Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Tuesday, March 17, 2009

Bukti-Bukti Zulkarnain Di Brunei



Chiri Gelaran


Buktinya ialah terdapatnya sebuah adat istiadat di Negara Brunei Darussalam yang melaksanakan adat perucapan Chiri gelaran setiap kali hendak menggelar orang besar-besar. Chiri ini dimuat dengan perkataan-perkataan yang bercampur-campur antara Sanskrit dan juga perkataan Melayu Kuno.

Boleh jadi juga perkataan-perkataan yang bercampur-campur ini terjadi dengan adanya percampuran-percampuran yang terjadi di antara kedua-dua pihak sejak zaman dahulu kala.

Ayat di dalam Chiri gelaran di bawah ini akan dibacakan dengan penuh adat istiadat semasa mengangkat gelaran orang besar-besar di Negara Brunei Darussalam:-



"Ahuta Sar Mata Seri Buhana Si Cekap Perkasa Pera Sang Si Jaya Perbuhana Au Bajana Madanadika Bacubala Pera Kerma Kerta Maskalang Ku Permala Malai Warna Utika Ayuta Si Dewa-dewa Perbu Peri nama"

http://bruneiresources.blogspot.com/2007/01/ahuta-sar-mata-seri-buhana.html


Kalimat-kalimat Sangskrit di atas telah dterjemahkan seperti di bawah:


"Dengan nama Tuhan Yang Maha Melihat, Yang Maha Menerangi Alam, Yang Maha Cekap Perkasa, Yang berjaya menguasai alam. Oh! Tuhan Yang Maha Kaya, Engkau yang mempunyai kekuasaan yang melakukan sesuatu kehendak kepada seluruh alam, jadikanlah (orang digelar) kalung bunga kesayangan, sebagai kasturi yang harum semerbak, menjadi senjata yang diperbuat daripada permata yang berwarna-warni, untuk raja yang memerintah."

Terjemahan di atas telah diterjemahkan oleh beberapa orang ahli bahasa dari berbagai bangsa. Menurut sumber pihak yang mentadbir cara penterjemahan chiri tersebut dibuat, berbagai terjemahan telah dibuat oleh pakar-pakar tersebut, dan pihak pentadbir perterjemahan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan mengambil terjemahan pertengahan di antara terjemahan-terjemahan tersebut.

Menurut sumber-sumber yang boleh penulis percayai, Penterjemah-penterjemah tersebut telah di ambil daripada pakar-pakar yang terdiri dari berbagai bangsa.

Pakar-pakar tersebut terdiri daripada Doktor bahasa berbangsa Jawa, India dan juga Wurdu.
Penulis memohon kemaafan kerana memberikan pendapat yang berbeza daripada yang ditunjukkan di atas, namun jika penulis betul ianya adalah dari Allah swt jua dan jika penulis salah, maka tidak lain dan tidak bukan ianya adalah dari kesilapan penulis.

Pada pendapat penulis, terjemahan ayat yang terdapat di dalam Chiri tersebut hanya menceritakan mengenai kehebatan Tri Buana yang memerintah Brunei pada masa itu. Iaitu:-


Sri Maharaja Srimat Tri Bhuwanaraja Mauliwarma Madewa






Sila klik dan lihat suntingan buku di atas (Pameran Perkembangan Aksara Di Indonesia, Museum Nasional, 2002) :


Adakah Nama Mauliwarma Madewa itu sama dengan nama Mulawarman yang disebutkan dalam prasasti Mulawarman?

Di Brunei ada sebuah kampung bernama Kampung Medewa. Kampung ini berhampiran dengan sebuah Kuburan Tua yang bernama Makam Di Luba




Gua Niah


Gua Niah di Sarawak merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Gua Niah di Sarawak merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.

Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah menduduki kawasan seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.

Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.

Jumpaan manusia prasejarah

Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrison telah membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia 40,000 tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras dimana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo.

Selain bukti kehadiran manusia zaman Palaeolithic pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.

Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu


Pada pendapat penulis, penemuan penulis mengenai Ashabul Kahfi ini juga berkaitan dengan penemuan Gua Niah dan penemuan tulang temulang yang misteri berserta bekalan mereka.

Penemuan pakar arkialogi mengenai usia tulang temulang yang dijumpai di Gua Niah itu mengatakan bahawa usia tulang temulang itu sudah berusia sekitar 40 ribu tahun.

Perkara ini mengingatkan penulis dengan peristiwa Nabi Uzair yang ditidurkan oleh Allah swt selama 100 tahun. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 259:


Tafsirnya:

259. Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?" Ia menjawab: "Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging." Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) diapun berkata: "Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Penulis berpendapat, penemuan pakar sejarah di Gua Niah ini, amat berkait rapat dengan gua Ashabul Kahfi yang sebenarnya yang boleh memindahkan jasad-jasad manusia ketempat yang lain dan kewaktu yang lain.

Pada sekitar 40 ribu tahun yang lampau, penulis yakin bahawa manusia belum wujud lagi di dunia ini. Kita yakin bahawa Nabi Adam a.s. adalah manusia pertama yang dijadikan Allah swt, dan menurut kajian sejarah pula, jarak zaman Nabi Adam as. tidak lebih dari tempoh 20,000 tahun.

Jika kajian yang menunjukkan tulang temulang yang didapati itu berumur 40 ribu tahun, dan kajian sejarah mengenai jarak masa Nabi Adam dengan kita tidak melebihi 20 ribu tahun bermakna, Ashabul Kahfi bukan sahaja boleh dipindahkan ke zaman akan datang, tetapi mereka juga boleh dipindahkan ke zaman lampau. Bahkan perkara ini juga memberikan jawapan kepada fosil-fosil tulang manusia dari gua-gua yang lain yang dikatakan berumur ratusan ribu tahun. Kerana tidak mustahil sesetengah gua-gua yang wujud di dunia ini juga mempunyai fungsi sebagai terowong waktu.

Bukankah Allah swt menyebutkan di dalam al-Qur'aan bahawa Allah swt telah menjadikan di atas kita ini 7 jalan. Sila lihat Surah al-Mukminun ayat 17.

Penulis bukannya mengagak-agak sahaja akan wujudnya keganjilan ini, kerana penulis pernah terbaca bahawa antara Ilmu Hikmat yang dimiliki oleh Wali Sembilan (Wali Songo) di tanah Jawa ialah Ilmu berpindah ke waktu-waktu yang lain.

Namun penulis ingin mengingatkan pada sesiapa yang ingin mencuba berpindah kezaman lain ini, kerana kita tidak dapat menentukan kezaman apakah nanti mereka akan berpindah. Jika nasib tidak baik, berkemungkinan mereka nanti akan dipindahkan kezaman peperangan atau lebih teruk lagi, iaitu waktu mala petaka besar berlaku atau waktu kiamat.



Panji-Panji Brunei



Bandingkan antara



http://www.art.com/products/p12010156-sa-i1459214/leonardo-da-vinci-flying-machine.htm

dengan




http://www.pusat-sejarah.gov.bn/Slogan%20dan%20Panji2%20Brunei.pdf

Dan



http://www.brunet.bn/news/pelita/28feb/mandiri.htm

dan




Cerita Rakyat Brunei

Ong Sum Ping mendapatkan mutiara naga dengan mengunakan layang-layang




Bagaimanakah Perjalanan Zulkarnain, Adakah Dengan Layang-Layang?

Menurut batu-batu besurat yang dijumpai di Jawa Barat Indonesia, dalam batu besurat tersebut Purnawarman dikatakan sebagai seorang pemerintah yang amat berkuasa dan mengatakan dirinya sebagai raja seluruh dunia. Ia juga mengatakan dirinya memiliki tiga langkah ajaib. Tiga langkah ini dikatakan adalah langkah-langkah untuk mengelilingi dunia dan dibuat setiap hari.


Langkah pertama ialah dibuat daripada Timur ke Zenith (angkasa yang berada diatas kepala) langkah kedua ialah dari Zenith ke Barat dan langkah ke tiga dari Barat ke Timur semula, tetapi dengan mengikut saluran Surya Mas. ( Sila lihat Agama-Agama Awal DiIndonesia. Fajar Masa Di Nusantara, Meseum Nasional, Indonesia)

Adakah Zulkarnain Menggunakan Angin?



Saba - 34:12

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ وَأَسَلْنَا لَهُ عَيْنَ الْقِطْرِ وَمِنَ الْجِنِّ مَن يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَمَن يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ


12. Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu sore sama dengan perjalanan sebulan (pula)] dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.




Tidak Mustahil Zulkarnain juga dianugerahkan kuasa seperti Nabi Sulaiman alaihissalam




~ 84 ~إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا

84. Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu,




Teknologi Zulkarnain

Jika kita baca tafsir al-qur’aan, mungkin ada di antara pihak-pihak yang berpendapat, bahawa perjalan Zulkarnain itu adalah perjalanan biasa dengan menaiki kuda atau gajah dan sebagainya.

Namun pada penulis, perjalanan Zukarnain sebenarnya lebih hebat dari yang dijangkakan oleh sesiapa pun.

Zulkarnain sebenarnya menggunakan perjalanan udara untuk menakluki setiap tempat. Perjalanan Zulkarnain dimulakannya dengan menyalakan tiga unggun api yang besar. Dengan tiga unggun api itu, Zulkarnain dengan izin Allah swt telah menjadikan kawasan sekitarnya panas sehingga mendapat tekanan udara yang amat rendah.

Kemudian kawasan sekitar yang lain akan berebut-rebut memasuki kawasan yang panas itu dan terjadilah puting beliung.

Maka dengan Puting Beliung inilah Zulkarnain naik ke udara dengan menggunakan layang-layangnya.

Setelah berada di udara, Zulkarnain akan berusaha mencari angin kencang yang boleh membawa mengikut arah angin itu dengan lebih cepat.

Saya berpendapat, besar kemungkinan, Zulkarnain menggunakan sistem Vile Vortices.



http://en.wikipedia.org/wiki/Vile_Vortices


Sila lihat juga


http://www.bibliotecapleyades.net/mapas_ocultotierra/esp_mapa_ocultotierra_11.htm

14 comments:

  1. Assalamualaikum Wbt,

    "Bukankah Allah swt menyebutkan di dalam al-Qur'aan bahawa Allah swt telah menjadikan di atas kita ini 7 jalan"...Boleh tolong jelaskan penghuraiannya di surah mana?

    "Perjalanan Zulkarnain dimulakannya dengan menyalakan tiga unggun api yang besar. "..teknologi Roket , "rocket burner"???

    ReplyDelete
  2. Wa alaikum salam wa rahmatullahi wkth

    Terima kasih kerana mengingatkan saya. Mudah-mudahan Allah swt membalas jasa Putra Sulong, dengan ganjaran yang Tinggi dan Maaf kerana terlupa pula saya membubuhkan rujukan ayat di atas.

    Ayatnya dalam surah al-Mukminun ayat ke 17

    ReplyDelete
  3. Pendapat saya mengenai teknologi Zulqarnain menaiki angin saya perolehi dari dari laman Web yang berhubung dengan pengembaraan Purnawarman yang menaiki langit dengan menggunakan unggun Api. Rujukan mengenainya ada dalam laman ini. Sila lihat dalam Sejarah Borneo yang Unik.

    http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/2009/03/sejarah-borneo-yang-unik.html


    TEKNOLOGI ZULQARNAIN

    Teknologi ini mungkin ganjil di negara kita, sebab kita tidak biasa melihat puting beliung.

    Namun jika kita pergi ke mekah musim panas, kita akan melihat banyak puting beliung di padang pasir.

    Puting-puting beliung itu telah menaikan pasir-pasir itu sehingga ke awan.

    Dengan menggunakan unggun api yang banyak disekeliling kita, udara akan menjadi ringan dan membolehkan puting beliung menyambar kita naik ke atas.

    Teori ini saya pelajari dari abang ipar saya yang kebetulannya adalah guru fiziq. Bila saya ceritakan kepadanya mengenai teknologi Zulqarnain ini katanya betul. Kadang-kadang bila sebuah rumah terbakarpun kita boleh nampak puting beliung masuk ketengah rumah yang terbakar itu.

    Bila puting beliung terjadi, maka siapa sahaja yang berada di dalamnya tentu akan terangkat keatas. lebih-lebih lagi jika orang itu sedang memakai kepak atau hang glider.

    ReplyDelete
  4. Saya Ahmad, mohon kebenaran dari tuan punya blog ini untuk mengunakan ilmuan ini dalam usaha mengumpul apa jua data berkaitan dengan Melayu di alam dunia ini.
    gsm_ahmat@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Dengan tiga unggun api itu, Zulkarnain dengan izin Allah swt telah menjadikan kawasan sekitarnya panas sehingga mendapat tekanan udara yang amat rendah.

    Panas menyebabkan mendapat tekanan udara yang amat rendah ? Bagus teori ni.

    ReplyDelete
  6. dengan nama allah yang maha berkasih-sayang. segala puji-pujian bagi allah seru sekalian alam. maha berkasih-sayang.pujian untuk ustaz dalam kajian yang membuka petunjuk baru kepada kami.untuk pengetahuan ustaz ada yang lebih besar lagi rahsia yang tersimpan di borneo yang tersimpan baik.dalam kajian kami.haraap ustaz lanjutkan lagi kajian agar lebih banyak petunjuk baru.harap ustad lebih takut lagi dengan sang pencipta.hayati ayat az-zumar 23.untuk kelebihan petunjuk.sekadar berkongsi, lagi takut kita dengan allah, kasih-sayangnya akan bagi lagi pertunjuk.lagi takut kita lagi dengan allah, seisi alam kena ikut cakap kita serta memberi pertunjuk baru.percayalah usaha ustad hampir sesangat dengan lokasi utama serta tujuan utama serta kami pelik siapakah ustad yang hebat dengan kajian yang hampir dengan lokasi pengawasan kami. perlu lebih membaca keseluruhan kitab-kitab samawi.jangan bersangka buruk dengan kitab-kitab lain kerana kombinasi keseluruhan kitab-kitab akan menemukan jawapan yang paling tepat.ustad adalah pemikir yang baik macam nabi ibrahim idola saya tu.pasti ustad berjaya.satu satu keputusan mestilah disertai dengan rujukan keseluruhan taurat,zabur injil serta al-quraan (sebagai pembeda) bergerak seiring.saya percaya ada banyak perkara yang tidak dapat di buktikan tapi perkara itulah yang lebih menyakinkan ustad dengan hujah ustad.ilmu allah kita pakai bersama. awal-awal agama iqra bacalah.terpujilah ustad kerana menjadi pemikir tentang sesuatu yang seharusnya seluruh umat islam lakukan.sayang pengikut-pngikut orang beriman ramai dari pemikir-pemikir islam yang sudah kepupusan.tahniah ustad.saya sayang ustad.-greenforce15

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Saya berpendapat bahawa dakwah greenforce adalah dakwah kristian. Ataupun juga dakwah dajjal.

    Dari awal lagi cara mengucapkan kata nama Allah adalah salah dan menghina nama Allah yang Maha Mulia itu, walaupun mereka tidak menyedarinya. Kerana dengan mengatakaan Allah Maha berkasih sayang greenforce telah menganggap bahawa Allah memerlukan kasih sayang itu. Sedangkan Allah swt sebenarnya tidak memerlukannya tetapi memberikannya.

    Ajakan Greenforce untuk tidak meninggalkan kitab taurat zabur dan injil juga adalah Alamat yang jelas kenapa saya mengatakan perkara ini.

    Saya juga telah menjelajah GF 15 di dalam goggle. saya dapati Greenforce adalah nama besar syarikat yang mencipta banyak barang-barang ciptaannya sendiri.

    Sila cari di laman web menerusi google.

    Selain itu Gf juga mempunyai banyak kelab-kelab tersendiri.

    Saya berpendapat GF itu adalah nama samaran Godforce. Atau God Army. Atau junndullah, Mungkin mereka adalah juga sebahagian militan tentera yang ketika ini berperang dengan Iran.

    Saya berpendapat Perkataan G yang digunakan oleh Freemason adalah bermaksud juga 6 Manakala 6 bermaksud sex. Manakala G bukanlah bermaksud god. Tetapi Gentile, goat, girls dan juga Gender.

    Di dalam al-Qur'an Surah Aali Imran ayat 14 menyatakan.

    Di hiasi bagi manusia mencintai Syahwat dari wanita, anak-anak, harta benda daripada emas dan perak ....

    Ayat ini digunakan oleh Iblis dan Syaitan, serta dajjal untuk dijadikan senjata yang paling ampuh untuk menghalang hubungan Manusia dengan Allah swt.

    Saya juga telah menjelajahi laman web Angkatan Hijau 15 versi Melayu, di dalam profilenya ternyata ia juga mempunyai, blog-blog tersebut di bawah:

    angkatan balatentera alam dan teknologi para rasul

    SEMUA SATU KETURUNAN ADAM

    parti iman sedunia

    imam mahadi teknologi rahsia



    Ulasan saya terhadap blog-blog itu.

    Sekali pandang blog-blog tersebut tidaklah nampak bahayanya, bahkan amat menarik dan mengikut Islam. Namun apabila dikaji asal usul Greenforce. Ternyata ianya bermula dari masyarakat Kristian. Wa iya dzubillahi minzalik.

    Terutama dengan blog Parti Iman Se Malaysianya yang sebenarnya mengajak untuk memasukkan semua ugama yang beriman pada Allah dalam satu parti. Apa ertinya ini? satu ugama baru? Wa iyadzu billahi min dzalik.

    Anda boleh mencari laman itu di sini:

    http://partiimansemalaysia.blogspot.com/

    dan yang lain-lain pula disini:

    http://kerincibisnis.blogspot.com/

    http://padukaramizu.blogspot.com/

    http://greenforce15.blogspot.com/

    Di dalam paduka Ramizu ia tidak menggalakkan orang menghafal al-Qur'an. Sebaliknya hanya memahami sahaja. Adakah patut? Sedangkan Nabi Muhammad saw sentiasa menggalakkan umat agar membaca, menghafal dan memahaminya.

    Jika tidak hafaz macamana al-Qur'an itu boleh di bawa dalam solat? macamana pula dalam solat yang panjang di tengah malam?

    sila lihat pula profile di dalam blognya. Mudah-mudahan bermanfaat. Mudah-mudahan maklumat ini dapat menggagalkan niat yang tidak baik dari GF 15 itu. Amin.

    ReplyDelete
  8. salam. pernahkah tuan mendengar tentang masjid btinei di kawasan pasir mas,kelantan. ianya ada kaitan dengan salasilah keturunan diraja brinai. mohon tuan kaji tentang perkara itu.

    ReplyDelete
  9. Bismillah: Wa 'Alaikumus Salam. Mungkin juga tu Anonymous. :)

    ReplyDelete
  10. Bagaimana pula dengan maksud ayat2 surah al-Kahfi yang terang terang menceritakan tentang Zulqarnain? Di mana tempat matahari terbenam? di mana tempat matahari terbit. di mana tembok ya'juj ma'juj? Rasanya kalau nak dibuktikan pasal Zulqarnain berasal dari manapun mestilah dibuktikan melalui ayat2 al-Kahfi ni.

    ReplyDelete
  11. Bismillah: Bromo, terimakasih sebab memberikan komen yang baik walaupun anda belum bersetuju terhadap pendapat saya. Anda tidak mesti bersetuju. Namun saya percaya anda masih perlu membaca penerangan-penerangan saya yang lain. Lihatlah penerangan itu dalam blog surah al-Kahfi atau klik : http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. saya nak pinjam untuk rujukan :) norkhairani

    ReplyDelete
  13. Bismillah: Silakan Norkhairani.

    ReplyDelete

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat