Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Sunday, February 15, 2009

Tsunami, Gempa Pulau Nias, Pelepasan Gaza. Dalam Surah Al-Kahfi








Bencana Dan Peristiwa Yang Terjadi Mengikut Surah al-Kahfi

Tsunami

Apabila Tsunami terjadi, berpelbagai tanggapan telah diutarakan. Ada yang mengatakan bahawa perkara itu adalah taqdir Allah swt. Ada yang mengatakan bahawa kejadian itu adalah berpunca dari bala bencana yang terbit dari kerosakan akhlak penduduk Aceh ketika itu. Dan yang paling bernas penulis pernah dengar ialah kerana banyaknya pertumpahan darah berlaku akibat peperangan demi peperangan di semua kawasan yang ditimpa Tsunami itu.

Kejadian gempa Tsunami boleh dikatakan merupakan suatu mala petaka yang bersejarah. Ianya tidak akan dilupakan oleh sesiapapun juga. Lebih-lebih lagi jika mereka orang yang beriman. Apabila menerima nasib dan taqdir umpama sedemikian, tidak sedikit yang marah kepada Allah swt. Dan tidak sedikit juga terdapat hamba-hamba Allah yang redha dengan taqdir yang menimpa mereka itu.

Sebagai seorang mukmin yang sejati, apabila menerima nasib umpama Tsunami, tentulah mereka akan redha kepada Allah swt. Penulis telah melihat keredhaan mereka ini disebalik layar beberapa VCD yang dirakam oleh saksi setempat. Bahkan penulis dengar dan terbaca ada juga insan-insan pilihan Tuhan terselamat daripada ombak besar Tsunami itu dengan cara yang aneh, tetapi mulia.


Keganjilan Tsunami


Umpamanya ada sebuah keluarga yang telah bersedekah air kepada seorang tua, dan tiba-tiba tanah di tempat orang tua itu berdiri pecah dan mengeluarkan lumpur hitam. Melihat kejadian yang amat ganjil dan menakutkan itu, mereka bergegas keluar dari Aceh sebelum terjadinya Tsunami.


Ada pula sebuah rumah yang telah selamat tidak dimasuki air Tsunami walaupun setetes. Ketua keluarga rumah tersebut telah pergi ketempat lain untuk berdakwah “Tabligh” manakala isteri dan anaknya tinggal di rumah. Ketika berlaku Badai Tsunami, Isteri muballigh tadi sedang mengajar anaknya mengaji. Mereka tidak sedar mengenai kejadian Tsunami itu sehinggalah apabila air telah surut.

Adapula yang terselamat dari Badai Tsunami setelah menerima bala ataupun cobaan di tempat lain, sehingga mereka membatalkan niat pergi atau balik ke Aceh.

Selain itu penulis berpendapat, berkemungkinan ramai juga, orang-orang soleh yang mengerti maksud kandungan al-Qur’aan yang menceritakan kepada mereka bahawa sesuatu akan menimpa di Aceh, lalu mereka telah meninggalkan Aceh sebelum peristiwa ngeri Tsunami berlaku. Kerana Allah swt yang maha pengasih dan maha penyayang tentunya tidak akan mensia-siakan pahala dan amalan yang telah dilaksanakan oleh hambaNya dengan bersusah payah.

Jadi jika hamba-hamba Allah swt yang soleh itu tekun memperhatikan makna al-Qur’an dan kemudian merenung kejadian-kejadian yang berlaku dilangit dan dibumi, maka ia akan mendapati kewujudan Allah itu sendiri. Kerana al-Qur’an itu menceritakan kejadian-kejadian yang akan berlaku pada setiap masa, saat dan ketika.

Firman Allah swt. Dalam surah al-Baqarah ayat 164:

Tafsirnya:

164. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.


Ayat Pembayang Maksud

Firman Allah swt dalam surah al-Dukhan:



Tafsirnya:
23. (Allah berfirman): "Maka berjalanlah kamu dengan membawa hamba-hamba-Ku pada malam hari, sesungguhnya kamu akan dikejar,

24. dan biarkanlah laut itu tetap terbelah. Sesungguhnya mereka adalah tentara yang akan ditenggelamkan."

25. Alangkah banyaknya taman dan mata air yang mereka tinggalkan,

26. dan kebun-kebun serta tempat-tempat yang indah-indah,

27. dan kesenangan-kesenangan yang mereka menikmatinya,

28. demikianlah. Dan Kami wariskan semua itu kepada kaum yang lain.


Ayat di atas telah disusun dengan rapi dan amat teratur di dalam Kitab Al-Qur'aan al-Karim dalam juzuk 25 hizib kedua terakhir. Manakala Tsunami berlaku pada waktu pagi 26 Disember 2004 bersamaan 14 Zul Kaedah 1425. Juzuk 25 bersamaan dengan tahun 25 Hijrah.


Kajian Menghitung Al-Qur'an


Setiap juzuk al-Qur'aan, mempunyai 8 bahagian hizib. Jika dibahagi 12 bulan bermakna setiap 3 bulan mempunyai erti 2 bahagian hizib. Oleh itu bulan Syawal, Zul Kaedah dan Zul Hijjah berkedudukan di kedua-dua bahagian hizib yang terakhir. Oleh kerana bulan Zul Kaedah pada tahun 1425 memiliki 30 hari, maka tarikh 14 Zul Kaedah adalah termasuk dalam bahagian hizib kedua sebelum akhir.

Walau bagaimanapun, ayat di atas boleh jadi bermaksud, menjadi bayangan kepada tarikh yang akan berlaku tepat pada masanya iaitu pada ayat-ayat yang tepat menunjukkan 14 Zul Kaedah dan ayat-ayat sebelumnya.

Kerana sebelum itu, banyak hewan-hewan telah mengubah gaya kebiasaan alami mereka setiap hari. Umpamanya, ikan-ikan melarikan diri dari dasar sungai menuju kepantai-pantai sebelah barat, pada masa dua ke tiga hari sebelum tercetusnya gempa dan Badai Ombak Tsunami. Gajah-gajah liar lari ke bahagian pedalaman, walaupun mereka bertubuh sasa dan besar dan sepatutnya selamat dari azab Tsunami.

Petunjuk ini menyatakan bahawa bencana yang amat besar akan menimpa pada tarikh-tarikh yang akan datang telah dibayangi oleh ayat sebelumnya. Dan oleh kerana ayat-ayat azab itu dinyatakan di dalam bahagaian hizib yang sama sebelum bahagian hizib kedua akhir berlalu, maka bolehlah ia ditafsirkan sebagai bayangan kepada kejadian yang akan berlaku dalam tarikh sebelum bahagian hizib kedua itu berakhir. Ayat-ayat tersebut bermula dari ayat ke 7 hingga ayat ke 12 Surah al-Jasiah:-




Tafsirnya:

7. Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,




8. dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.



9. Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah[1382] yang memperoleh azab yang menghinakan.



10. Di hadapan mereka neraka Jahannam dan tidak akan berguna bagi mereka sedikitpun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.



11. Ini (Al Qur'aan) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.



12. Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya dan supaya kamu dapat mencari karunia -Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur.


Kiasan Tsunami Dalam Al-Qur'an


Selain itu Penulis juga berjumpa dengan ayat yang menceritakan kenapa Tsunami itu berlaku pada ayat yang lain. Ianya adalah lebih kurang sama dengan ayat 23 hingga 28 surah al-Dukhan, iaitu Allah swt menceritakan bahawa Allah swt hendak menenggelamkan tentera Firaun dengan terbelahnya laut.


Walau bagaimanapun, kiasan peristiwanya adalah berlainan sedikit. Ianya ialah peristiwa di mana Nabi Allah Khidir as. telah memecahkan perahu kapal yang ditumpangnya bersama Nabi Allah Musa as. Lalu akhirnya setelah berlalu waktu yang lama, Nabi Khidir a.s menceritakan kepada Nabi Musa a.s kenapa ia memecahkan perahu itu. Ayat tersebut terdapat di dalam Surah al-Kahfi ayat 71:


71. Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhr melobanginya. Musa berkata: "Mengapa kamu melobangi perahu itu akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?" Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.

79. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di belakang mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.


Pulau Sumatera Dan Malaysia Ibarat Kapal Dan Jeti


Pada pendapat penulis, perahu itu adalah ibarat Pulau Sumetera yang baru mendarat di sebuah jeti. Jeti itu pula ialah Ibarat Semenanjung Malaysia. Lihat gambar di bawah.







Kemudian setelah mendarat, Nabi Khidir as. telah turun ke air dan menyeberang kesebelah kiri perahu dengan meredah air. Berkemungkinan air pada ketika itu berparas tinggi sedikit sehingga boleh menggelamkan sebahagian perahu. Dan Nabi Khidir a.s dapat bersembunyi dari diketahui orang.

Melihat keadaan itu, Nabi Musa naik marah kepada Nabi Khidir dan menyebutkan

“ adakah kamu ingin mengenggelamkan tuan punya perahu ( yang masih ada di dalam perahu = tambahan penulis )”

Nabi Khidir pada mulanya tidak menjelaskan kepada Nabi Musa a.s kenapa ia merosakkan perahu itu, namun Nabi Khidir as. pada akhirnya sebelum berpisah dengan Nabi Musa as. menjelaskan bahawa perahu itu dirosakkannya agar perahu itu tidak diambil oleh Raja yang suka mengambil apa sahaja perahu yang dilihatnya dengan merampas.

Lalu apabila perahu itu dilihat oleh raja itu rosak bahkan tenggelam sebahagiannya, maka perahu itu tidak jadi diambilnya, kerana untuk mengambil perahu yang telah rosak, akan menyusahkan raja itu sendiri untuk memperbaikinya, dan berkemungkinan kerosakan yang perlu diperbaiki begitu banyak. Kerana perahu itu telah tenggelam sehingga tidak dapat diperbaiki lagi.

Agar raja tidak mensyaki apa-apa terhadap kerosakan yang baru dibuat oleh Nabi Khidir, maka kerosakan perahu yang baru itu perlu disembunyikan. Maka untuk menyembunyikan kerosakan perahu agar tidak dilihat oleh raja, perahu itu perlu tenggelam sedikit.

Selain itu keadaan perahu yang tenggelam juga akan menyusahkan raja untuk menaikkan perahu itu dengan kapalnya yang besar. Selain itu ia juga akan takut jika kapal itu akan pecah lagi sekali setelah diambilnya. Sebab itulah penulis mengatakan bahawa berkemungkinan kapal kecil itu tenggelam sedikit.

Pada pendapat penulis kejadian perahu nelayan yang miskin ini adalah amat bersamaan dengan keadaan Pulau Sumetera. Ketika tercetusnya Badai Tsunami, Pulau Sumetera berperang sesama sendiri. Peperangan tersebut melibatkan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan juga pihak kerajaan. Berpuluh ribu rakyat telah menjadi korban akibat perbalahan dan perebutan kuasa antara kedua belah pihak itu. Untuk melepaskan diri daripada genggaman Kerajaan, pihak GAM telah mendapat pertolongan dari kuasa-kuasa barat dalam kekuatan tentera. Apabila Tsunami berlaku perdamaian di antara pihak Kerajaan dan juga Gerakan Aceh Merdeka telah diusahakan sehingga berhasil.


Kemah Tentera Amerika Diserang Oleh Allah swt

Diceritakan orang bahawa kemungkinan di kawasan yang terbabit dengan bencana Tsunami mempunyai bilangan tentera rahsia Amerika yang bukan sedikit. Penulis telah cuba menjejaki penempatan-penempatan kemah tentera itu di dalam internet. Namun penulis tidak berhasil menjejaki mereka dengan pasti. Namun penulis yakin di kawasan itu mempunyai penempatan kemah tentera Amerika yang besar.

Penulis berpendapat, bahawa pemecatan Colin Powel dan perundingan bekas-bekas President Amerika itu berhubungan dengan hasrat Amerika menjajah Pulau Sumetera. Tetapi hasrat itu tidak disampaikan Allah swt kerana besarnya keramat Pulau Sumetera itu, sehingga disebutkan di dalam Kitab Al-Qur'aan al-Karim.

Oleh itu Surah al-Kahfi dalam ayat di atas juga menunjukkan betapa kekuatan Amerika yang telah ditabur dan disemai sekian banyak dimerata dunia satu persatu dimusnahkan oleh Allah swt. melalui bencana-bencana Alam yang berlaku.

Tidak syak lagi bencana alam Tsunami ini telah mengorbankan begitu banyak kekuatan tentera Amerika dan juga kekuatan bekalan persenjata yang dikeluarkan mereka untuk para militant dan pemberontak kerajaan di seluruh tempat yang dikenai oleh Badai Tsunami.

Apabila kita lihat kawasan-kawasan yang ditimpa oleh Tsunami, maka kita dapati, kawasan-kawasan tersebut semuanya dilanda peperangan sesama sendiri. Contohnya Sri Langka, Thailand dan Pulau Sumetera khususnya. Pergolakan sesama sendiri di antara mereka telah berlangsung berpuluh tahun lamanya, tanpa ada pihak-pihak yang mengaku kalah dan tanpa ada pihak yang menyatakan kehabisan senjata.

Perkara yang menghairankan penulis ialah darimanakah pemberontak dan militant itu memperolehi senjata dan kewangan mereka. Sehingga dengan begitu mudah berani menentang pihak berkuasa sehingga pihak berkuasa terpaksa bertungkus lumus dan mengorban nyawa tenteranya untuk melawan tentera pemberontak dan para militant.


Jika Amerika dan sekutu-sekutunya bukan pihak yang memberikan bantuan senjata dan kewangan kepada pemberontak-pemberontak itu, maka apakah tugas perkemahan tentera Amerika itu sebenarnya. Kenapakah di setiap tempat yang berhampiran dengan perkemahan mereka itu semakin senangnya terdapat pemberontakan dan kekacauan menentang kerajaan yang memerintah. Padahal jika dikira kemasukakalan. Penduduk-penduduk disekitar tempat itu akan merasa lebih kecut hati untuk bangun memberontak.

Oleh itu dapat kita fahami di sini, bahawa peristiwa Tsunami ini adalah suatu rahmat yang amat besar kepada penduduk setempat, kerana jika tidak berlaku Tsunami, berkemungkinan Pulau Sumetera akan menjadi milik Amerika seperti halnya Korea, Vietnam dan lain-lain.

Apabila Tsunami telah berlaku, Setiausaha Kerajaan Amerika, Colin Powel telah bergegas ke Thailand untuk menyaksikan kesan Tsunami terhadap pangkalan tentera Amerika di Thailand. Namun tidak lama selepas itu ia dipecat dan diganti dengan Condoliza Rise. Bekas-bekas Presiden Amerika juga berkumpul untuk membincangkan kejadian Tsunami itu, kononnya untuk memberikan bantuan beratus-ratus juta, namun bantuan itu sehingga kini tidak menunjukkan apa-apa kesan perubahan kepada Wilayah Aceh.



Bukti Seterusnya Sumetera Ialah Perahu Yang Pecah Tenggelam

Bukti yang menunjukkan bahawa kejadian Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 itu dinukilkan kiasannya dengan sempurna lagi rapi dan amat indah dalam Surah al-Kahfi ialah dengan tercetusnya 2 kejadian yang terjadi selepas Tsunami itu.




2 kejadian tersebut itu ialah:-

1. Gempa Bumi Kepulauan Nias 28 Mac 2005
2. Perebutan Kepulauan Surga Minyak Di Perairan Ambalat Kalimantan.






Kaitan peristiwanya ialah dengan wujudnya jarak kalimat “ ” yang bermakna ia (Nabi Khidir as.) telah memecahkan dindingnya (perahu yang dikiaskan dengan erti terbelah atau terpecahnya kepingan dataran dasar laut Pulau Sumetera) dalam ayat ke 71 surah al-Kahfi dengan kalimat “ ” yang bermakna “maka ia telah membunuhnya” ( anak kecil iaitu yang berkiaskan dengan erti Pulau Kecil Pulau Nias) dalam ayat ke 75 . Jarak antara kedua-dua kalimat tersebut ialah sebanyak 31 kalimat.

Manakala jarak tempoh masa di antara kejadian Tsunami dan kejadian gempa di Pulau Nias ialah 3 bulan. Kejadian Tsunami ialah pada 26 Disember 2004, manakala kejadian gempa di Pulau Nias ialah pada 28 Mac 2005. Kejadian gempa yang berlaku di Pulau Nias kurang dihebohkan seperti hebohnya kejadian Tsunami, namun begitu kiasan yang disebutkan mengenai kejadian Pulau Nias di dalam Surah al-Kahfi disebutkan dalam bahasa sastera paling halus dan amat indah.





Gempa Bumi Kepulauan Nias Dan Kepulauan Surga Minyak Di Perairan Ambalat Kalimantan

Setelah berlaku peristiwa Tsunami, Indonesia digegarkan lagi dengan 2 buah peristiwa yang besar, iaitu gempa bumi di Kepulauan Nias pada 28 Mac 2005 yang juga menelan banyak jiwa dan peristiwa perebutan pulau-pulau Surga Emas Hitam di Perairan Ambalat Kalimantan.

Penulis berpendapat, dua peristiwa ini mempunyai hubungan dengan peristiwa Tsunami yang telah diceritakan dalam Surah al-Kahfi ayat 71. Peristiwa gempa bumi Kepulauan Nias 28 Mac 2005 dan peristiwa perebutan hak milik pada kepulauan di Perairan Ambalat Kalimantan disebutkan secara kiasan halus di dalam ayat-ayat berikut:




Tafsirnya

74. Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidhr membunuhnya. Musa berkata: "Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar."

80. Dan adapun anak muda itu, maka keduanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.

81. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).


Apabila penulis meneliti Internet, Penulis mendapati Pulau Nias adalah pulau yang mempunyai keindahan-keindahan semula jadi, yang dihiasi dengan pantai-pantai Lautan Hindi yang permai. Pulau ini mempunyai banyak tempat-tempat peranginan yang menarik. Manakala penduduknya pula kebanyakannya berkerja di perusahaan pelancungan yang memanfaatkan keindahan-keindahan tersebut.

Walaubagaimanapun, apabila diteliti di dalam internet, Pulau Nias ini juga adalah merupakan pangkalan-pangkalan tentera yang bukan sedikit jumlahnya. Pada pendapat Penulis pangkalan-pangkalan tentera tersebut bukan sahaja milik Indonesia, bahkan pangkalan-pangkalan tentera itu dimiliki oleh Negara Amerika dan berkemungkinan juga milik negara-negara sekutu Amerika yang lain. Kerana sepertimana yang diselitkan dalam makna yang tersirat disebalik gambaran yang tersurat pada ayat yang menyelitkan makna kejadian Badai Tsunami, iaitu mengenai kewujudan Tentera Amerika di kawasan terbabit Tsunami, maka Pulau Nias juga kemungkinan besarnya tidak terkecuali dari mempunyai pangkalan tentera Amerika. Kepastian mengenainya akan semakin bersar apabila pembaca sekalian mengikuti penjelasan-penjelasan yang akan dihuraikan dalam kitab ini.

Penulis berpendapat gempa bumi yang berlaku di Pulau Nias berlaku bukan sahaja menyedarkan penduduk tempatan pulau itu akan bahaya maksiat yang berlaku disana. Namun kejadian itu juga telah menghapuskan punca-punca maksiat dan tentera musuh Islam itu sendiri, iaitu Allah swt telah menghapuskan sarang pangkalan-pangkalan tentera Amerika dan sekutu mereka itu dan mencegahnya terus dari bersarang di kawasan berkenaan.

Kerana seperti yang kita semua maklumi, selagi mana sarang tentera pelaku maksiat tersebut masih ada di Pulau Nias, maka selagi itu akan semakin berpanjanganlah lagi maksiat-maksiat berlaku di kawasan terbabit dan akan semakin senanglah mereka merancang perancangan untuk memusnahkan negara-negara Islam di Nusantara.

Apabila berlaku gempa demi gempa di pulau Nias, Penduduk Pulau Nias telah dipindahkan ke tanah besar Sumetera. Perpindahan beramai-ramai tersebut adalah kerana memandangkan pulau tersebut tidak selamat lagi didiami. Selain itu Allah swt juga berhajat mahu melepaskan Negara Indonesia dan juga Nusantara dari ancaman kekuatan tentera Amerika yang membayangi Negara Indonesia di sebelah barat itu.

Namun setelah menghapuskan pulau yang amat merbahaya tersebut, Allah swt juga telah menggantikan Pulau Nias dengan Kepulauan Ambalat yang melimpah ruah dengan minyak mentah, bahkan lebih dekat dengan kerajaan pusat, malah terletak ditengah-tengah Indonesia, sehingga pulau itu senang di tadbir dan senang dikawal dan mudah pula nanti untuk membahagikan pendapatan rezeki yang mereka dapat kepada kerajaan pusat dan daerah-daerah lain.

Oleh itu bukankah kisah mengenai Pulau Nias dan Pulau-Pulau di Perairan Ambalat ini, seolah-olah diceritakan di dalam al-Qur'aan, yang mana Pulau Nias ialah ibarat anak yang pertama dan Pulau-Pulau Perairan Ambalat adalah ibarat ganti dari anak yang pertama, seperti yang disebut dalam Surah al-Kahfi.

Anak pertama merupakan anak yang ditakuti akan membawa masalah keimanan kepada orang tuanya yang beriman. Indonesia yang di terajui oleh Pemerintah Mukmin boleh menjadi Negara Kafir jika kesinambungan rencana untuk menghapusan keimanan keluarga besar Kepulauan Indonesia yang di arak melalui Pulau Sumetera tidak dihalang.

Manakala Pulau-Pulau Ambalat adalah anak-anak yang baru dilahirkan sebagai ganti anak yang telah meninggal dunia itu. Anak-anak yang baru lahir ini jauh lebih baik dan jauh lebih mudah untuk dikawal.

Kepulauan Ambalat bukan sahaja lebih hebat memberikan keuntungan lumayan dari Pulau Nias, kerana mempunyai padang minyak yang besar, tetapi ia juga akan menjauhkan Kerajaan Indonesia daripada maksiat dan pencoroboh tentera yang berhajat untuk meruntuhkan kerajaan Indonesia.

Kepulauan Ambalat juga mudah dikawal oleh kerajaan dari dijadikan pengkalan oleh tentera asing dan akan mudah memberikan hasil yang diperolehi nanti disebabkan kedudukannya yang dekat dengan kerajaan pusat dan berada di tengah-tengah Indonesia.

Bukankah cerita mengenai Pulau Nias dan Pulau-Pulau di Perairan Ambalat dan cerita mengenai seorang anak kecil yang dibunuh dan diganti dengan anak-anak yang lebih baik serta lebih mengasihi orang tuanya suatu kiasan yang indah dan amat rapi dan teliti diceritakan dalam kiasan ayat surah al-Kahfi tersebut.










Gaza Palestin, Thailand dan Philippines

Seterusnya di dalam surah al-Kahfi di sebutkan ayat berikut:






Tafsirnya:

77. Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidhr menegakkan dinding itu. Musa berkata: "Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu."

82. Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya."


Pada pendapat penulis, ayat-ayat di atas menceritakan mengenai pelepasan Israel Tanah Tebing Barat dan juga Gaza kepada rakyat Palestin. Peristiwa pelepasan Gaza dan Tanah Tebing Barat telah dilaksanakan oleh Israel pada sekitar 20 Ogos 2005 M.

Dinding-dinding rumah yang disebut di dalam surah al-Kahfi itu merupakan kedua-dua daerah itu sendiri dan anak-anak yatim yang disebutkan merupakan kedua-dua tempat dan juga rakyatnya yang tidak lagi diketuai oleh pemerintah yang beriman.

Oleh itu peristiwa tersebut bermakna Allah swt telah memerintahkan Nabi Khidir untuk memperbaiki kedua-dua dinding rumah di tempat kedua-dua anak yatim tersebut tinggal. Dan Allah swt juga akan menjaga harta perbendaharaan yang masih berada di bawah dinding rumah mereka sehinggalah mereka dewasa dan mengeluarkan perbendaharaan di kawasan rumah mereka itu.

Walau bagaimanapun secara kiasannya, ketika ini rakyat Palestin masih lagi bercakaran sesama sendiri, berkemungkinan tempoh masih belum cukup untuk menunggu mereka dewasa kerana semasa dinding mereka diperbaiki itu mereka masih anak yatim yang kecil, atau berkemungkinan mereka belum mendapat pemimpin yang matang dari kalangan mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah mereka dan mengeluarkan khazanah-khazanah yang terdapat di perut bumi mereka.

Selain itu berkemungkinan khazanah yang dimaksudkan ialah para shuhada, kerana apabila Gaza dan Tebing Barat dipulangkan semula kepada Palestin, peperangan kecil lebih sering berlaku di antara Israel dan pejuang-pejuang Palestin. Kerana jika difikirkan, apakah dia khazanah yang lebih baik bagi Allah swt berbanding dengan gugurnya para Shuhada dimedan peperangan?.



















Walaubagaimanapun perkara yang lebih penting ialah berdirinya dinding-dinding rumah itu terlebih dulu. Maka dengan berdirinya dinding-dinding ini, anak-anak yatim atau kerajaan Islam Palestine yang belum matang itu lama kelamaan akan dapat berdiri sendiri.

Selain daripada ayat-ayat di atas bermakna secara kiasannya menunjukkan perkara-perkara yang berlaku di Gaza, ayat-ayat tersebut di atas juga boleh menceritakan mengenai perkara-perkara yang berlaku di Negeri Thailand dan juga di Negeri Philippines.

Kedua-dua negeri itu sama keadaan halnya dengan keadaan di Palestine. Kedua-dua pentadbir Negara Thailand dan Philippines ketika ini menguasai daerah-daerah yang kebanyakan penduduknya berugama Islam. Keadaan Penduduk di sana seperti tidak mempunyai orang tua, kerana pemerintah mereka tidak berugama Islam dan tidak memperdulikan mereka. Bahkan orang-orang Islam di negara-negara itu dianaktirikan oleh pemerintah mereka.

Bahkan makna bagi ayat yang terdapat di dalam surah al-Kahfi juga hampir menyamai makna kedua-dua negeri ini, kerana sepertimana Badai Tsunami dan juga kisah mengenai Gempa Pulau Nias dan perebutan Pulau-Pulau Ambalat yang berada di Asia Tenggara, maka cerita mengenai rumah yang diperbaiki oleh Nabi Khidir a.s juga banyak membawa makna bahawa ianya berlaku di kawasan berhampiran.

Walaubagaimanapun penulis tidak menafikan juga bahawa ayat al-Qur’aan tersebut banyak membawa pengertian kepada kejadian yang berlaku di Gaza. Kerana kedua-dua makna tersebut menghulurkan makna-makna rahsia yang tersendiri bagi aneka onak duri peristiwa yang bergolak di mayapada ini.

Kedua-dua kiasan halus jumlah ayat yang tersirat di sebalik makna ayat di atas diselitkan dalam ayat-ayat yang seterusnya dalam riwayat kisah perjalanan Zulkarnain.

Selain itu, ayat di dalam surah al-Kahfi tersebut juga menunjukkan bahawa Gaza, Tebing Barat Israel, Thailand dan Philippines, pada ketika ini sedang diawasi oleh Allah swt.


Makna Peristiwa Zulkarnain Disebut Selepas Peristiwa Nabi Khidir a.s

Selepas peristiwa Nabi Khidir as. bersama Nabi Musa as. Allah swt menceritakan lagi mengenai kisah Zulkarnain. Riwayat mengenai Kisah Zulkarnain tersebut disebut terus selepas meriwayatkan cerita mengenai Nabi Musa a.s. bertemu dengan Nabi Khidir a.s.

Firman Allah swt dalam surah al Kahfi:


Tafsirnya:
82. Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya."

83. Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentangZulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya."

84. Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu,

85. maka diapun menempuh suatu jalan.


Pada pendapat penulis, kesinambungan cerita Zulkarnain selepas peristiwa mengenai Nabi Khidir as. memberikan maksud, bahawa peristiwa-peristiwa kiasan selepas kejadian Tsunami, Gempa Pulau Nias serta pelepasan Gaza, Thailand dan Philippines juga bersambungan ke riwayat yang seterusnya.

Firman Allah swt:


86. Hingga apabila dia telah sampai ketempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: "Hai Zulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan] terhadap mereka.

87. Berkata Zulkarnain: "Adapun orang yang aniaya, maka kami kelak akan mengazabnya, kemudian dia kembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya.

88. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami."


Jika peristiwa yang disebutkan di atas itu bersambung dari peristiwa Gaza, maka apabila Zulkarnain pergi ke bahagian tempat di mana matahari terbenam, ia akan bermakna Zulkarnain menguasai Amerika. Kerana Negara Amerika bermula pada tempat 6 Jam perjalanan matahari dari Semenanjung Gaza. Oleh itu tidak hairanlah kita jika selepas pelepasan Gaza berlaku, Allah swt telah mengirimkan Taupan Katrina dan seterusnya Taupan Rita dan Wilma ke Amerika.


Kemudian pada tahun 2006 pula, Amerika telah mengalami bencana yang tidak kurang hebatnya walaupun tidak mengalami banyak barangan yang rusak, tetapi Amerika telah mengalami kematian beratus-ratus orang warganya akibat cuaca yang terlalu panas. Dan setelah cuaca berubah ke musim sejuk, mereka mengalami masalah salji yang amat tebal. Cuaca sejuk ini telah mengorbankan beberapa nyawa warga Amerika.

0 comments:

Post a Comment

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat