmunya dan tinggi ketaqwaannya kepada Allah.

RAJA-RAJA MUDA HENDAKLAH MENDALAMI HUKUM SYARA’

Penulis amat sayang kepada raja-raja Melayu. Kerana mereka bukan sahaja pemimpin kita, tetapi kerana mereka adalah keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka juga pada pendapat penulis adalah keturunan Ashabul Kahfi dan Zulkarnain.

Oleh itu penulis penuh berharap agar raja-raja muda Melayu bukan saja perlu memperdalami ilmu pengetahuan modern, tetapi juga amat perlu memperdalami Hukum Syara’ sedalam dalamnya dan seterusnya meneguhkan diri mereka dengan sikap taqwa yang teringgi.

Dengan sikap taqwa dan amalan yang tertinggi ini. Insya Allah raja-raja Melayu akan memiliki perisai dari Allah swt untuk menjaga takhta mereka dari dipermudahkan oleh orang lain yang tidak sayang kepada bangsa dan tanah air mereka.

Walluhu Waliyyu al-Taufiq.

3 comments:

  1. Assalamu 'alaikum,

    tafsir isyari tanpa syarat-syarat tafsir dan mufassir dipenuhi adalah sangat bahaya.

    wallahua'lam.

    wassalam.

    hematsaya@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Bismillah: Memang betul mentafsir tanpa keahlian adalah merbahaya, bahkan sesetengah ulama ada berpendapat ulama selepas para sahabat r.a. tidak boleh diguna tafsir mereka. Kerana pengertian bahasa Arab yang digunakan adalah pengertian bahasa Arab di zaman jahiliyah.

    Bagi saya, sendiri ia amat mencabar dan jika saya bentangkan untuk hidangan orang, saya juga merasa berdosa jika menyembunyikannya. Walhal ulama-ulama sains, kaji alam, lughah, sastera dan berbagai lagi banyak menjumpai ilmu-ilmu yang baru dari al-Qur'an. Jika kita katakan orang lain tidak boleh mentafsir al-Qur'an, maka kita telah menghadkan ilmu al-Qur'an yang tidak akan putus itu.

    Apa yang perlu kita buat ialah, kita perlu mengkaji samada apa yang dinyatakannya di dalam tafsir itu betul atau tidak.

    Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. tak salah kalau mentafsir..... berdasarkan apa yang saya baca tadi, jelas penulis ini adalah seorang yang boleh mentafsir dan sekurangnya tafsiran itu boleh diperjelaskan mengikut keadaan semasa.... sekurangnya kita dapat berfikir...... lainlah kalau mcm dalam UMNO BN, hukum hudu pun ditentang!!....

    ReplyDelete

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat