Bismillah

Bismillah.gif
Selamat Datang, Terimakasih, Assalamu Ala Man Ittaba' al-Huda أهلا وسهلا و شكرا والسلام على من اتبع الهدى

Tidak Semua Follower dapat dikesan, sila tolong catitkan link anda pada ulasan atau di Shout Box

Politik Malaysia Di Dalam Al-Qur'an

free logo - http://www.sparklee.com find a doctor in yonkers

RAMALAN AL-QUR'AN

Telinga Kenderaan Dajjal 30 - 40 Hasta

Telinga Kenderaan Dajjal 30 -40 Hasta

satellite

Semoga Bermanfaat
Wassalam

Saturday, March 23, 2013

Kenapa Mesti Ada 4 Orang Saksi Dan Dua Orang Saksi Dalam Dakwaan Jenayah Syar'ie

Bismillah: Assalamu 'Ala Man Ittaba'a al-Huda.
الحمد لله رب العلمين, وبه نستعين على أمور الدنيا والدين . والصلاة والسلام على سيدنا محمد عبده ورسوله

Wa Ba'd.

Mudah-mudahan apa yang saya jelaskan di dalam blog ini nanti mengenai kewajpan memberikan 4 orang atau 2 orang saksi dalam dakwaan jenayah syarie memberikan manfaat untuk semua. Aaamiiin.

Sememangnya kita semua telah tahu kewajiban memberikan bukti dengan 2 orang saki atau 4 orang saksi bagi kesalahan-kesalahan jenayah tertentu dalam hukum syara'. Misalnya dalam kesalahan zina, jika orang yang dituduh tidak mahu mengaku bersalah, maka pendakwa perlu memberikan bukti dari 4 orang saksi yang adil yang melihat perbuatan itu.

Baru-baru ini kita ada membaca di dada akhbar soalan orang perseorangan yang bertanyakan sebagaimana tajuk yang saya berikan:

Kenapa Mesti Ada 4 Orang Saksi Dan Dua Orang Saksi Dalam Dakwaan Jenayah Syar'ie

Jawapan mudah bagi soalan itu ialah, menurut sebahgian ulama ianya adalah suatu ibadah dan unsur-unsur atau faktor-faktor kenapa hukum syara' mewajibkan dua orang bagi jenayah selain dari zina dan 4 orang saksi bagi jenayah zina tidak kita tahu sepenuhnya.

Jika saksi itu tidak mencukupi, maka jenayah selain dari zina akan dikurangkan dakwaan kepada ta'zir dan jika jenayah zina pula akan di kurangkan dakwaan kepada kesalahan yang bukan zina. Seperti kesalahan mengandong diluar nikah misalnya. Atau kesalahan percubaan melakukan zina dan sebagainya.

Kenapa kita tidak boleh menghukum seseorang dengan hukuman hudud, sedangkan ketika ini kita ada teknologi yang canggih untuk memberikan bukti-bukti yang kukuh, bahkan jauh lebih kukuh daripada kekuatan saksi itu sendiri?

Menurut ulama, keperluan memberikan bilangan saksi syahadah dalam kes-kes jenayah adalah untuk menjaga tuntutan syara' itu sendiri. Kita tidak begitu arif mengenai kenapa ianya diwajibkan seperti itu. Sebagai umat Islam, kita diperintahkan oleh Allah swt untuk taat. Bukan taat membabi buta, namun taat kerana kita yakin bahawa apa-apapun perintah yang diperintahkan oleh Allah swt dalam perkara yang dinyatakan Allah swt sebagai tidak ada tolak ansur lagi hendaklah kita patuhi adalah suatu yang amat baik untuk kita ikuti dan jika ktia tidak mengikutinya ialah suatu yang sangat jahat.

Selain itu, ulama-ulama juga berpendapat, untuk menghukum seseorang dengan hudud, maka seorang hakim itu hendaklah mengutamakan untuk melepaskan saksi jika ada sebarang keraguan. Perkara ini disebut di dalam Hadis Rasulullah saw sendiri yang memerintahkan agar kita umat Islam agar menolak hukuman atau perkara-perkara hudud dengan adanya keraguan-keraguan yang timbul dalam pembuktian sesuatu kes.

Oleh itu, menurut pendapat ulama-ulama tersebut jika sekiranya saksi syahadah bagi kes-kes selain zina tidak berhasil untuk disempurnakan sehingga dua orang saksi, maka hukuman atau tuduhan kepadanya pula hendaklah diubah atau diturunkan kepada hukuman atau tuduhan yang berdasarkan ta'zir semata-mata.

Inilah penjelasan ulama terhadap keperluan memberikan jumlah-jumlah saksi-saksi, di dalam kes-kes hudud.

Namun bukan ini yang hendak saya nyatakan. Perkara yang hendak saya nyatakan ialah, hadis-hadis Nabi Muhammad saw dan juga ayat-ayat al-Qur'an yang mewajibkan bilangan saksi-saksi ini, adakah ada atau tidak? Dan adakah Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw pernah menghukum tanpa menyempurnakan bilangan saksi-saksi ini. Bersambung In Sya Allah....



Thursday, March 21, 2013

Cara Mengkafirkan Orang Yang Dibenarkan Oleh Syara'

Bismillah: Assalamu 'Ala Man Ittaba'a al-Huda

Memang mengatakan seseorang itu kafir, atau mengkafirkan seseorang, tanpa sebarang alasan yang munasabah atau tanpa sebarang alasan yang betul, atau tanpa sebarang alasan yang kukuh, padahal orang yang dikatakan kufur itu dikenali sebagai orang Islam, atau orang yang beriman, atau orang yang tidak pernah mengatakan kekufuran itu, adalah suatu perbuatan yang dilarang ugama dan boleh membalikkan semula ucapan kekufuran itu kepada orang yang mengatakannya. Orang yang mengatakan kekufuran itu kepada orang yang tidak tepat, maka kekufuran itu akan kembali kepadanya. Maka jadilah orang yang mengatakan itu kufur atau kafir.

Wa iyadzu billah min zalik. Semoga Allah swt melindungi kita semua umat Islam dan orang-orang yang beriman dari kekufuran yang durjana itu.
 
Apa erti kufur, apa erti kafir?. Kufur adalah kata ganda ramai atau jamak bagi perkataan kafara. Iaitu kata perbuatan yang lalu bagi perkataan orang yang KafirKafir pula kata ganda ramainya ialah Kuffar.
 
Kufur bermaksud engkar atau ingkar. Orang yang engkar atau tidak mengaku adanya anugerah Allah swt kepadanya atau keluarganya, tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepadanya atau keluarganya juga dipanggil kufur nikmat. Kufur terhadap nikmat ini juga adalah termasuk orang yang tidak mahu menjalankan perintah Allah swt. Mereka meyakini bahawa suatu perbuatan wajib atau perlu dilakukan, namun mereka tidak melaksanakannya. Mereka meyakini bahawa suatu perbuatan dilarang atau haram dilakukan, namun mereka masih jua melakukannya.
 
Namun ianya tidaklah sebanding dengan kufur iman atau kufur 'aqidah. Iaitu mengingkari Allah atau mengingkari ketuhananNya, atau mengingkari kekuasaan Allah, atau mengingkari keadilanNya dan sebagainya. Kufur Iman ini juga adalah termasuk orang yang mengingkari kewajipan yang diperintahkan atau mengingkari larangan yang dilarang oleh Allah swt itu. Mereka mengatakan perkara wajib yang sudah jelas dalam ugama dan sudah mesti dimaklumi dalam ugama itu tidak wajib. Mereka mengatakan perkara haram yang sudah jelas dan wajib dimaklumi oleh umum itu tidak haram.

Contohnya seperti kewajipan solat fardhu. Mereka mengatakan solat fardhu itu tidak wajib lagi. Maka ulama mengatakan bahawa perkataan atau kepercayaan bahawa solat fardhu itu tidak wajib adalah kufur. Ataupun hudud misalnya, mereka mengatakan hudud itu tidak wajib dilakukan adalah kufur iman.

Namun kata-kata kufur ini tidak boleh sesuka hati kita lemparkan kepada seseorang tanpa alasan yang kukuh, kuat dan benar. Bahkan kita wajib bertanya kepada orang tersebut dan menerangkan kepadanya aqidah yang sebetulnya yang patut ditanam di dalam hati dan fikiran.
 
Jika orang yang mengatakan kata-kata yang boleh membawa kekufuran itu bertaubat dan kembali  semula kepercayaan yang asal dan berjanji tidak akan menyatakannya lagi, maka kita tidak boleh lagi mengungkit maupun menuduhnya atau menghukumkannya sebagai seorang yang kafir
 
 
Mengapakah menuduh seseorang itu kafir tanpa alasan yang kukuh itu dilarang oleh Syara'?
 
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah, kerana tuduhan itu akan membawa perpecahan dan perbalahan yang mungkin sukar untuk dipertemukan kembali. Tuduhan itu boleh membuatkan sesama kita memusuhi antara satu sama lain. Sedangkan perpecahan itu dilarang oleh Syara'.
 
Perpecahan akan membawa kelemahan pada umat Islam. Islam tidak akan kuat dengan perpecahan umatnya. Islam akan gentar diganyang oleh musuh jika ada perpecahan dikalangan umatnya. Musuh akan masuk dari sebelah pihak yang memusuhi kita dan dari pihak kita sendiri, agar kita berperang sesama sendiri sehingga akhirnya kita lemah tidak berdaya. Jika kita berperang sesama sendiri, maka yang menang jadi aarang, yang kalah jadi abu. Tiada gunanya. 
 
Sebab itulah Rasulullah saw, masih menerima orang-orang munafiq sebagai rakyat dan sahabat-sahabat baginda saw. Sedangkan baginda saw amat tahu siapa mereka sebenarnya.
 
Rasulullah saw masih lagi mendoakan Abdullah bin Ubai walaupun baginda dikatakan oleh Allah swt dalam al-Qur'an tidak akan dapat menyelamatkan orang munafiq dengan doa walaupun seribu kali doa. Namun kata baginda, baginda saw akan mendoakan mereka lebih dari seribu kali. Ma Sya Allah. Betapa sayangnya baginda saw kepada umat baginda saw.
 
 
Bagaimana pula jika sesudah dinasihati ia masih engkar?
 
Walaubagaimanapun, jika orang itu masih engkar, maka tidak boleh tidak, keingkarannya itu perlu disekat. Keingkarannya itu perlu dihalang agar ia tidak menghasut orang ramai dari mengikuti kepercayaannya. Orang itu perlu dituduhkan di Mahkamah dan jika sabit kesalahan, ia boleh dihukum sebagai murtad dan dalam beberapa waktu (Kalau tidak silap saya 3 bulan), jika ia tidak mahu kembali semula kepada kepercayaan asal dan bertaubat, ia boleh dihukum pancung.
 
Namun terdapat perbezaan pendapat diantara ulama yang mengatakan keingkaran yang boleh dikenakan pancung dan juga keingkaran yang tidak boleh dikenakan hukuman pancung tersebut.
 
Sebahgian ulama mengatakan bahawa keingkaran yang hanya boleh dikenakan hukuman pancung itu ialah keingkaran dengan murtad yang jelas seperti syirik kepada Allah swt. Ia mengatakan Allah swt itu 3 dan sebagainya atau Nabi Isa a.s itu Allah swt atau Tuhan selain Allah. Atau ia kufur dengan mengatakan bahawa Allah swt itu bukan Tuhan. Maka jika ia tidak bertaubat, orang itu boleh dikatakan murtad oleh orang umum dan ia hendaklah dihukum bunuh dengan pancung.
 
Manakala orang yang mengingkari kewajipan dalam ugama pula bercanggah pendapat samada ianya boleh dikatakan murtad atau tidak.
 
 
Kisah Tsa'labah Dan Pengajaran Bagi  Memutuskan Hukum Syara' Mengenainya
 
Baik, mari kita teladani kisah sahabat Nabi Muhammad saw yang bernama tsa'labah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan Al-Maawardiy dan Ibnu Sakan dan Ibnu Syaahin dan lain-lain sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Katsir di Tafsir-nya (2/374 di dalam menafsirkan ayat 75 & 75 surat At-Taubah) dan Al-Hafidz Ibnu Hajar di kitabnya Al-Ishaabah fi Tamyiz Ash-Shahabah (juz 1 hal.198) dan Ibnu Abdil Barr di kitabnya Al-Isti’aab (juz 1 hal. 200-201), dari jalan Mu’aan bin Rifa’ah, dari Ali bin Yazid, dari Qashim bin Abdurrahman, dari Abu Umamah (ia berkata) : Bahwa Tsa’labah bin Haathib Al-Anshariy pernah berkata : Ya Rasulullah, berdo’alah kepada Allah agar Ia memberikan rizki kepadaku berupa harta (yang banyak).

Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sedikit (harta) yang engkau tunaikan (kewajiban) syukurnya lebih baik dari banyak (harta) yang engkau tidak sanggup menunaikan (kewajiban syukurnya)”

Kemudian ia menyebutkan hadits yang panjang tentang do’a Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Tsa’labah agar memperoleh harta yang banyak. Yang pada akhirnya Tsa’labah tidak mau mengelurkan zakat. Kemudian turunlah firman Allah dalam surat At-Taubah ayat 76. Dan di dalam hadits itu diterangkan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai mati tidak mau menerima zakatnya Tsa’labah. Demikian juga Abu Bakar dan Umar dan dia mati pada zaman pemerintahan Utsman.
Apakah maksud tidak menerima zakat dari tsa'labah jika bukan mengatakannya sebagai suatu kekufuran sebagai suatu yang simbolik. Nabi Muhammad saw tidak menghukumnya dengan pancung. Namun Nabi Muhammad saw telah menghukumnya dengan hukuman yang lebih berat dari itu. Iaitu memulaukan tsa'labah dari menjadi umatnya. Wa iyadzu billah min dzalik.
Maka pada pandangan saya, sebegitu jualah yang patut dilakukan kepada orang-orang yang berani mengatakan sesuatu yang diwajibkan dengan jelas oleh Allah swt didalam al-Qur'an. Jangan kita pedulikan dia. Jangan kita hukumkan ia kafir dan biarkan ia dengan kata-katanya itu jika kata-katanya itu tidak menghasut orang lain untuk mengikuti jejaknya.
 
Namun jika ia menghasut orang agar mengikuti kata-katanya, maka ia patut disekat dan dihukum, walaubagaimanapun, pada pendapat saya hukumannya bukanlah hukuman pancung. Cukuplah hukuman ta'zir sahaja. Kerana ianya tidak disebutkan dalam al-Qur'an dan juga hadis.
 
Nabi bagi pendapat yang Mashor dalam Mazhab Syafi'ie dan beberapa mazhab yang lain, hukum orang yang mengatakan solat itu tidak wajib adalah murtad dan jika tidak bertaubat ia boleh dihukum pancung. Hukum orang yang mengatakan zakat itu tidak wajib dan jika tidak bertaubat boleh dihukum pancung.
 
Pendapat ini mereka kuatkan dengan Ijma' ulama semasa pemerintahan Abu Bakar r.a. apabila Abu bakar memerangi orang-orang yang tidak mahu membayar zakat. Kerana menurut mereka zakat waajib semasa zaman Nabi Muhammad saw hidup sahaja.
 
Namun begitu, bukan perkara ini sebenarnya yang hendak saya katakan. Perkara yang hendak saya katakan ialah sebagaimana tajuk yang saya nyatakan iaitu,


Cara Mengkafirkan Orang Yang Dibenarkan Oleh Syara'


Mengapa mesti tajuk ini yang perlu saya buat. Bukankah tajuk ini ganjil dan nampak seperti tidak perlu dibuat? Bukankah mengatakan orang kafir itu boleh memutuskan silaturrahim dan memecahkan kesatuan umat Islam? Tidak adakah cara lain untuk kita menghukum seseorang agar seseorang itu bertaubat selain dari mengatakan ia kafir?
 
Itulah persoalan-persoalan yang sering kita dengar apabila ada sesetengah ulama mengatakan suatu hukum itu bila dibantah boleh membawa kekafiran atau boleh dihukum kufur atau murtad dan boleh dihukum pancung. 
 
Sebenarnya apa yang disebut oleh ulama itu bukanlah menuju khas untuk sakhsiah atau diri seseorang yang mengatakan kekufuran itu. Bahkan  ia bukan ditujukan kepada sesiapa. Ia hanya dinyatakan secara umum kepada semua umat Islam untuk memberikan pengajaran dan nasihat agar jangan mengatakan perkataan-perkataan kufur itu.
 
Bahkan ia dilemparkan hanya khus bagi suatu yang belum pasti melalui perkataan boleh membawa sahaja. Kerana orang yang mengatakan kekufuran itu sebagaimana yang dijelaskan di atas perlu dipanggil dan perlu diberikan nasihat terlebih dulu. Jika ia masih lagi engkar, barulah dihukumkan kufur atau murtad. Dan jika ia masih lagi tidak mau bertaubat, maka barulah ia dihukum.

Sebenarnya lafaz yang umum seperti ini perlu disebutkan dan perlu diajarkan kepada orang ramai. Kita tidak boleh meninggalkan ajaran ini dari mereka walaupun kita berpendapat ada pihak yang akan marah setelah kita menyatakannya. Walaupun ada orang yang akan benci kepada kita.
 
Kerana jika kita tidak menyatakannya dan memberikan pengajaran kepada orang ramai, maka kita pula akan berdosa. KIta akan dicap oleh Allah swt sebagai orang alim yang menyembunyikan ilmu kerana takut pada orang, bukan takut kerana Allah swt. Wa iyazdzu billah min dzalik.
 
Orang yang ikhlas dan taqwa, tidak akan marah dengan pengajaran seperti ini. Hanya orang munafiq saja yang tidak suka. Ingatkanlah diri kita sendiri. Jangan jadikan diri anda seperti seorang munafiq yang tidak suka kepada kebenaran. Hapuskanlah jauh-jauh sifat kebencian dan kemarahan pada kebenaran itu walaupun pahit dan amat berat

Pada Allah swt sajalah kita bertawakkal. pada Allah swt sajalah kita bergantung dan berlindung dari segala kejahatan dan keburukan. Semoga Allah swt menerima amalan kita semua dan memaafkan segala kesalahan kita. Semoga Allah swt memudahkan kita untuk melaksanakan ibadat dan menjauhkan kita dari segala maksiat. Aaamiiin Ya Rabb al-'Alamiin. Wassalam.
 
 

20 Ulasan Terbaru Pembaca

Islamic TV

TubeIslam - ShareIslam Video Site

Surah Al-Kahfi

Rahsia-Rahsia Besar Dalam Al-Qur'an, المعجزات الكبيرات فى القرآن

Blog-Blog Hebat

Blog Menarik

Blog dan Web Islam Indonesia

Blog and Web, black and white

Mari Belajar Bahasa Arab

Belajar Bahasa Arab Online

Brunei News latest RSS headlines - Big News Network.com

Amat Kerdilnya Manusia, Tapi tidak ramai yang memuji Penciptanya

Miracle Of Kaabah