Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Monday, March 2, 2009

HUKUM SOLAT FARDHU BERJEMAAH

HUKUM SOLAT FARDHU BERJEMAAH

Apa sebenarnya hukum solat fardhu berjemaah?

Adakah ia Wajib Fardhu Ain?

Atau Wajib Fardhu Kifayah?

Atau Sunat Mu’akkad?


Mari kita kaji dalil-dalilnya. Namun hadis-hadis di bawah senghaja saya hadkan agar pembaca tidak bosan membacanya. Insya Allah hadis-hadis dan dalil-dalil dari al-Qur’an mengenai kewajipan solat fardhu berjemaah akan saya berikan pada masa-masa yang akan datang.

Hukumnya Sunat Muakkad :

Ulama-ulama yang mengatakan Solat Fardhu berjemaah adalah sunat muakkad menggunakan dalil hadis di bawah.

Berdasarkan hadis :

Solat berjemah lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 darjah.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Hujjahnya:

Pahala yang amat besar bagi solat berjemaah adalah tanda bagi ianya sunat muakkad. Kerana siapa yang solat sendirian juga ada pahalanya.
Namun hujjah di atas tertolak sebahagiannya dengan hadis-hadis yang lain, iaitu bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid dan tidak ada keuzuran seperti sakit, musafir atau dalam peperangan.




Hukumnya Fardu Kifayah :

Inilah pendapat Imam Nawawi dan tokoh-tokoh ulama’ dalam mazhab syafie seperti Abu Al-Abbas dan Abu Ishak. Inilah pendapat yang mashyur dalam mazhab syafie. Mereka menegaskan bahawa solat jemaah adalah fardu kifayah iaitu wajib ke atas lelaki yang merdeka lagi bermukim. Apa bila sebahagian mereka telah melaksanakannya, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atas yang lain.


Dalil :
Solat berjemah lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 darjah
(Riwayat Bukhari & Muslim)

“ Tiada 3 orang yang mendiami satu-satu kampung/kawasan sedangkan mereka tidak mendirikan solat berjemaah melainkan syaitan menguasai mereka. Oleh yang demikian, hendaklah kamu mendirikan solat berjemaah kerana serigala akan memakan kambing-kambing yang terpencil sahaja”

(Riwayat Abu Daud & Nasai)

“ Tiadalah solat yang lebih berat bagi orang-orang munafiq melainkan solat Subuh dan Isyak. Jika mereka mengetahui kebaikanya nescaya mereka akan mendatangi walaupun dalam keadaan merangkak. Sesungguhnya aku bercita-cita mengarahkan muazzin untuk azan dan iqamah, kemudian mengarahkan seorang lelaki mengimami solat jemaah. Kemudian aku mengambil segenggam kayu api untuk membakar sesiapa yang meninggalkan solat berjemaah”
(Riwayat Bukahri)

Huraian Hadis :

Hadis pertama menunjukkan fadhilat(sunat) manakala hadis kedua dan ketiga menunjukkan perintah wajib menunaikan solat berjemaah. Maka, Mazhab Syafie mengambil pendapat pertengahan antara sunat dan wajib dengan mengeluarkan pendapat bahawa solat berjemaah hukumnya fardu Kifayah.


Hujjah Terhadap Huraian Hadis

Pendapat ini sebenarnya tertolak dengan hadis yang digunakan oleh mereka sendiri. Kerana jika sekiranya Nabi saw hendak membakar rumah orang yang tidak mahu solat berjemaah, maka bukankan ia merupakan suatu dalil yang cukup kuat yang menandakan bahawa solat fardhu berjemaah itu adalah wajib fardhu ain.




Hukumnya Fardu Ain

Inilah pendapat ketiga mazhab syafie, iaitu wajib ke atas setiap individu Muslim tetapi bukan syarat sah solat. Ertinya, mereka yang tidak menunaikan solat berjemaah, solatnya sah tetapi berdosa kerana tidak menunaikan solat berjemaah. Inilah pendapat yang dipegang oleh Ibnu Munzir.


Mazhab Hambali
Mereka menyatakan bahawa solat berjemaah hukumnya fardu ain kepada setiap individu Muslim.

Dalilnya:
“ Dan apabila engkau (Muhammad) berada dalam kalangan mereka(dalam perang) lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi Imam) mereka, maka hendaklah sekelompak daripada mereka berdiri(menunaikan solat) bersama-samamu.”
Surah An-Nisa’ : 102

“ Demi Zat yang diriku berada dalam kekuasaanNYa, aku sungguh hendak menyuruh orang mengambil kayu bakar dan dikumpulkan. Kemudian menyuruh solat dan diserukan azan untuk itu. Kemudian menyuruh seorang lelaki menjadi imam. Kemudian aku mendatangi lelaki-lelaki yang tidak ikut solat berjemaah, maka aku bakar rumah-rumah mereka”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kenyataan Abu Jayb :

“ Sesiapa yang bermukim (tidak bermusafir) dan mendirikan solat tetapi meninggalkan solat berjemaah bersama imam kerana menyibukkan diri dengan membaca AL-Quran, zikrullah dan melakukan amalan-amalan sunat, maka sebenarnya dia derhaka kepada Allah dan bermain-main dengan solat tanpa khilaf…”

Dengan adanya dalil dan hujjah di atas, maka adakah kita sanggup untuk meninggalkan solat berjemaah.

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 45:



واستعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخاشعين


45. Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',


Firman Allah swt dalam surah al-Taubah ayat 18:



إنما يعمر مساجد الله من ءامن بالله واليوم الآخر وأقام الصلاة وءاتى الزكاة ولم يخش إلا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين


18. Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.


Huraian Ayat

Jika ayat di atas menyatakan orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat itu diharap termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. Maka adakah orang-orang yang jarang ke masjid, atau hanya sekali sehari atau tertinggal solat subuhnya atau mana-mana solat di luar jamaah walaupun ia solat ke masjid, akan berharap mendapat petunjuk.

Lalu bagaimanakah pandangan anda tentang orang-orang yang menamakan diri mereka ustaz, lalu berceramah, mengajar ugama dan lain-lain, sedangkan kita lihat bila waktu solat tiba, solat berjemaah senghaja mereka tinggalkan.

Adakah kita akan mengambil apa yang mereka katakan sebagai suatu petunjuk daripada Allah swt?


Firman Allah dan surah Annisa ayat 142


142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya(dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
Huraian Ayat

Malas untuk solat di atas adalah termasuk malas untuk solat berjemaah di masjid.

1. Kerana lafaz di atas adalah umum. Pada pendapat penulis, barangsiapa yang mengkhususkan ayat di atas pada solat-solat tertentu dan pada keadaan tertentu, maka dikhuatiri diri orang itu telah termasuk sifat Nifak, wa iadzu billahi min dzalik.
2. Kerana lafaz al-Quran menyebut (وإذا قاموا إلى ألصلاة) bukannya (وإذا قاموا للصلاة) ianya lebih sesuai jika ditafsirkan ( apabila mereka berdiri untuk pergi menuju sembahyang)

2 comments:

  1. saya berpendapat hukumnya adalah fardhu ain. sahabah2 besar spt abu hurairah, ibnu masud, umar ranhum menghukumkan kafir keatas org yg meninggalkan solah berjemaah...

    ReplyDelete
  2. Bismillah: Ada orang mengomen yang juga tidak bernama, mereka mengatakan saya sesuka hati membuat hukum, sedangkan alasan mereka bahawa solat berjemaah tidak wajib hanya bersandar kepada wali yang tidak diketahui di mana wali itu tinggal. Wali itu hanya keluar dari tempat khalwatnya untuk solat jumat, seminggu sekali.

    Adakah wali itu tinggal bersama orang banyak atau tidak. Jika wali itu tinggal bersama orang banyak, maka ia akan melawan sunnah Rasulullah saw, kerana Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat berjemaah. Sabda Nabi Muhammad saw, "siapa yang tidak suka sunnahku, maka ia bukan dari golonganku"

    Jadi jika Wali itu tinggal jauh sendiri di luar dari kota, maka sudah tentu ia tidak wajib lagi berjemaah. Kerana orang yang wajib berjemaah adalah orang tinggal bersama orang banyak, sekurang-kurangnya berdua, itupun jika orang yang kedua tidak uzur syar'ie.

    ReplyDelete

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat