

Rita melanda pada 24 September 2005

Taupan Wilma melanda USA Florida 24 Oktober 2005.

Taufan Katrina, Rita Dan Wilma Di Dalam Surah Yasin
Selain dari tanda-tanda tersebut disebutkan secara kiasan yang dalam dari surah al-Kahfi, taupan-taupan itu juga telah dimuatkan dalam tafsiran surah Yasin. Bahkan dalam surah Yasin tafsiran-tafsiran itu telah diceritakan dengan gaya yang amat indah, lebih rapi, teliti, halus dan padat.
Seperti yang anda semua ketahui, dalam surah Yasin terdapat 4 kali taupan disebutkan:-
1. Taupan pertama ayat ke 29 dinyatakan apabila taupan tersebut terjadi, maka semua orang akan mati.
2. Taufan kedua ayat 49 dinyatakan apabila taufan terjadi, maka mereka ( orang kafir itu ) berbantah-bantah.
3. Taufan ketiga ayat 51 menyatakan apabila terjadi maka mereka keluar dari kubur-kubur mereka.
4. Manakala apabila taufan keempat terjadi, maka mereka hadir di sisi Allah swt.
Penulis berpendapat bahawa taufan-taufan tersebut walaupun menerangkan mengenai kejadian kiamat, namun secara begitu indah dan rapi dan teratur urutan ceritanya bertepatan dengan cerita taufan-taufan yang terjadi di Amerika pada tahun 2005. Baik dari segi makna ayat, maupun dari segi bilangan dan jarak ayatnya yang menceritakan bila ia akan terjadi di antara satu dengan yang lain.
Firman Allah swt dalam ayat ke 29 Surah Yasin :
Tafsirnya:
29. Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.
Ayat 29 di atas meriwayatkan bila taufan ditiup, maka mereka semua akan mati, pada pendapat penulis berkemungkinan ianya belum terjadi, atau ia sudah terjadi tetapi akan terjadi lagi dalam kadar yang jauh lebih besar dari sebelumnya. Kerana peristiwa taufan tersebut adalah peristiwa besar yang menyatakan semua mereka akan mati apabila terjadinya taupan itu. Tetapi pada pendapat penulis, mungkin inilah kejadian taupan yang akan memusnahkan Negara Amerika secara keseluruhanya pada kemudian hari.
Namun kejadiannya mempunyai alamat dan tanda-tanda. Dan tanda-tanda itu menjadi semakin rapat apabila ia semakin hampir. Tanda-tanda itu disebut dalam Surah Yasin itu sendiri dalam ayat 33;
Ayat tersebut menyatakan Allah telah menghidupkan tanah Israel yang tandus.
kepada

Ini semua kerja Allah, tetapi mereka tidak mahu mengakuinya
Firman Allah swt dalam surah Yasin, Tafsirnya:
33. Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan dari padanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan.
Tanda kedua Allah swt menyebutkan dalam ayat 37; malam apabila ditanggalkan siang dan tiba-tiba menjadi gelap. Tanda ini menceritakan bagaimana kaum Zionist berbuat zalim di seluruh dunia. Kerana erti kegelapan juga bermaksud kezaliman.
Tafsirnya:
37. Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.
Tanda ketiga disebut pada ayat 41 yang menceritakan Allah swt membawa zuriat mereka dalam kapal yang penuh ( kemudian disebut dalam ayat 42 ) dan kami jadikan bagi mereka kenderaan yang sepertinya. Bagi penulis ayat ini menunjukkan berpindahnya semua penduduk Yahudi dari Gaza sepertimana yang disebutkan dalam surah al-Kahfi yang lalu.
Firman Allah dalam ayat 42 Surah Yasin Tafsirnya:
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu.
Tanda keempat iaitu ayat ke 47 menyatakan bahawa mereka kedekut untuk memberikan harta mereka. Ayat ini menyerupai kejadian apabila Puak Israil merobohkan bangunan-bangunan mereka sendiri dan membinasakan segala harta yang tertinggal sebelum mereka meninggalkan Gaza.
Firman Allah swt dalam ayat 47 surah Yasin, Tafsirnya:
47. Dan apabila dikatakakan kepada mereka: "Nafkahkanlah sebahagian dari rezki yang diberikan Allah kepadamu", maka orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman: "Apakah kami akan memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah menghendaki tentulah Dia akan memberinya makan, tiadalah kamu melainkan dalam kesesatan yang nyata."
Perkara ini pula dijelaskan dalam surah al-Hasyr ayat 1 hingga 4 Allah swt berfirman:
Tafsirnya:
1. Telah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Tanda ke lima iaitu Taufan Katrina terjadi dalam ayat ke 48 dan 49, yang menyebutkan mereka tidak menanti, atau melihat melainkan satu tempikan, atau tiupan angin sahaja, Bila taufan terjadi mereka berbantah. Sampai sekarang ini mereka masih lagi bertikai terhadap masalah taufan Katrina.
Presiden Bush sendiri menyatakan Katrina adalah sebuah krisis. Apabila Penulis melihat Internet, penulis masih melihat perbantahan-perbantahan tersebut hingga semasa penulis menulis kitab ini.
Tafsirnya:
48. Dan mereka berkata: "Bilakah (terjadinya) janji ini (hari berbangkit) jika kamu adalah orang-orang yang benar?."
49. Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar.
Kemudian dalam ayat 50 menyatakan mereka tidak mampu memberi pesanan dan menolong keluarga mereka. Peristiwa ini sama seperti apa yang terjadi kepada Amerika semasa Katrina melanda sehingga penduduk yang menemui ajal melebihi 1200 orang.
Tafsirnya:
50. lalu mereka tidak kuasa membuat suatu wasiatpun dan tidak (pula) dapat kembali kepada keluarganya.
Tanda keenam iaitu Tafsiran Taufan Rita terjadi dalam ayat 51. Apabila berlaku taufan mereka dibangkitkan dari kubur menuju tuhan mereka.
Ayat ini serupa dengan peristiwa Taufan Rita apabila ianya terjadi, penduduk yang telah dipindahkan ke shelter-shelter selepas Katrina terpaksa dipindahkan lagi ke shelter yang lain.

Dari Kubur menuju tuhan mereka mungkin bererti dari Shelter ke tempat lain. Kubur disifatkan seperti shelter kerana keadaan dalam shelter itu berkumpul dan tidur berbaris dan banyak pula yang tidur tidak tentu arah. Maka di kedua-dua keadaan ini, menyatakan bahawa tempat itu adalah seperti dalam kubur. Mereka takut lari dari tempat itu kerana suasana masih kelam kabut.

Shelter ini seperti hampir sama seperti kubur

Shelter ini jauh lebih baik dari sebelumnya
Perkara yang lebih menarik perhatian penulis dalam kiasan ini ialah persamaan jarak ayat dan juga jarak tempoh yang berlaku di antara Taupan Katrina dan Taupan Rita.
Jarak antara ayat yang ditulis di dalam al-Quraan ialah jarak antara 3 ayat. Satu ayat di tengah tidak disebut Taufan. Tetapi kedua-dua ayat yang memagari ayat tengah itu disebut di dalamnya perkataan Taupan.
Tafsirnya:
51. Dan ditiuplah sangkalala[1], maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.
Tafsiran “Tuhan mereka” adalah nafsu mereka atau pemimpin mereka yang mereka anggap seperti tuhan. Allahu ‘Alam.
Kemudian dalam ayat 52 mereka berkata siapa yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami.
Mereka berkata seperti itu kerana kebanyakan mereka tidak mengetahui kenapa mereka dipindahkan sekali lagi ke tempat lain. Kerana mereka telah tidak lagi dapat mengetahui kejadian-kejadian yang terjadi diluar tempat dikumpulkan. Mereka tidak tahu ada lagi taupan lain yang akan melanda Amerika.
Lalu Allah swt berfirman Inilah apa yang dijanjikan oleh al-Rahman dan benarlah rasul-rasul itu.
Tanda Ketujuh iaitu Tafsiran Taupan Wilma terjadi pada ayat 53, yang menyatakan, ianya tiada lain melainkan sebuah tiupan sahaja, maka mereka hadir di sisi Kami (Allah).
Pada pendapat penulis tafsiran ayat yang menyatakan hadir di sisi kami ini jelas menunjukkan keadaan Taufan Wilma yang mana mereka hadir di tempat kejadian taufan itu terjadi dan mereka tidak mahu lari dari tempat itu.
Kerana penulis lihat taufan itu tidak begitu diendahkan oleh penduduk Florida. Kata mereka, mereka telah biasa dan bosan dengan amaran. Sehingga mereka tidak mahu berpindah dari Florida.
Dalam kajian penulis, mereka juga tidak mahu berpindah kerana atas sebab-sebab berikut:-
1. Tidak kuatnya Taupan Wilma seperti Taupan Katrina kerana dalam kategori 3 sahaja sedangkan Katrina kategori 4,

Mereka berpesta menyambut Wilma dan berarak di jalan-jalan raya. Perkara ini menyebabkan mereka lalai dan menjadi terlambat untuk lari. Padahal Wilma semakin laju dan semakin kuat dan akhirnya mengorbankan nyawa 63 orang.
Tafsirnya:
Dengan terjadinya segala peristiwa di Amerika itu, dan terdapatnya persamaan yang indah, jelas, rapi, lagi padat seperti di dalam ayat yang disebutkan di atas, maka penulis berpendapat bahawa kemungkinan besar tanda-tanda tersebut adalah tanda-tanda hampirnya hari Kiamat atau kemusnahan secara keseluruhan bagi Negara Amerika yang disebutkan dalam ayat 29.
Tanda-tanda tersebut juga menunjukkan kebenaran Al-Qur`aan dan menyuruh umat Islam agar mendalami isi al Qur`aan sedalam dalamnya.
Dan seperti mana juga yang telah kita ketahui, ayat-ayat di atas juga jelas memberikan petunjuk bahawa, Negara Amerika adalah sebuah Negara yang dilaknat oleh Allah swt,
Kerana Al-Qur`aan sendiri menerangkan bila terjadi keruntuhannya. Oleh itu seperti yang kita ketahui, segala pekerjaan dan tindakan yang mereka buat tidak boleh diikuti dan segala perintah yang mereka arahkan tidak boleh dipatuhi membabi buta melainkan jika kita takut meraka akan mengambil tindakan terhadap kita. Mudah-mudahan Allah swt akan sentiasa memberikan petujuk kepada kita semua untuk sentiasa teguh dalam iman dan taqwa.
Al-Sour = Sangkakala ( dalam kitab Kamus al-Marbawi disebut anak sungai) manakala Rita juga terjadi di anak sungai misisipi.


















0 comments:
Post a Comment